AKADEMI al-Quran atau AQ adalah sebuah program realiti TV terbaru yang disiarkan untuk tatapan peminat rancangan TV realiti di Malaysia. Berbeza dengan program realiti TV lain seperti Akademi Fantasia dan Malaysian Idol, format program AQ merupakan format asal dan bukannya diadaptasi atau diambil daripada format luar. Umum sedia maklum, format Akademi Fantasia diambil daripada format rancangan La Academia di Mexico, manakala Malaysian Idol pula berdasarkan format American Idol.

Termasuk perbezaan paling ketara program AQ berbanding dengan rancangan realiti lain ialah pemilihan pemenang program tersebut pada setiap episod yang ditentukan sepenuhnya oleh tiga orang juri profesional tanpa langsung melibatkan undian sistem pesanan ringkas (SMS).

Program AQ disiarkan selama satu setengah jam pada setiap hari Khamis di saluran TV9, bermula pukul 8.30 malam. Pada beberapa episod pertama AQ, ia dikendalikan oleh pengacara Farah Adeeba Mohd. Ashraf sebelum digandingkan dengan penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan, Nazrey Johani sebagai pengacara bersama.

Latar belakang sunting

Program AQ dimulakan dengan sesi uji bakat di seluruh negara bagi mencari qari dan qariah terbaik untuk ke peringkat akhir yang dibahagikan kepada empat zon iaitu Zon Pertama (Pahang, Terengganu dan Kelantan); Zon Kedua (Kedah, Perlis dan Pulau Pinang) Zon Ketiga (Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor) dan Zon Keempat (Melaka, Johor dan Negeri Sembilan).

Daripada sesi uji bakat itu, seramai 87 peserta terpilih untuk peringkat saringan dan daripada jumlah itu, seramai 12 telah dipilih sebagai finalis program AQ musim pertama.

Siaran sesi uji bakat itu mula menemui penonton TV9 pada 27 April hingga 11 Mei 2006, manakala pertandingan pusingan pertama peringkat akhir berlangsung selama tiga minggu iaitu bermula pada 25 Mei hingga 8 Jun 2006. Episod terakhir program AQ disiarkan pada 27 Julai 2006.

Finalis AQ 1 sunting

  • Abdullah Fahmi Abdullah
  • Azraie Abdul Haq
  • Amirrahman Abas
  • Anuar Hasin
  • Mohd Shukri Ali
  • Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman

Finalis AQ 2 sunting

  • Anuar Hasin
  • Mohd Hafas Ali
  • Mohd Muslim Ali
  • Mawardi
  • Faizah Panot

Finalis AQ 3 sunting

  1. Mohd Fakhrul Radhi Khamarudin[1]
  2. Sharifah Khasif Fadzilah Syed Mohd Badiuzzaman
  3. Ahmad Tarmizi Abdul Rahman
  4. Syamsul Abu Hasan Alshaari

Finalis AQ 4 sunting

  1. Ahmad Tarmizi Ali[2]
  2. Muhamad Ahmad Zahid
  3. Yahya Ali
  4. Husni Ali Hassan

Ranking sunting

Sama seperti rancangan Mentor, rancangan ini sudah dua kali mengalami kejatuhan penonton sebanyak dua kali apabila bertembung dengan kejohanan bola sepak Piala Dunia pada 2006 dan 2010. Ia merupakan rekod terburuk dari segi bilangan penonton rancangan ini di mana peminat bola sepak khasnya Piala Dunia memilih untuk mengikuti siaran langsung perlawanan berkenaan yang jatuh pada waktu perdana, bukan memilih rancangan ini.

Rujukan sunting