Airawata atau Erawata (Sanskrit: ऐरावत Airavata "kepunyaan Iravati", Bahasa Thai: เอราวัณ Erawan) adalah seekor gajah putih tunggangan dewa Indera;[1] ia digambarkan berwarna putih bersih dengan sepuluh gading dan lima belalai. Menurut mitologi Hindu, Airawata merupakan penghulu segala gajah serta salah satu gajah penjaga alam semesta.

Gambaran betara Indera dan Saci menunggang Airawata dari manuskrip Panch Kalyanaka s. 1670–1680 dari Amber, Rajasthan.

Gajah ini menjadi perlambangan kota Bangkok semasa ia ditubuhkan sebagai kota pusat kerajaan Rattanakosin diperintah dinasti Chakri tahun 1782.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ T. A. Gopinatha Rao (1993). Elements of Hindu iconography. Motilal Banarsidass. m/s. 111. ISBN 978-81-208-0878-2.
  2. ^ Roy, Edward Van (2018). Siamese Melting Pot (dalam bahasa Inggeris). Flipside Digital Content Company Inc. m/s. 16–17. ISBN 978-981-4762-85-4.