Air Mata (album)

Air Mata ialah album studio pertama oleh penyanyi Malaysia Khai Bahar, dikeluarkan pada 21 Julai 2019 oleh NAR Records. Album ini telah terjual sebanyak 4000 unit selepas diedarkan.[1]

Air Mata
Album studio oleh
Dilancarkan pada
21 Julai 2019
Dirakamkan pada
2016–2019
GenrePop
Panjang40:59
SyarikatNAR Records
Air Mata
(2019)
Single dari album Air Mata
  1. "Bayang"
    Tarikh keluaran: 2016
  2. "Dari Jauh Saja"
    Tarikh keluaran: 2017
  3. "Luluh"
    Tarikh keluaran: 2017
  4. "Rahsia Kita"
    Tarikh keluaran: 2018
  5. "Cahaya 114"
    Tarikh keluaran: 2018
  6. "#123"
    Tarikh keluaran: 2018
  7. "Air Mata"
    Tarikh keluaran: 2019
  8. "Keranamu"
    Tarikh keluaran: 2019
  9. "Penantian"
    Tarikh keluaran: 2019
  10. "Menyesal"
    Tarikh keluaran: 2019
  11. "Dia"
    Tarikh keluaran: 2019

Latar belakangSunting

Dalam temuramah bersama Harian Metro, Khai Bahar berkata sebanyak 5,000 unit akan habis terjual selepas dilancarkan secara rasmi dan beliau menyatakan "pihak NAR Records mengeluarkan 5,000 unit untuk cetakan pertama ini. Difahamkan, kalau habis, mereka akan buat cetakan seterusnya. Sejujurnya, saya tidak menjangka sambutan hebat diberikan untuk album pertama ini. Apatah lagi sekarang bukan trend penyanyi mengeluarkan album penuh selain kuasa membeli yang semakin berkurangan dalam kalangan peminat. Apa pun, saya berterima kasih dengan pihak NAR atas penerbitan album ini. Walaupun saya bukan lagi artis NAR, tapi mereka masih sudi merealisasikan impian ini,".[2] Album ini mengambil masa setahun untuk disiapkan.[3]

Promosi dan singleSunting

Air Mata dikeluarkan pada 21 Julai 2019, iaitu dua bulan selepas beliau tidak menyambung kontrak dengan NAR Records.[4] Album ini memuatkan 11 lagu yang mana lima daripadanya ialah lagu baru dan selebihnya single pernah dilancarkan sebelum ini. Daripada lima lagu baru itu, tiga daripadanya hasil nukilan Khai sendiri iaitu "Air Mata", "Keranamu" dan "Dia" manakala dua lagi ialah ciptaan Manusia Putih. Khai juga menjadi artis pertama NAR mendapat jumlah tontonan tertinggi muzik video menerusi lagu "Luluh" iaitu melebihi 44 juta sepanjang tempoh dua tahun.[2][5]

Senarai runutSunting

No. TajukLirikGubahan Masa
1. "Bayang"  Patrick AnohadaAlam 3:20
2. "Dari Jauh Saja"  Akhadiat DennyAkhadiat Denny 4:16
3. "Luluh"  Khai BaharKhai Bahar 3:51
4. "Rahsia Kita" (ft. Fatin Husna)Jim BimasaktiHarris Yusoff 3:45
5. "#123"  Khai Bahar & Patrick AnohadaKhai Bahar 3:37
6. "Air Mata"  Khai BaharKhai Bahar 4:00
7. "Keranamu"  Khai BaharKhai Bahar 4:05
8. "Dia"  Khai BaharKhai Bahar 3:43
9. "Penantian"  Manusia PutihManusia Putih 3:47
10. "Menyesal"  Manusia PutihManusia Putih 4:03
11. "Cahaya 114"  Azrul AzlanAzrul Azlan 4:06
Jumlah masa:
40:59

RujukanSunting

  1. ^ Asraf Adied (1 Ogos 2019). "Saya Tak Sangka Dapat Sambutan Hebat" - Khai Bahar Lancar Album Pertama Astro Gempak. Dicapai pada 14 Disember 2019.
  2. ^ a b Sudirman Mohd Tahir (31 Julai 2019). Album sulung Khai Bahar laris Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2019.
  3. ^ Nadia Azam (2 Ogos 2019). Khai Bahar: Orang tak tegur kita tak tahu mana silap Malaysiakini. Dicapai pada 14 Disember 2019.
  4. ^ Sudirman Mohd Tahir (1 Mei 2019). Khai tak sambung kontrak Harian Metro. Dicapai pada 14 Disember 2019.
  5. ^ "Air Mata" Khai Bahar Hot FM (6 Ogos 2019). Dicapai pada 14 Disember 2019.