Akta Keharmonian Nasional

Akta Keharmonian Nasional adalah akta baru bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 . Pada 11 Julai 2012, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan perkara tersebut dalam majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (PICC) di Putrajaya.

Matlamat sunting

Mekanisme ini diharap dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamim kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini. Perpaduan negara dapat diperkukuh serta memupuk keharmonian agama.

Tanpa keseimbangan yang ideal, ia mungkin merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif atau membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremisme. Keseimbangan perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada limpahan maklumat, taraf pendidikan dan sosio ekonomi yang semakin tinggi serta tahap harapan yang semakin meningkat.

Akta Keharmonian Nasional akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Rang undang-undang baharu itu akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kerajaan bertindak terhadap mana-mana pihak yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional.

Sebarang usaha yang cuba mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja akan diambil tindakan.Cubaan menimbulkan permusuhan antara kaum danmempersoal apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang dilindungi dalam Perlembagaan. Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk mendapat sudut pandangan semua 'stakeholder' (pihak berkepentingan).

Persepsi bahawa Akta Hasutan 1948 sebagai alat untuk merencatkan tindakan dan pandangan yang tidak sealiran dengan kerajaan tidak berasas sama sekali. Akta baru ini tidak akan menghalang rakyat untuk mengkritik kerajaan . Sebarang perbuatan menghina mahkamah akan dikendalikan sendiri oleh pihak kehakiman melalui peruntukan di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah sedia ada.[1]

Akta Keharmonian Nasional dapat meningkat semangat setiakawan dan patriotisma bagi rakyat Malaysia yang berbilang bangsa yang menjurus kepada pembentuk bangsa nasional. Ianya berguna bagi mengurangkan kertas siasatan dan kertas pendakwaan ke atas "ekstremis-ekstremis" yang gemar menimbulkan "onar-onar" di kalangan rakyat Malaysia.

Rujukan