Akar kuning semak

spesies tumbuhan

Akar kuning semak atau alamanda semak (Inggeris: bush allamanda; nama saintifik Allamanda schottii) ialah rerenek genus Allamanda dalam keluarga Apocynaceae yang tempatan dari Brazil. Ia mengeluarkan bunga kuning besar hampir sepanjang tahun dengan ketinggian mencapai 2.5 meter (8.2 ka). Sungguhpun ditanam selaku tanaman hiasan, ia menjadi rumpai di kebanyakan negara.[2]

Bunga Akar Kuning Semak
بوڠا أکر کونيڠ سمق
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
A. schottii
Nama binomial
Allamanda schottii
Sinonim[1]
  • Allamanda brasiliensis Schott ex Pohl nom. inval.
  • Allamanda cathartica Schrad. nom. illeg.
  • Allamanda magnifica B.S.Williams
  • Allamanda neriifolia Hook.

Selain disebut alamanda semak, namanya yang lain termasuklah alamanda biasa Schott dan alamanda anis (oleander allamanda).[3]

Penerangan sunting

Berlainan dengan kebanyakan rakan genusnya, A. schottii menyamai rerenek berbanding pepanjat,[4] yang tumbuh melebihi 1.5 ke 3 m (5-10 ka) tinggi dan sekitar 2 m (6-8 ka) lebar.[5] Daun bujur telur dan bujur buntarnya tersusun 3-5 dalam pusaran atau hampir bertentangan di sepanjang batang, dan berukuran 2-14 cm panjang dan 1.1-4 cm lebar. Bunga kuning besarnya muncul di hujung dahan, dan boleh muncul sepanjang tahun tetapi lebih banyak pada musim bunga. Buah berdurinya muncul kebanyakannya pada musim panas.[6]

Taburan dan habitat sunting

Allamanda schottii ditemukan di selatan dan tenggara Brazil, di wilayah Espírito Santo, Minas Gerais, Rio de Janeiro, São Paulo, Paraná dan Santa Catarina. Sebelum ini dianggap endemik di negeri tersebut, ia dilaporkan dari timur laut Argentina pada 2013. Di Brazil, ia ditanam berdekatan atau di sepanjang tubuh air, selalunya di kawasan basah, lapangan atau hutan tertutup.[6]

Allamanda schottii telah diserapkan ke Puerto Rico, Kepulauan Galapagos dan Costa Rica.[6] Ia dilaporkan terlepas liar dari penanaman di Australia.[7]

Lihat juga sunting

Senarai pokok  
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Rujukan sunting

  1. ^ "The Plant List: A Working List of All Plant Species". Dicapai pada 12 September 2015.
  2. ^ "Allamanda schottii 'Grey Supreme'". Flora Fauna Web (dalam bahasa Inggeris). Lembaga Taman Negara Singapura. 2019. Dicapai pada 3 Februari 2022.
  3. ^ Nowick, Elaine (2014). Historical Common Names of Great Plains Plants, with Scientific Names Index: Volume II: Scientific Names Index (dalam bahasa Inggeris). Lulu.com. m/s. 18. ISBN 978-1-60962-060-8.
  4. ^ Armitage, Allan M. (2011). Armitage's Vines and Climbers: A Gardener's Guide to the Best Vertical Plants (dalam bahasa Inggeris). Timber Press. m/s. 22. ISBN 9781604692891.
  5. ^ Jarrett, Amanda (2003). Ornamental Tropical Shrubs (dalam bahasa Inggeris). Pineapple Press Inc. m/s. 24. ISBN 9781561642755.
  6. ^ a b c Hurrell, Julio A.; Keller, Héctor A.; Krauczuk, Ernesto R. (2013). "Allamanda schottii (Apocynaceae): nueva cita para la Flora Argentina" (PDF). Bonplandia (dalam bahasa Sepanyol). 22 (1): 5–10. doi:10.30972/bon.2211252. ISSN 0524-0476. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2015-09-11. Dicapai pada 2015-10-03.
  7. ^ Randall, R.P. (2007). The introduced flora of Australia and its weed status (PDF) (dalam bahasa Inggeris). CRC for Australian Weed Management Department of Agriculture and Food, Western Australia. m/s. 30. ISBN 978-1-920932-60-2.