Akta Kerajaan Tempatan 1976

Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah salah satu dari Akta/Undang-undang melibatkan pengurusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terpakai di Negara Malaysia. Akta ini digubal bagi menyusun semula dan menyatukan undang-undang berhubungan dengan kerajaan tempatan dan hanya terpakai bagi Malaysia Barat/Semenanjung Malaysia sahaja yang berkuatkuasa pada 1 Januari 1977.

PengenalanSunting

Merupakan akta tubuh bagi setiap pihak berkuasa tempatan bagi Malaysia Barat, Seksyen 3 memperuntukkan kuasa Pihak Berkuasa Negeri, dengan berunding dengan Menteri dan Setiausaha Pilihanraya melalui pemberitahuan dalam Warta :

  1. Mengisytiharkan mana-mana kawasan dalam negeri sebagai kawasan pihak berkuasa tempatan;
  2. Memberi suatu nama kepada kawasan pihak berkuasa tempatan; dan
  3. Menentukan sempadan-sempadan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan; dan
  4. Menetapkan taraf pihak berkuasa tempatan bagi kawasan pihak berkuasa tempatan itu dan taraf itu adalah taraf Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah.

Akta 171 menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab kerajaan tempatan meliputi –

  1. Pentadbiran pihak berkuasa tempatan
  2. Perjawatan
  3. Pejalanan urusan pihak berkuasa tempatan
  4. Peruntukan-peruntukan am kewangan
  5. Akaun dan audit
  6. Kawalan tempat awam
  7. Kuasa terhadap kawalan makanan, kebersihan dan kacau ganggu
  8. Melesenkan tempat-tempat perkuburan dan krematorium
  9. Pengurusan bandar seperti pengindahan bandar, menyediakan kemudahan awam dll.
  10. Kuasa am untuk membuat undang-undang kecil
  11. Kadar dan nilaian (cukai taksiran)

Sabah dan SarawakSunting

Hasil MA63, dalam Perkara 95D, Perlembagaan Persekutuan walaubagaimanapun mengecualikan Sabah dan Sarawak daripada Perkara 95A. Hasilnya, kerajaan tempatan di dua buah negeri ini ditadbir secara langsung oleh kerajaan negeri masing-masing. Namun begitu, kedua-dua kerajaan negeri masih menghantar wakil mereka menghadiri mesyuarat rundingan majlis berkenaan sebagai pemerhati tanpa hak mengundi.

Di Sabah, kerajaan tempatan dibentuk melalui peruntukan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961. Ordinan ini turut menggariskan tanggungjawab dan fungsi penguasa tempatan di Sabah. Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, yang pertama kali dibentuk selepas pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) 1963, mentadbir perjalanan penguasa tempatan di negeri ini.

Di Sarawak, penguasa tempatan ditubuhkan di bawah Ordinan Penguasa Tempatan 1996. Ordinan ini adalah mewarisi sebahagian perundangan yang sebelum ini digubal di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1948. Di samping itu, undang-undang lain yang mengawal tugas penguasa tempatan ialah Ordinan Bangunan 1994, Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam 1999 dan juga undang-undang kecil di bawahnya. Sementara itu, penguasa tempatan di bahagian Kuching pula ditubuhkan melalui Ordinan Perbandaran Kuching 1988 dan juga Ordinan Bandar raya Kuching Utara 1988. Di bawah ordinan ini, tiga penguasa tempatan dibentuk iaitu, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan juga Majlis Perbandaran Padawan. MBKS dan Majlis Perbandaran Padawan kemudiannya diletakkan dibawah peruntukan Ordinan Penguasa Tempatan 1996. Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak diberi tanggungjawab menyelia perjalanan penguasa tempatan di negeri ini.

Kuala Lumpur dan PutrajayaSunting

Sebahagian isi kandungan akta ini juga terpakai di Kuala Lumpur dan Putrajaya selagi mana ia tidak bertentangan dengan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 [Akta 190] bagi DBKL dan Akta Perbadanan Putrajaya 1995 [Akta 536] bagi PPj. Kedua-dua PBT mendahulukan akta yang digubal khas bagi kawasan masing-masing. Begitu juga perihalnya dengan Perbadanan Labuan yang menggunapakai Akta Perbadanan Labuan 2001 [Akta 609].

Lihat JugaSunting

Senarai Undang-undang yang memberi kuasa, tanggungjawab dan fungsi kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia:

  1. Ordinan Kerajaan Tempatan 1948 (Sarawak [dimansuhkan pada 1996])
  2. Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Kuala Lumpur)
  3. Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Sabah)
  4. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Semenanjung)
  5. Ordinan Perbandaran Kuching 1988 (Kuching, Sarawak)
  6. Ordinan Bandar Raya Kuching Utara 1988 (Kuching, Sarawak)
  7. Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 (Sarawak)
  8. Akta Perbadanan Putrajaya 1995 (Putrajaya)
  9. Akta Perbadanan Labuan 2001 (Labuan)



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

Pautan luarSunting