Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988

akta undang-undang di Malaysia

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Bahasa Inggeris: Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988) atau Akta 342 merupakan suatu akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit-penyakit berjangkit dan bagi mengadakan peruntukan mengenai perkara-perkara lain yang berkaitan dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit. Akta ini digubal di Dewan Rakyat pada 4 Julai 1988, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 13 Ogos 1988[1]. Ia mula berkuatkuasa pada 8 September 1988.

Peranan akta sunting

Penggubalan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ini telah memansuhkan beberapa undang-undang sebelumnya iaitu

  • 3 undang-undang di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Enakmen Kuarantin, Enakmen Pencegahan Penyakit, Enakmen Tanam Cacar),
  • 2 undang-undang di Negeri-Negeri Selat (Ordinan Kuarantin dan Pencegahan Penyakit 1939, Ordinan Pesakit Kusta),
  • 2 undang-undang negeri Johor (Enakmen Tanam Cacar, Enakmen Kuarantjn dan Pencegahan Penyakit),
  • 1 undang-undang negeri Kedah (Undang-Undang No.124 (Colek Ketumbuh) ),
  • 2 undang-undang negeri Kelantan (Enakmen Pesakit Kusta 1935, Enakmen Pencegahan Penyakit 1939)
  • 2 undang-undang negeri Perlis (Undang-Undang Kuarantin dan Pencegahan Penyakit 1346, Undang-Undang Kuarantin Padang Besar 1345),
  • 1 undang-undang negeri Terengganu (Enakmen Kuarantin dan Pencegahan Penyakit 1356),
  • 1 undang-undang Persekutuan Tanah Melayu (Ordjnan Enakmen Kuarantin dan Pencegahan Penyakit (Pemakaian bagi Kedah) 1950), dan
  • 1 undang-undang Malaysia iaitu Akta 52 (Akta Pembasmi Malaria 1971)

Isi kandungan sunting

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 mempunyai 33 seksyen dan dua jadual.

Bahagian Seksyen Topik
Bahagian 1

(Permulaan)

1 Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa
2 Tafsiran
Bahagian II

(Pentadbiran)

3 Perlantikan pegawai-pegawai diberikuasa
4 Pembatasan liabiliti
5 Bantuan polis, dll
Bahagian III

(Pencegahan pembawaan masuk penyakit berjangkit)

6 Pengisvtiharan kawasan jangkitan
7 Memasuki dan memeriksa kenderaan dan langkah-langkah selepas itu
8 Masa pemeriksaan
9 Membawa masuk atau membawa keluar mayat dan organisma atau bahan patogenik
Bahagian IV

(Mengawal merebaknya penyakit berjangkit)

10 Kehendak supaya memberitahu tentang penyakit berjangkit
11 Pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan
12 Orang-orang yang dijangkiti tidak boleh bertindak mengikut cara yang boleh merebakkan penyakit berjangkit
13 Pengawalan barang-barang tercemar dan binatang-binatang dijangkiti
14 Pengasingan orang-orang yang dijangkiti dan orang-orang yang disyaki
15 Pemerhatian atau pengawasan kontak
16 Perintah bagi pemeriksaan mayat
17 Pengurusan orang-orang mati
18 Membasmi kuman dan menutup premis
19 Pemusnahan struktur
20 Menjual atau menyewakan bangunan yang tercemar
21 Kuasa untuk memerintahkan kenderaan-kenderaan tertentu dibasmi kuman
Bahagian V

(Kesalahan dan Penalti)

22 Kesalahan-kesalahan secara amnva
23 Pendakwaan
24 Penalti am
25 Mengkompaun kesalahan
Bahagian VI

(Pelbagai)

26 Rekuisisi premis
27 Penyitaan dan pelupusan barang-barang tercemar dsb
28 Mendapatkan kos dan perbelanjaan
29 Pengecualian
30 Kuasa mengubah Jadual
31 Kuasa memhuat peraturan-peraturan
32 Pindaan
33 Pemansuhan dan kecualian
Jadual-jadual Jadual Pertama Penyakit-penyakit berjangkit (Bahagian I dan Bahagian II)
Jadual Kedua Pemansuhan

Pindaan sunting

Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ini telah mengalami pindaan sebanyak 4 kali pada bahagian Jadual Pertama menerusi Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan Jadual Pertama) 1995, Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan Jadual Pertama) 1997, Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan Jadual Pertama) 2006, dan Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan Jadual Pertama) 2016.

Penguatkuasaan sunting

Rotavirus (2016) sunting

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak telah menutup beberapa kolam renang di negeri itu bagi memantau aktiviti pencucian kolam akibat wujudnya kes berkaitan rotavirus di beberapa negeri[2]. Kolam-kolam ini ditutup di bawah Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sehingga JKN Perak berpuas hati dengan tindakan pembersihan yang telah dijalankan dan ia tidak akan memudaratkan kesihatan awam.

COVID-19 (2020-2021) sunting

Kerajaan Malaysia memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020 di seluruh negara. Perintah kawalan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.[3]

Baca lagi sunting

Pautan luar sunting

Rujukan sunting