Airbus A300 merupakan keluarga pesawat badan lebar jarak dekat ke pertengahan, yang dihasilkan oleh Airbus Industrie antara 1972 sehingga sekarang.

Airbus A300
Olympic Airlines A300B4-600R
Peranan Pesawat
Pengeluar Airbus
Penerbangan pertama 28 Oktober 1972
Pengenalan 30 Mei 1974 dengan Air France
Syarikat penerbangan utama FedEx Express
UPS Airlines
American Airlines
Japan Airlines
Dikeluarkan 1974-2007
Jumlah dibina 561
Variasi A300-600ST Beluga
Airbus A310
Lufthansa Airbus A300

Latar belakang

sunting

A300 merupakan pesawat badan lebar enjin berkembar pertama di dunia. Ia memberi ilham kembar Boeing seperti Boeing 767 dan 777 dan membentuk asas kepada pejuang ETOPS.

Memulakan pembuatan pesawat udara utama 30 tahun dahulu memerlukan lebih dari keberanian, ia memerlukan pendekatan baru kepada pasaran. Walaupun rakan kongsi konsortium Airbus terkenal di kalangan penerbang, Airbus itu sendiri merupakan entiti yang tidak dikenali.

Airbus mendengar keluhan penumpang dan operator penerbangan. Terdapat kekosongan dalam pesawat jarak pendek-ke-sederhana yang boleh membawa 250 sampai 300 penumpang. Kos pembelian dan pengendalian pesawat kategori tersebut juga haruslah lebih murah.

Teknologi

sunting

Semenjak permulaan perkhidmatannya, sistem operasi A300 dikemaskini supaya ia sentiasa menjadi model pesawat yang tercanggih. Beberapa sistem pesawat yang digunakan didalam operasi A300 ialah

  • Komponen sayap yang direka oleh De Havilland atau BAE System:
    • Kerajang udara yang kritikal untuk prestasi ekonomik
  • Fuselaj yang berdiameter 222 inchi yang mampu memuatkan 8 tempat duduk beriringan dan mampu memuatkan 2 kontena kargo LD3 beririgan.
  • Diperbuat daripada logam yang ringan.
  • Sistem operasi otomatik yang maju.
  • pesawat penumpang pertama yang dilenkapai dengan sistem perlindungan rincihan angin.
  • Kawalan elektronik pesawat sepenuhanya.
  • Jumlah krew yang diperlukan ketika penerbangan adalah seramai 2 orang.
  • Kaca papan pemuka yang elektronik.
  • Penggunaan komposit yang banyak.
  • Pusat graviti dikawal dengan mengawal lokasi bahan bakar.
  • Pesawat pertama menggunakan sayap lawi

Perkhidmatan

sunting

Selepas pelancarannya, jualan A300 agak lembap untuk beberapa tahun permulaannya. Kebanyakan tempahan awal datangnya dari Syarikat penerbangan yang mempunyai tanggungjawab untuk menempah produk tempatan (Contohnya Penerbangan Peranchis "Air France" dan Lufthansa) Pada satu peringkat, Airbus mempunyai pesawat 16 A300s yang siap diletakkan diatas landasan tetapi tiada pembeli.

Pada 1977 syarikat penerbangan dari Amerika Syarikat (Eastern Airlines) menyewa 4 buah A300s sebagai percubaan. Seterusnya mereka telah menempah 23 pesawat. Dari ketika itu, Kapal Terbang dari siri A300 berjaya memasuki pasaran dengan baik, sehingga telah mencapai 843 unit tempahan dan yang telah dihantar setakat ini.

Ia menjadi pilihan terutamanya syarikat penerbangan dari Asia. Ia ditempah oleh Japan Air System,Thai Airways International, Singapore Airlines, Penerbangan Malaysia, Penerbangan Garuda Indonesia, China Airlines, Pakistan International Airlines, Indian Airlines dan banyak lagi. Kebanyakkan penerbangan Asia menggunakannya untuk terbang merentasi Selat Bengal dan Laut China Selatan. Bagi menyaingi A300, Boeing memperkenalkan Boeing 767.

Kejayaan A300 memberikan Airbus sebuah pengalaman dalam persaingan pasaran pesawat penumpang. Rangka fuselaj A300 kemudiannya digunakan untuk membina Airbus A330 dan Airbus A340.

