Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa ialah sebuah filem aksi ketenteraan Malaysia 2022 arahan bersama Zulkarnain Azhar dan Frank See dengan skrip oleh Zulkarnain, See, Peter Toyat dan Opie Harris. Ia mengisahkan mengenai Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi selepas kapal terbang mereka ditembak. Manakala pasukan Tentera Udara di Malaysia berusaha untuk menyelamatkan mereka. Dibintangi oleh Aiman Hakim Ridza, Dato Adi Putra, Nas-T, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Pablo Amirul, Jack Tan, Sara Ali dan ramai lagi, filem ini telah ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 25 Ogos 2022.[1][2][3][4][5][6]

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa
Pengarah
  • Zulkarnain Azhar
  • Frank See
Lakon layar
  • Zulkarnain Azhar
  • Peter Toyat
  • Opie Harris
  • Frank See
Dihasilkan oleh
  • Josiah Cheng
  • Keoh Chee Ang
Dibintangi
SinematografiTan Teck Zee
Disunting olehMoray Toon
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
  • 25 Ogos 2022 (2022-08-25) (Malaysia)
Durasi tayangan
104 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM31 juta

SinopsisSunting

Mengisahkan tentang anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib dan mentornya, Mejar Adnan yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang berada dalam pergolakan. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. 

Mengetahui perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran, abang ipar kepada Adib dan juga seorang juruterbang SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

PelakonSunting

  • Aiman Hakim Ridza sebagai Mejar Zafran Abd Rahman / Mantis TUDM, Juruterbang Sukhoi, abang Hana dan abang ipar Kapten Adib
  • Dato Adi Putra sebagai Mejar Adnan Zaid Rahmat / Lejen TUDM, Pegawai pemerintah misi kemanusiaan Namburi
  • Nas-T sebagai Kapten Adib Mohd Hasyim / Rock TUDM, Pegawai muda PASKAU dan adik ipar Mejar Zafran
  • Carmen Soo sebagai Kapten Marya Lee TUDM, Pegawai kejuruteraan Sukhoi
  • Azira Shafinaz sebagai Hana, Adik Mejar Zafran dan isteri Kapten Adib
  • Scha Alyahya sebagai Kapten Nur Liyana Aziz TUDM, Juruterbang A400M
  • Sara Ali sebagai Natrah Hamzah, Wartawan dokumentari
  • Jack Tan sebagai Sarjan Udara Gabriel Anthony Lin / Hujan, Jurukomunikasi pasukan Lejen
  • Pablo Amirul sebagai Sarjan Udara Barat anak Aripin / Tuai, Penjejak pasukan Lejen
  • Luqman Hafidz sebagai Laskar Udara Kanan Azran Ahmad / Gaban, Penembak Tepat (Marksman)
  • Johan As'ari sebagai Koperal Udara Fakrul Razi Zain / Paco, Medik pasukan Lejen
  • Fezrul Khan sebagai Mejar Syed Yazid Syed Latif TUDM, Pembantu juruterbang A400M
  • Esma Daniel sebagai Brigadier Jeneral Rahim Mohamad TUDM, Panglima divisyen
  • Hafidzuddin Fazil sebagai Jeneral Dato' Sri Norman TUDM, Panglima
  • Iman Corrine sebagai Dr. Susan Livingstone, Doktor bedah di Namburi
  • Anas Ridzuan sebagai Mohd Nor Mohd Zain / Matno, Jurukamera untuk Natrah
  • Sangeeta Krishnasamy sebagai Leftenan Layla Saravana, Pembantu panglima divisyen
  • Niezam Zaidi sebagai Mejar Saifullah Azman / Cypher, Pesaing Mejar Zafran
  • Aqasha sebagai Leftenan Kolonel Hassan Ramli TUDM, Pegawai pemerintah Sukhoi
  • Saidi Sabri sebagai Leftenan Suhaimi / Spoon, Kawan Mejar Zafran dan pembantu persenjataan Sukhoi
  • Seelan Manoheran sebagai Vibesh, Krew pesawat A400M
  • Adam Shah sebagai Mejar Hisham Aziz / Slyder TUDM
  • Idzham Ismail sebagai PW. U. Isma Ali Ismail, Krew pesawat A400M (tidak dinamakan)
  • Fauzi Nawawi sebagai Jurulatih kadet (tidak dinamakan)

PenerbitanSunting

Air Force The Movie diterbitkan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.[7][8][9]

Ia diarahkan oleh Zulkarnain Azhar yang sebelum ini pernah mengarahkan filem J Revolusi (2017) dan Frank See yang pernah menulis skrip filem PASKAL (2018) serta pernah menjadi penasihat aksi ketenteraan dalam filem China Operation Red Sea.[10] Zulkarnain berkata: "Memang sukar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, tetapi saya gembira kerana kami bekerja keras sebagai satu pasukan dan menyiapkannya tanpa sebarang gangguan." Menurut beliau, para pelakon telah menjalani latihan asas ketenteraan di PASKAU Jugra di Banting, Selangor selama sebulan.[11]

