Aisya Hasnaa

Pelakon wanita Malaysia

Aisya Hasnaa Umaruddin (lahir 22 Ogos 1990) merupakan seorang pelakon dan penyanyi wanita Malaysia.[1][2] Beliau merupakan adik kepada cef selebriti terkenal, Anis Nabilah Umaruddin.[3] Aisya terkenal dengan peranan sebagai Julia dalam siri drama Romi Cinta Julia (2014) dan sebagai Karina dalam Jurnal Suraya (2017).[4]

Aisya Hasnaa
Kelahiran
Aisyah Hasnaa binti Umaruddin

(1990-08-22) 22 Ogos 1990 (umur 33)
Pusat pendidikanKolej Universiti Sunway
PekerjaanPelakon, penyanyi, model, pengacara
Tahun aktif2011–kini
PasanganMuhammad Yasir Azizan (berkahwin 2017)
SaudaraAnis Nabilah (kakak)

Kehidupan awal sunting

Aisya dilahirkan pada 22 Ogos 1990 di Subang, Selangor dan berdarah kacukan Melayu-Pakistan. Beliau merupakan anak keenam daripada lapan beradik, salah seorang adik-beradiknya ialah kakaknya, Anis Nabilah yang juga bergiat aktif dalam bidang seni sebagai pengacara dan cef selebriti. Beliau merupakan lulusan di Universiti Sunway.

Kerjaya sunting

Aisya Hasnaa memulakan kerjaya awal di arena hiburan tanah air pada 2011, sebagai model sambilan dan kemudiannya menjadi penyanyi. Beliau pernah mengeluarkan single sulungnya bertajuk "Lagu Mahu Kamu" di bawah syarikat rakaman Wake The Baby Records milik Ajai.[5]

Aisya bersama tiga adik-beradik perempuannya, termasuk kakaknya Anis Nabilah muncul dalam rancangan drama realiti The Dream Sisters yang mengisahkan perjalanan 4 gadis jelita dalam menggapai cita-cita dan impian yang mereka hajati melalui perspekstif diri dan inspirasi yang diperolehi dari ibu bapa mereka.[6] Siri ini memulakan tayangan perdana di TV9 pada 28 Januari 2013.[7] Menerusi siri ini, Aisya terpaksa mencari tajaan melanjutkan pengajian ke London.[8]

Pada 15 Februari 2014, beliau muncul bersama Beto Kusyairy dalam filem pendek bertajuk Cerita Satu Malam arahan Nazri M. Annuar yang bersiaran di TV9 menerusi slot 9X Shorties. Aisya membuat penampilan filem sulungnya menerusi peranan kecil dalam filem Dollah Superstar arahan Kabir Bhatia. Beliau menyertai barisan pelakon drama rantaian Romi Cinta Julia yang disiarkan di Slot Lestary TV3 bermula 27 Februari 2014; Aisya memegang watak sebagai Julia; digandingkan bersama Syarul Ridzwan.[9]

Beliau muncul dalam filem Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015), dan diikuti oleh kesinambungannya Juvana 3: Perhitungan Terakhir (2016), yang kedua-duanya arahan Faisal Ishak. Aisya bersama Sherry Alhadad, Nadia Aqilah Bajuri dan Ruzana Ibrahim menjadi tunjang utama pementasan teater Mencari Sumaiyah arahan Dira Abu Zahar yang dipentaskan di Istana Budaya dari 8 hingga 14 Ogos 2016.[10] Pada September 2016, Aisya muncul dengan single terbarunya, "Usah Ditanya" di bawah syarikat rakaman Octave Records.[11][12]

Aisya memegang watak sebagai Karina dalam siri TV waktu perdana Jurnal Suraya yang mengisahkan penderitaan seorang penghidap leukemia yang dijayakan oleh Nad Zainal.[13] Aisya muncul dalam drama rantaian Unifi TV, Mek Gyver terbitan A. Aida Production, mengisahkan tentang kehidupan Zara yang mahir melakukan kerja baik pulih.[14]

Kehidupan peribadi sunting

Pada 9 Disember 2017, Aisya berkahwin dengan Muhammad Yasir Azizan yang dikenalinya sejak zaman persekolahan. Pasangan ini telah dinikahkan oleh imam Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Ustaz Haji Mohd Azri Ahmad Kamil Al-Hafiz. Aisya menerima mas kahwin sebanyak RM300 selain wang hantaran sebanyak RM15,000.[15] Beliau mula mengenali suaminya sejak berusia 13 tahun dan pernah belajar di sekolah sama. Aisya dan Yasir mengikat tali pertunangan pada 2 September 2017.[16]

Abang sulungnya, Adam Emir (lahir 1979) meninggal dunia pada 6 April 2016 pada usia 37 tahun. Sejak itu, Aisya mengambil keputusan untuk bertudung.[17][18][19][20]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2014 Cerita Satu Malam Filem pendek
Dollah Superstar Rina Filem pertama
2015 Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan Yati
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir Penampilan khas
2017 Kau Takdirku Elfa