Pada hari ini, era A300 hampir pupus dan kebanyakkan A300 digunakan dalam operasi kargo.

  • A300B1 Hanya 2 pesawat saja dibina: Sebuah dibina menjadi prototaip dan sebuah lagi dijual untuk perkhidmatan. Ia mampu menerbangkan 259 penumpang dan berat maksimumnya ialah 132,000 kg. Penjana kuasanya ialah dua enjin General Electric CF6-50A dengan tujahan 220 kN.
  • A300B2 Variasi produksi pertama. Dijana oleh CF6 atau Pratt & Whitney JT9D dengan tujahan antara 227 kN hingga 236 kN. Ia memasuki perkhidmatan pada Mei 1974.
  • A300B4 Variasi utama yang hampir serupa dengan B2 tetapi beratnya ditinggilan menjadi 157 ton. Jumlah keluaran B2 dan B4 adalah sebanyak 248 buah.
  • A300FFCC Pesawat pertama menggunakan 2 krew kapal. Perkhidmatan pertama bersama dengan Penerbangan Garuda Indonesia dan Varig
  • A300B10 '(A310)' Model ini mempunyai fuselaj yang lebih pendek, sayap yang bernisbah bidang yang lebih tinggi, ekor yang lebih pendek dan penggunaan 2 krew kapal. Ia boleh didapati dalam siri 200 dan 300 dimana julatnya dipanjangkan (julatnya ialah 9,600 km). Ia turut dibina dalam bentuk ketenteraan dan digunakan oleh Luftwaffe. Penjualan terkini adalah sebanyak 260 buah.
  • A300-600 Versi terbaru ini mempunyai panjang yang sama dengan B2 dan B4 tetapi ruangannya diluaskan kerana ia menggunakan fuselaj dan ekor A310. Kuasa janaanya lebih tinggi dan dijana oleh enjin CF6-80 atau Pratt & Whitney PW4000. Model ini memasuki perkhidmatan pada tahun 1988 dan ia boleh didapati dalam dua jenis versi iaitu versi penumpang dan kargo. Sehingga ke hari ini, sebanyak 330 buah pesawat A300-600 berjaya dijual.

Spesifikasi

sunting
Ukuran A300B4 A300-600R A300-600F
2-kelas tempat duduk 266 Tidak berkaitan
Panjang 54.08 m or 177' 3"
Rentang 44.85 m or 147' 2"
Tinggi 16.62 m or 54' 6"
Lebar maks. kabin 5.28 m
Diameter fiuslaj 5.64 m
Berat kosong 90,060 kg or 198,132 lb 81,900 kg or 180,700 lb
Berat berlepas maks. 165,000 kg or 364,980 lb. 170,500 kg or 375,100 lb
Panjang landasan semasa berlepas Tidak berkaitan 2324 m
Kelajuan luncur Mach 0.78
Kelajuan maks. Mach 0.86
Jarak dengan muatan maks.   6,670 km atau 3,600 batu nautika 2,950 batu nautika
Muatan maks. minyak   68,150 liter
Enjin CF6-50C2 atau JT9D-59A CF6-80C2 atau PW4158
Krew kokpit 3 2
Model Tarikg Enjin
A300B2-1A 1974 General Electric CF6-50A
A300B2-1C 1975 General Electric CF6-50C
A300B2K-3C 1976 General Electric CF6-50CR
A300B4-2C 1976 General Electric CF6-50C
A300B4-103 1979 General Electric CF6-50C2
A300B2-203 1980 General Electric CF6-50C2
A300B4-203 1981 General Electric CF6-50C2
A300B4-601 1988 General Electric CF6-80C2A1
A300B4-603 1988 General Electric CF6-80C2A3
A300B4-620 1983 Pratt & Whitney JT9D-7R4H1
A300B4-622 2003 Pratt & Whitney PW4158
A300B4-605R 1988 General Electric CF6-80C2A5
A300B4-622R 1991 Pratt & Whitney PW4158
A300F4-605R 1994 General Electric CF6-80C2A5 or 2A5F
A300F4-622R 2000 Pratt & Whitney PW4158
A300C4-605R 2002 General Electric CF6-80C2A5

Lihat juga

sunting

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting