Akta Sewa Beli 1967

Akta Sewa Beli 1967 (Akta 212) ialah suatu akta Parlimen Malaysia yang dikuatkuasakan kepada pengguna di Malaysia.

Pengguna tertekan kerana dibebani kadar faedah tinggi, ditambah dengan peruntukan mengenai penarikan semula kenderaan. Pelanggan persendirian sering kali berada di pihak yang rugi, terutama dalam transaksi dengan institusi kewangan, berikutan kurang mempunyai kuasa bagi tawar menawar.

Institusi kewangan seperti bank dan syarikat kewangan berlesen menggunakan kontrak standard dengan terma-terma tetap dan tidak boleh dirundingi yang banyak memihak kepada mereka . Pelanggan terperangkap kerana kontrak perjanjian mengenakan penalti tinggi dan tidak munasabah terhadap pengguna jika gagal mematuhinya dan sering kali menyebabkan pengguna dibebani hutang lebih tinggi berikutan terma ketat dan tidak fleksibel.

Pada Mac 2010, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob mengumumkan kerajaan akan meminda akta itu bagi melindungi hak pengguna, termasuk menghalang mereka daripada menjadi mangsa penarik kereta yang bertindak melebihi batasan. Presiden Badan Peguam Malaysia Ragunath Kesavan menyokong penuh pindaan akta itu.[1]

Rujukan sunting

Pautan luar sunting