Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan

(Dilencongkan dari Akademi Seni Kebangsaan)

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (secara lazimnya dirujuk sebagai ASWARA) ialah sebuah sekolah seni persembahan, sinematik dan kebudayaan Malaysia yang dimiliki oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan merupakan antara sekolah seni paling kompetitif.

Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
Nama lama
  • Kompleks Budaya Negara (1970–1994)
  • Akademi Seni Kebangsaan (1994–2006)
JenisKerajaan
Ditubuhkan pada
  • 1970; 54 tahun yang lalu (1970) (sebagai Kompleks Budaya Negara)
  • 1994; 30 tahun yang lalu (1994) (sebagai Akademi Seni Kebangsaan)
  • 2006; 18 tahun yang lalu (2006) (sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan)
Lokasi, ,
Laman sesawangaswara.edu.my

Ditubuhkan pada 1970 sebagai Kompleks Budaya Negara, kemudian dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan pada 1994 sebelum menggunapakai nama terkininya pada 2006, ASWARA ialah tempat latihan untuk artis, cendekiawan seni dan pembikin filem. Ia mempunyai tujuh pembahagian akademik: Muzik, Tari, Teater, Animasi & Multimedia, Penulisan Kreatif & Filem, Pengurusan Seni Budaya & Warisan dan Seni Halus. Banyak disiplin sarjana dan siswazah tersedia untuk pelajar, termasuk: lakonan, tarian, drama, pengajian persembahan, reka bentuk untuk pentas dan filem, penulisan teater muzikal, fotografi, penghasilan rakaman, reka bentuk dan pembangunan permainan, dan pengajian filem dan televisyen.

Dengan lebih ramai alumni terkenal yang bekerja dalam industri hiburan dan kreatif di seluruh negara, ASWARA tersenarai antara sekolah filem terulung di Malaysia dan dianggap sebagai antara sekolah seni terbaik di Asia, setara dengan Fakulti Seni Kreatif, Universiti Malaya (UM) dan Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sejarah sunting

Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui akta Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653).

Pada tahun 2015, sejumlah laporan telah melaporkan bahawa ASWARA akan dinaik taraf sebagai universiti penuh dan bertukar nama kepada Universiti P. Ramlee bagi menghargai sumbangan dan jasa Seniman Agung, P. Ramlee. Satu lagi nama yang dicadangkan untuk ASWARA ialah Universiti Seni Budaya dan Warisan Malaysia (UNISWARA).

Penubuhan sunting

 
Ahli Lembaga Pengarah ASWARA, Dato' Sri Siti Nurhaliza[1]

ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokongi sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat profesional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan insan yang berilmu dan profesional bagi mengisi industri seni negara. ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis.

Misi sunting

  • Menjadi institusi pembangunan modal insan dalam bidang seni budaya dan warisan yang relevan dan bermutu bagi memenuhi keperluan negara.
  • Melahir golongan intelektual, karyawan dan seniman yang berilmu, mahir dan profesional ke arah membangunkan industri kreatif, kesenian dan warisan negara.
  • Menjadi pusat sumber, khidmat nasihat pendidikan dan eksperimentasi seni budaya dan warisan.
  • Menjadi badan pengiktirafan pengamal profesional seni budaya dan warisan.

Visi sunting

Menjadi sebuah intitusi induk pengajian dan latihan seni yang menerajui seni budaya dan warisan negara yang diiktiraf oleh negara, serantau dan antarabangsa serta menyumbang kearah pembangunan sosial.

Objektif sunting

Objektif penubuhan ASWARA adalah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi terulung dengan menyediakan ruang pembelajaran dan pengajaran, pusat penyelidikan dan penerbitan akademik dan khidmat nasihat profesional dalam bidang seni, budaya dan warisan.

Fakulti sunting

Terdapat sepuluh (10) fakulti/pusat yang beroperasi sebagai medan kesatuan bidang-bidang akademik yang disediakan oleh pihak ASWARA iaitu:

  • Fakulti Muzik
  • Fakulti Teater
  • Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem
  • Fakulti Seni Halus
  • Fakulti Tari
  • Fakulti Animasi & Multimedia
  • Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan
  • Pusat Pengajian Pascasiswazah
  • Pusat Pengajian Asasi Seni Kreatif
  • Pusat Seni Pentas Tradisional (PuTRA)

Alumni Terkenal sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Siti Nurhaliza dilantik Ahli Lembaga Pengarah Aswara". Astro Awani. 28 Ogos 2018. Dicapai pada 11 April 2022.

Pautan luar sunting