Nanyang Siang Pau
Nanyang Siang Pau (Bahasa Cina: 南洋商報 ; pinyin: Nányáng Shāngbào "Harian Niaga Nanyang") ialah sebuah surat khabar berbahasa Cina di Malaysia.
Jenis | Akhbar harian |
---|---|
Format | Lebar |
Diasaskan | 6 September 1923 |
Ibu pejabat | Petaling Jaya, Selangor |
Pemilik | Nanyang Press |
Laman sesawang | http://www.nanyang.com |
Sejarah
suntingIa diasaskan oleh usahawan/dermawan Cina terkenal, Tan Kah Kee bersama George Lee Geok Eng[1] pada 6 September 1923 di Singapura.
Pada Ogos 1932, akhbar Nanyang diasingkan dari syarikat Tan. Nama syarikat akhbarnya ditukar ke Nanyang Press pada tahun 1975.
Edisi Singapura akhbar ini bergabung dengan Sin Chew Jit Poh pada 16 Mac 1983 untuk membentuk akhbar Lianhe Zaobao, lalu edisi Malaysia sahaja yang kekal dengan akhbar bernama ini.
Pada tahun 1993, Nanyang Press mengambil alih pengurusan sebuah lagi akhbar harian Cina, iaitu China Press.
Pada 28 Mei 2001, timbulknya kontroversi besar apabila Huaren Holdings, iaitu bahagian pelaburan parti politik MCA, membeli Nanyang Press, sehingga menyebabkan orang ramai memulaukan akhbar tersebut secara beramai-ramai.
Pengkatalogan
suntingAkhbar Nanyang Siang Pau ini turut disenaraikan dalam Katalog Suratkhabar dan majalah bahasa Cina, Arkib Negara Malaysia 1991 dengan nombor ISBN 967-912-028-7.
Untuk tujuan rujukan dan penyelidikan, terdapat salinan akhbar tersebut di Arkib Negara Malaysia bertarikh berikut:
- Jun-Disember 1948
- Januari-Disember 1949-1960
- Januari-Mac 1961
- Januari-Disember 1962-1965
- Januari-Mac 1984
- Januari-Oktober 1985
- Januari-Disember 1986
- Januari-Disember 1987
Rujukan
sunting- ^ "Publisher George Lee dies, aged 69". The Straits Times. 12 October 1965. Dicapai pada 2017-09-03.
- Sumber utama
- Siri Katalog, Katalog Suratkhabar dan majalah bahasa Cina, Arkib Negara Malaysia 1991. ISBN 967-912-028-7
- The Early Chinese Newspaper of Singapore 1881 – 1912. By Chung Meng Hock, Universiti of Malaya Press, Singapore 1967.
- Fail ANW. 30 Jilid 2 (58) Malaysia, Singapore and Brunei Newspapers.
- Newspaper published in the Malaysian Area; with a Union List of Local Holdings by P. Lim Pui Huen.
- Senarai Penerimaan 1957-1967, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 1969.
- Senarai Suratkhabar Malaysia Kini dan Mansuh. Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 1985.
Pautan luar
sunting- Nanyang Siang Pau 南洋商报 Diarkibkan 2005-06-24 di Wayback Machine