Air batu campur ataupun lebih terkenal sebagai ABC (juga dikenali sebagai Ais Kacang di Pulau Pinang dan Singapura). Diasaskan daripada Shave Ice yang berasal dari Jepun. Ia boleh juga didapati di negara lain seperti Amerika, Filipina, Thailand dengan nama lain seperti snow ice dan sebagainya.

Air batu campur (ABC), hidangan yang lazat bagi rakyat Malaysia.
Bahan-bahan ABC

Ia merupakan sejenis minuman yang diperbuat daripada ais yang dimesin dan dicampur dengan bahan-bahan seperti kacang, buah kabung, cendol, cincau, jagung, pemanis, seperti sirap dan sarsi serta air nisan.

Ia menjadi pilihan utama bagi penggemar mahupun cuaca sejuk atau panas. Malah kini ia menjadi hidangan di hotel terkenal di Malaysia.[1]

RujukanSunting