Penerbangan Air Algerie 6289

(Dilencongkan dari Air Algerie Penerbangan 6289)

Penerbangan Air Algerie 6289, merupakan sebuah penerbangan berjadual dari syarikat Air Algerie dengan menggunakan pesawat Boeing 737-200 menggunakan laluan Tamanghasse, Algeria, menuju Aljir melalui Ghardaia. Pada tanggal 6 Mac 2003, pukul 15:45 waktu setempat, pesawat berlepas dari bandar raya Tamanghasset. Pesawat gagal berlepas dan jatuh tidak jauh dari landas pacu. Saksi melihat api pada enjin pesawat semasa pesawat meninggalkan landasan pacu. 96 dari 97 penumpang dan semua dari 6 awak maut. Keseluruhan 102 orang maut.

Penerbangan Air Algerie 6289
Kejadian
Tarikh6 Mac 2003
RingkasanKemalangan ketika berlepas
Tapak kejadianLapangan terbang Tamanghasse, Algeria
Jenis pesawatBoeing 737-200
PengendaliAir Algerie
Kod pendaftaran7T-VEZ
Penumpang97
Anak kapal6
Kematian102
Kecederaan0
Terselamat1

Ringkasan sunting

Semasa lepas landas dari landasan pacu 02 di Lapangan terbang Tamanrasset Aguenar, terdengar undi keras dari enjin. Enjin kiri pesawat terbakar dan pesawat oleng ke kiri. Kapten juruterbang kemudian mengambil alih pesawat. Pesawat kehilangan kelajuan, stall dan jatuh, dengan roda pendarat masih terbuka, di sekitar 1,045 meter dari titik awak lepas landas.

Lihat pula sunting

Pautan luar sunting