Akō (Jepun: 赤穂市, Hepburn: Akō-shi) ialah sebuah bandar di Jepun yang terletak di di tepi Laut Pedalaman Seto tepat di hujung barat daya Wilayah Hyogo. Bandar Akō merupakan bandar pelancongan yang terkenal dengan objek seperti Istana Akō (latar belakang 47 ronin), kota pelabuhan Sakoshi, dan Taman Negara Tanjung Misaki.

Akō
赤穂市
Pejabat Bandar Ako
Pejabat Bandar Ako
Bendera Akō
Mohor rasmi Akō
Kedudukan Akō di wilayah Hyogo
Kedudukan Akō di wilayah Hyogo
NegaraJepun
WilayahHyogo
Pentadbiran
 • Datuk BandarMotohide Akashi
Penduduk
 (November 2017)
 • Jumlah48 477 [1]
Zon waktuWaktu Piawai Jepun
 • Musim panas (DST)UTC+9
Laman sesawanghttp://www.city.ako.lg.jp/
Jalan utama di Sakoshi
Tinggalan Istana Ako

Bandar Akō terkenal sejak dulu sebagai pusat industri garam berkualiti tinggi. Garam yang dihasilkan dari tambak garam di Akō terkenal di Jepun dengan sebutan Garam Akō (Akō no shio). Pantai Akō merupakan tempat mengumpul kerang. Pada awal musim panas, pantai Akō dikunjungi ramai orang yang gemar memakan kerang.

Paip air minum dasar laut yang terpanjang di Jepun (panjang 14 km) menyalurkan air minum dari Akō ke Kepulauan Ieshima.

Sejarah sunting

Pada zaman dulu, kota Akō hampir keseluruhannya dalam wilayah Daerah Kibi. Pada zaman Yayoi dan zaman Kofun, Daerah Kibi adalah daerah yang makmur dengan pemerintahan yang teratur. Kemakmuran Daerah Kibi boleh dibandingkan dengan daerah-daerah lain di bahagian barat Jepun seperti Daerah Tsukushi, Izumo, Yamato, dan Keno. Daerah Kibi bergabung dengan Daerah Yamato untuk menyatukan Jepun, sebaliknya Daerah Yamato menghancurkan Daerah Kibi dan memecahkannya menjadi beberapa daerah kecil seperti Bizen, Bitchū, Bingo, dan Mimasaka. Bandar Akō akhirnya dimasukkan ke dalam wilayah Daerah Harima yang sekarang bergabung membentuk wilayah Hyogo.

Bandar kembar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "寝屋川市の人校統計". 10 Disember 2017.

Pautan luar sunting



Koordinat: 34°45′34″N, 134°23′30″E