Akira Khan ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Jamal Khan. Drama ini dibintangi oleh Kamal Adli dan Uqasha Senrose. Siri drama ini memulakan tayangan perdananya menerusi Slot MegaDrama di Astro Ria bermula 18 Januari 2023 bagi menggantikan drama Cina Buta.[1]

Akira Khan
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Akira Khan karya Ammara Ayyash
Ditulis olehHaida Mazni Mohammad
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Akira" - Ezad Lazim ft Salma Asis
Lagu penutup"Akira" - Ezad Lazim ft Salma Asis
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Syed Muhammad Izzuddin Bin Syed Akil
  • Muhammad Haziq Mazelan
  • Muhammad Haiqal Mazelan
Penerbit
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
SR One Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal18 Januari 2023 – 2 Mac 2023
Kronologi
MengikutiCina Buta
Diikuti olehAndai Itu Takdirnya

Sinopsis sunting

Pertemuan yang singkat membuatkan Akira menjadi angau. Tangisan lukanya menjadikan gadis itu lemah dan tersungkur menjadi hak mutlaknya. Satu malam janji diikat dan malam itu juga adalah detik terakhir mereka bertemu. Janji-janji yang ditabur dipegang bertahun lamanya. Akira semakin sesat dalam sebuah rindu yang tiada penghujung, “Sayang?” Radin tersedar dari mimpi. Siapa Akira Khan? Yang ada di hadapannya cuma Liyana, isterinya. Mana datang perempuan yang bernama Akira? Kerana satu janji yang di salah erti, dua jiwa yang bahagia berpisah. Tetapi Akira tekad untuk mencari suaminya semula. Namun dia pula dikejutkan dengan berita kewujudan Liyana di sisi Radin, wanita yang pernah menjadi punca Akira dan Radin berkahwin. "Ke mana awak pergi, Akira? If you really care about me, where did you go? Where were you when I need you?" Mata Radin mencerlung tajam ke arah Akira. "When you need me?" Akira ketawa pedih. "If you really need me, you will find me.” Radin betul-betul tak ingat apa yang telah berlaku antara dia dan Akira. Yang pasti kehadiran Akira ke rumahnya membuatkan dia tekad untuk mencuri hati isterinya semula. Namun tidak semudah itu Akira menerima Radin semula. Akira merasakan dirinya dikhianati kerana selama kehilangannya, tiada yang mencari namun kedatangannya seolah-olah dirai. Siapa sebenarnya yang Radin nak? Dia atau Liyana? “Awak tu memang suami yang dayus. Awak tahu saya curang tapi awak masih simpan saya sebab awak tu bodoh!” Radin makin hilang sabar apabila kesetiaannya diuji, keikhlasannya diragui dan cintanya tidak dihargai. Walaupun Liyana adalah cinta pertamanya namun dia pasti kebahagiaan yang dimiliki hanya bersama Akira Khan! Dia tekad untuk memiliki wanita itu semula!

Pelakon sunting

Pelakon utama
  • Kamal Adli sebagai Raden
  • Uqasha Senrose sebagai Akira Khan
  • Irfan Zaini sebagai Zafar Khan
  • Julia Farhana Marin sebagai Liyana
  • Esma Daniel sebagai Kamarul
  • Maria Farida sebagai Fareeda Khan
  • Dilla Ahmad sebagai Dr. Amilia
  • Safura Ya'cob sebagai Ibu Hartini
  • Idzham Ismail sebagai Joe
  • Saidah Kamarudin sebagai Faten
  • Pushpa Narayan sebagai Shameen Khan
  • Ghiyas Mastana sebagai Baboo Ji / Daada Ji
  • Memoona Qudoos sebagai Sonia
  • Saima Munawar sebagai Saeeda Khan
  • Salem Abbas sebagai Penculik 1
  • Kumail Hassan sebagai Penculik 2
  • Iorair Husain sebagai Pemandu Penculik
  • Deeba Ali sebagai Akira Lookaliki
Pelakon pembantu
  • Halimatussadiah Mohd Daud sebagai Mak Salmah
  • Razman Mahayuddin sebagai Iskandar
  • Julieanna Ramlee sebagai Nora
  • Zalfa Zin sebagai Maria
  • Kamal Bakar sebagai Basri
  • Siti Aishah (Ecah Langat) sebagai Kartina
  • Mimie Ara sebagai Kartika
  • Alynn Techen sebagai Hajirah
  • Airil Hafiz sebagai Sham
  • Amirul Mukminin sebagai Haziq
  • Shima sebagai Cik Nap
  • Abdullah sebagai Illey Mohtadaa
  • Muhd Aminder Singh sebagai Arjun
  • Azman Jemain sebagai Salman
  • Habeeb Rasely sebagai Malik
  • Azhar Hisham Mat Dan sebagai Dr. Ghazali
  • Nur Sumaiyah Jaafar sebagai Watie

Runut bunyi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Akira Khan. Myinfotaip. Dicapai 18 Januari 2033