Aksi 13 Disember 1964

aksi tentera laut


Aksi 13 Disember 1964 merupakan tindakan tentera laut kecil antara penyapu ranjau Australia HMAS Teal dan dua kapal Indonesia pada 13 Disember 1964 semasa konfrontasi Indonesia-Malaysia. HMAS Teal diserang oleh kapal Indonesia di Selat Singapura. Tembakan balik dari kapal Australia membunuh tiga orang, sementara empat orang Indonesia yang lain kemudiannya ditangkap.[1]

Aksi 13 Disember 1964
Sebahagian daripada Konfrontasi Indonesia-Malaysia
Tarikh13 Disember 1964
Lokasi1°09′36.2″N 103°44′27.2″E / 1.160056°N 103.740889°E / 1.160056; 103.740889Koordinat: 1°09′36.2″N 103°44′27.2″E / 1.160056°N 103.740889°E / 1.160056; 103.740889
Keputusan Kemenangan Australia
Pihak yang terlibat
 Australia  Indonesia
Komandan dan pemimpin
Australia Keith Murray Indonesia Tidak diketahui
Kekuatan
1 penyapu ranjau 2 sampan
Kerugian dan korban
tiada 3 terbunuh
4 ditangkap
1 sampan ditawan

AksiSunting

HMAS Teal ketika melakukan rondaan di Selat Singapura memintas dua sampan Indonesia 1 batu dari Rumah Api Raffles.[2] Setelah memintas sampan tanpa cahaya, Teal ditembakkan dengan senjata automatik dari sampan. Sampan berpaling ke perairan Indonesia, namun satu sampan dibayangi oleh Teal berikutan tembak-menembak senjata api yang membunuh tiga dari tujuh anak kapal Indonesia.[3] Anak kapal yang tinggal, termasuk seorang pegawai Marinir Indonesia menyerah diri. [3] Di atas sampan, terdapat sejumlah bahan letupan, senjata dan peralatan ketenteraan.[3]

Selepas aksiSunting

Leftenan Keith Murray dianugerahkan Distinguished Service Cross, kerana ketenangan dan pertimbangannya semasa aksi tersebut.[2] Distinguished Service Cross adalah satu-satunya penghargaan untuk perkhidmatan yang gagah atau terhormat yang diberi kepada Tentera Laut Diraja Australia semasa konfrontasi Indonesia-Malaysia.[3]

NotaSunting

  1. ^ Coulthard-Clark (2001), p. 274.
  2. ^ a b "HMAS Teal". www.navy.gov.au (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mac 2020.
  3. ^ a b c "Confrontation-The Campaign Widens | RAN Participation 1964-66". Naval Historical Society of Australia (dalam bahasa Inggeris). 17 Disember 2003. Dicapai pada 21 Mac 2020.

RujukanSunting

  • Coulthard-Clark, Chris (2001). The Encyclopaedia of Australia's Battles (dalam bahasa Inggeris) (ed. Second). Crows Nest: Allen and Unwin. ISBN 1-86508-634-7.