Akta Hak Cipta 1987
Undang-undang hak cipta Malaysia ialah undang-undang yang melindungi hak cipta di Malaysia. Undang-undang ini mengikut Akta Hakcipta 1987.
Latar belakang
suntingAkta Hakcipta 1987 ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong pada 30 April 1987. Akta ini memansuhkan Akta Hakcipta 1969.
Akta ini dipinda oleh Akta Hakcipta (Pindaan) 1997. Antara sebab utama pindaan ini ialah berikutan masalah pemindahan karya hak cipta melalui Internet.
Malaysia ialah satu daripada negara-negara yang menyertai Konvensyen Berne. Ini bermakna, karya-karya dari semua negara dalam Konvensyen ini menikmati perlindungan pada taraf yang sama dengan karya-karya di Malaysia. Walau bagaimanapun, karya dari negara yang tidak menyertai Konvensyen Berne juga berhak mendapat perlindungan sekiranya karya itu "mula-mulanya diterbitkan di Malaysia" atau "mula-mulanya diterbitkan di tempat lain tetapi diterbitkan di Malaysia dalam masa tiga puluh hari dari penerbitan di tempat lain itu".
Peruntukan
suntingJenis-jenis karya yang dilindungi oleh Akta ini ialah:
- Karya sastera
- Karya muzik
- Karya seni
- Karya terbitan
- Filem
- Rakaman bunyi
- Siaran
Secara umum, hak cipta yang terdapat pada karya sastera, muzik atau seni selain daripada fotograf wujud sepanjang hayat si pencipta dan wujud sehingga 50 tahun selepas kematiannya. Bagi karya-karya jenis lain pula, jangka masa hak cipta ialah sehingga 50 tahun selepas karya itu mula-mula diterbitkan.
Tidak seperti undang-undang hak cipta di negara lain, Malaysia mengakui hak cipta bagi karya yang dibuat oleh Kerajaan atau pertubuhan Kerajaan. Ini dinyatakan dalam seksyen 11 (1).[1] Sebagai perbandingan, undang-undang hak cipta Amerika Syarikat tidak merangkumi karya-karya yang dibuat oleh kerajaan kecuali sekiranya karya itu adalah untuk tujuan dagangan atau tujuan-tujuan khas lain. Oleh itu, hampir semua karya yang dibuat oleh kerajaan Amerika Syarikat adalah di dalam domain awam.[2] Undang-undang hak cipta Indonesia juga tidak melindungi sebarang karya yang dibuat oleh Pemerintah. [3]
Penguatkuasaan
suntingAntara ciri- ciri unik yang terdapat dalam Akta Hakcipta 1987 ialah kewujudan kuasa untuk menguatkuasakan Akta tersebut. Akta ini memperuntukkan bahawa seorang pegawai polis boleh, dengan waran yang dikeluarkan oleh majistret, memasuki rumah atau premis pada bila-bila masa untuk mencari serta menyita apa-apa salinan langgaran hak cipta dan menggunakan kekerasan bagi menggeledah tempat itu.
Catatan
sunting- ^ Akta Hakcipta 1987, seksyen 11 (1)
- ^ 17 U.S.C. § 105
- ^ Undang-Undang Nomor 19 Tahun 2002, Pasal 13
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- (Inggeris) Penerangan mengenai undang-undang hak cipta di Malaysia
- (Inggeris) Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Diarkibkan 2010-01-08 di Wayback Machine
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.