Drama sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2013 What If 8TV
2014 Romi Cinta Julia Julia TV3
2016 Ketupat Palas Mr. Handsome Natasha TV3
2016-2017 Percayalah TV1
2017 Jurnal Suraya Karina TV3
Mek Gyver Zara HyppTV
2019 Dia Menantu Rahsia Zulaikha TV3

Telefilem sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2013 Kopi Dan Dia Zizi
2014 Nota Untuk Sang Awan Melia TV2
2015 Bulan Tiada Madu Luna TV9
Cinta Bulan Disember Liyana TV3
2016 Sekali Sayang
2017 Saling
Encik Ustaz Mawar
Cinta Kholdi
2018 Aku Menteri Dapur Sofi TV2

Teater sunting

Tahun Tajuk Peranan
2016 Mencari Sumaiyah

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2013 The Dream Sisters Dirinya sendiri TV9

Diskografi sunting

EP sunting

Tahun Tajuk
2011
Aisya Hasnaa

Single sunting

Tahun Tajuk Penyanyi undangan
2011
"Lagu Mahu Kamu"
2016
"Usah Ditanya"
2017
"Kan Bersamamu"
W.A.R.I.S.

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2011 Anugerah Planet Muzik 2011 Artis Baru Wanita Terbaik Tercalon
2014 Festival Filem Malaysia ke-27 Pelakon Harapan Wanita Terbaik Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Biodata Aisya Hasnaa Azhan (28 Januari 2018). Dicapai pada 6 Julai 2018.
  2. ^ Aqmar Mustaza (8 Ogos 2017). "Lakonan, Nyanyian seiring". Sinar Harian. Dicapai pada 12 Mei 2018.
  3. ^ Zaidi Mohamad (15 Mac 2017). Aisya mahu dikenali kerana bakat, bukan populariti Berita Harian. Dicapai pada 1 Mei 2018.
  4. ^ "Si kakak Anis memasak, si adik Aisya menyanyi". Berita KL. 31 Januari 2014. Dicapai pada 1 Februari 2015.
  5. ^ "Cinta jatuh ke riba - Aisya Hasnaa". Kosmo!. 16 Mac 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-13. Dicapai pada 31 Mac 2014.
  6. ^ Aida Sue (5 Februari 2013). "Siri TV The Dream Sisters: Keeping Up With Kardashian Versi Malaysia". Wanista. Dicapai pada 31 Mac 2014.
  7. ^ Siti Kamilah Mustapha (30 Januari 2013). "The Dream Sisters sedia dikritik". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-13. Dicapai pada 31 Mac 2014.
  8. ^ "Inspirasi empat jelitawan". Perak Today. 10 Februari 2013. Dicapai pada 31 Mac 2014.
  9. ^ Nor Akmar Samudin (12 November 2015). "'Lebih daripada kemampuan saya'". Harian Metro. Dicapai pada 31 Mac 2017.
  10. ^ Izwan Mohd Isa (22 Ogos 2016). "Pengisian santai Mencari Sumaiyah". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-14. Dicapai pada 31 Mac 2017.
  11. ^ Syafil Syazwan Jefri (26 September 2016). "Usah Ditanya daripada Aisya". Harian Metro. Dicapai pada 31 Mac 2017.
  12. ^ Ridzuan Abdul Rahman (4 Januari 2017). "Aisya kembali menyanyi". Harian Metro. Dicapai pada 31 Mac 2017.
  13. ^ "Jurnal Suraya papar kisah pesakit leukemia". Sinar Harian. 17 November 2017. Dicapai pada 13 Mei 2018.
  14. ^ Nurul Fadila Awaludin (6 Disember 2017). "Intuisi romantis Aisya Hasnaa, Nazrief Nazri". Kosmo!. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  15. ^ Zaidi Mohamad (9 Disember 2017). Bekas teman sekolah, jodoh Aisya Hasnaa Berita Harian. Dicapai pada 3 Mei 2018.
  16. ^ Zaidi Mohamad (2 Disember 2017). Aisya Hasnaa bertunang, nikah Disember Berita Harian. Diperoleh pada 3 Mei 2018.
  17. ^ Abang meninggal dunia, Aisya Hasnaa nekad bertudung litup Diarkibkan 2018-05-04 di Wayback Machine My News Hub (7 April 2016). Dicapai pada 3 Mei 2018.
  18. ^ "Tekad untuk terus istiqamah". Utusan Malaysia. 22 Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-13. Dicapai pada 31 Mac 2017. Aisya belajar dekatkan diri dengan ilmu agama
  19. ^ Ruhaya Ab. Hamid (5 September 2017). "Imej berhijab Aisya Hasnaa makin diterima". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-18. Dicapai pada 18 Mei 2018.
  20. ^ Najiy Jefri (24 Mei 2016). "Aisya tekad bertudung". Harian Metro. Dicapai pada 26 Mei 2018.

Pautan luar sunting