PenggambaranSunting

Penggambaran dijalankan pada Oktober sehingga Disember 2019, dan mengambil masa 76 hari. Terdapat beberapa penggambaran tambahan, terutamanya bagi aksi penerbangan dan tempur udara yang dilakukan dengan bantuan TUDM antara Januari sehingga Februari 2020. Akan tetapi, proses pascaproduksi pula terhenti berikutan PKP pada Mac 2020 akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. [11] Lokasi penggambaran antaranya ialah Kuantan, Pahang; Kuala Terengganu, Terengganu; Shah Alam, Selangor; Alor Star, Kedah dan Kota Belud, Sabah.[11] Di Kota Belud, penggambaran dilakukan di Lapang Sasar Kem Paradise dan Lapangan Terbang Kota Belud untuk menggambarkan keadaan Namburi dalam menghidupkan suasana peperangan.[petikan diperlukan]

MuzikSunting

Lagu tema filem ini bertajuk "Selagi Bernyawa" dinyanyikan oleh The Penthemix dan dicipta & ditulis oleh Hasril Pown,Amir Masdi dan Otromen. Lagu ini dikeluarkan pada 1 Ogos 2022 di YouTube.

KeluaranSunting

Treler rasmi Air Force The Movie dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Golden Screen Cinemas pada 2 Jun 2022. Majlis pelancaran filem ini telah dirasmikan oleh Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, dalam satu majlis di Pangkalan Udara Subang pada hari yang sama.[1][2]

Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada Ogos 2021, namun ditunda atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.[8] Ia telah diumumkan bahawa filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 25 Ogos 2022.[1][2][12]

Majlis tayangan perdana filem ini diadakan pada 22 Ogos 2022 di GSC Mid Valley dan dihadiri seramai 2,000 tetamu termasuk pegawai TUDM dan TLDM serta barisan pelakon filem ini.[13][14]

Filem ini juga boleh ditonton melalui langganan di Astro First mulai 27 Oktober 2022.[15]

SambutanSunting

 
Ekspo eksklusif filem di pusat beli-belah Tropicana Gardens, Kota Damansara.

Kutipan pecah panggungSunting

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa telah memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM6 juta dalam tempoh 3 hari tayangan perdana rasminya.[16][17][18] Kutipan terus meningkat sebanyak RM8 juta dalam tempoh 8 hari tayangan.[19][20][21][22] Filem ini mencipta rekod tersendiri apabila berjaya mencecah kutipan sebanyak RM13 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan.[23][24][25][26]

Ulasan kritisSunting

Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik filem. Dalam ulasannya mengenai filem ini, Haikal Fernandez dari The Vibes menulis: "Air Force The Movie: Selagi Bernyawa menyatakan maksudnya semasa penghujung kredit kerana nama dan penerangan operasi TUDM baru-baru ini, bersama gambar dan video, dimainkan di skrin. Filem ini ialah sambutan patriotik kepahlawanan, pameran bagaimana tentera kita boleh membuat perubahan".[27] Siti Athirah Dzulkifly dari Utusan Malaysia berpandangan bahawa filem ini "menyuntik semangat perjuangan dalam diri anak Malaysia".[28] Portal filem Rollo de Pelicula pula mengulas: "Namun, untuk sebuah filem aksi yang bersifat patriotik kepada negara tercinta, filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa masih sebuah filem yang menarik dan berbaloi untuk anda tonton terutamanya jika anda menyukai elemen aksi dan suka menonton nilai-nilai kemanusiaan yang terhakis seandainya sesuatu perang terjadi".[29]

RujukanSunting

  1. ^ a b c M. Faizie (2 Jun 2022). "Air Force The Movie: Selagi Bernyawa gegar pawagam 25 Ogos ini". Air Times. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  2. ^ a b c Fernando Fong (4 Jun 2022). "Locally-Made Air Force Movie Compared To Tom Cruise's Top Gun, Opinions Divided Over Support From Malaysians" (dalam bahasa Inggeris). The Rakyat Post. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  3. ^ Amri Hassan (9 April 2021). "Baru Payung Trailer, Netizen Tak Sabar Tunggu Air Force The Movie". Astro Gempak. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  4. ^ "#Showbiz: Heroic 'Airforce The Movie' to hit cinemas on Aug 25". NST Entertainment (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 14 Julai 2022. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  5. ^ Zaki Salleh (13 April 2021). "Filem yang menggilap imej tentera". Sinar Harian. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  6. ^ Norhayati Nordin (13 Julai 2022). "Airforce The Movie sedia 'serang' panggung". Harian Metro. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  7. ^ "MAJLIS PELANCARAN FILEM "AIRFORCE THE MOVIE : SELAGI BERNYAWA" YANG BAKAL MENDARAT DI PAWAGAM WAKTU SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN INI". Tentera Udara Diraja Malaysia. 2 Jun 2022. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  8. ^ a b Izzati Anuar (24 Julai 2021). "#LejenFlix: PASKAU Beraksi Dalam Filem 'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' Ogos Ini". IAmLejen. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  9. ^ "TUDM kerjasama jayakan filem 'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa'". Malaysia Post. 4 Ogos 2022. Dicapai pada 16 Ogos 2022.
  10. ^ Marcus Lee (7 Jun 2022). "After PASKAL: The Movie, Now There's Air Force" (dalam bahasa Inggeris). Rojak Daily. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  11. ^ a b c Dennis Chua (7 April 2021). "#Showbiz: Malaysia's first Air Force film to blast off during Merdeka" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 30 Julai 2021.
  12. ^ Fareez Azman (2 Jun 2022). "Debaran aksi 'Airforce The Movie: Selagi Bernyawa' bakal temui penonton 25 Ogos ini". Astro Awani. Dicapai pada 30 Julai 2022.
  13. ^ Mya Amri (23 Ogos 2022). "Ditayangkan Di 170 Lokasi, Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Confirm Gempak!". Astro Gempak. Dicapai pada 25 Ogos 2022.
  14. ^ Kousalya Selvam (26 Ogos 2022). "Air Force The Movie: National Day treat for Malaysians" (dalam bahasa Inggeris). Sinar Daily. Dicapai pada 27 Ogos 2022.
  15. ^ Syafiqah Jalal (27 Oktober 2022). "Air Force The Movie Dah Masuk 'Pawagam' Rumah Korang! Jom Pakat-Pakat Layan..." Astro Gempak. Dicapai pada 30 November 2022.
  16. ^ "Air Force The Movie: Selagi Bernyawa sapu RM6 juta". Berita Harian. 28 Ogos 2022. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
  17. ^ "Air Force The Movie kutip RM6 juta selepas tiga hari ditayangkan". Astro Awani. 28 Ogos 2022. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
  18. ^ Mohammad Shahemy Azmi (28 Ogos 2022). "Air Force The Movie: Selagi Bernyawa raih RM6 juta". Kosmo!. Dicapai pada 29 Ogos 2022.
  19. ^ "Kutip RM8 juta dalam 4 hari, 'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' bakal masuk pawagam Korea Selatan, Jepun dan Taiwan". mStar Online. 29 Ogos 2022. Dicapai pada 4 September 2022.
  20. ^ Farahin Fadzil (29 Ogos 2022). "Raih Kutipan RM8 Juta Dalam 4 Hari, Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa 'Trending' Di Media Sosial". The Rakyat Post. Dicapai pada 12 September 2022.
  21. ^ Ellyna Ali (30 Ogos 2022). "Filem 'Air Force' Raih Kutipan 8 Juta, Bakal Ditayangkan Di Korea, Jepun, Taiwan". Getaran. Dicapai pada 12 September 2022.
  22. ^ Nur Emira Saizali (29 Ogos 2022). "Empat hari tayangan, Air Force The Movie raih RM8 juta kutipan". Kosmo!. Dicapai pada 12 September 2022.
  23. ^ Zaara Talita (1 September 2022). "Air Force The Movie cecah kutipan RM13 juta". Harian Metro. Dicapai pada 12 September 2022.
  24. ^ Ain Norman (1 September 2022). "'Air Force The Movie: Selagi Bernyawa' kutip RM13 juta kurang tempoh seminggu, petanda baik buat industri filem tempatan". mStar Online. Dicapai pada 12 September 2022.
  25. ^ "Kutipan "Air Force The Movie" Kini Mencecah RM13 Juta". Kakimuvee. 1 September 2022. Dicapai pada 12 September 2022.
  26. ^ Fernando Fong (4 September 2022). "'Air Force The Movie' Box Office Collection Reaches RM13 Million, Adi Putra Expresses His Gratitude" (dalam bahasa Inggeris). The Rakyat Post. Dicapai pada 12 September 2022.
  27. ^ Haikal Fernandez (25 Ogos 2022). "Fly into the danger zone with Air Force The Movie: Selagi Bernyawa" (dalam bahasa Inggeris). The Vibes. Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  28. ^ Siti Athirah Dzulkifly (26 Ogos 2022). "Air Force The Movie: Angkat nilai perjuangan diri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Ogos 2022.
  29. ^ Hans Hanis (25 Ogos 2022). "Review Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa". Rollo de Pelicula. Dicapai pada 27 Ogos 2022.

Pautan luarSunting