Akta Tandatangan Digital 1997

Akta Tandatangan Digital 1997 adalah akta yang dibuat untuk memberi keyakinan dan menggalakkan orang awam melakukan transaksi elektronik yang selamat di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Akta ini berkuatkuasa pada 1 Oktober 1998. Di bawah akta ini, tandatangan digital menyediakan sistem verifikasi untuk mengesahkan identiti penghantar dan mesej yang dihantar. Untuk membolehkan tandatangan digital diperakui, sijil daripada pihak berkuasa sijil perlu diperolehi. Sijil tersebut akan dihantar bersama mesej sebagai pengesahan bahawa mesej adalah benar sepertimana yang dihantar dan diterima.

TujuanSunting

Akta ini bertujuan untuk mengawalselia penggunaan tandatangan digital, menjamin keselamatan mengenai isu undang-undang yang berkaitan perdagangan elektronik, mengesahkan penggunaan tandatangan digital melalui sijil perakuan yang dikeluarkan.

Definisi tandatangan digitalSunting

Tandatangan digital adalah tandatangan elektronik berbentuk suatu rentetan kod dan digunakan untuk mengesahkan identiti penghantar sesuatu mesej atau penandatangan sesuatu dokumen. Tandatangan digital digunakan untuk memastikan sesuatu maklumat itu betul dan sah untuk komunikasi elektronik. Tandatangan digital adalah satu mekanisma yang digunakan untuk menandatangani sesuatu dokumen secara rasmi. Tandatangan digital susah ditiru, kompleks, menggunakan konsep enkripsi dan dekripsi. Satu cara mengesahkan pengirim dokumen dan kandungannya. Membolehkan pengguna mengesahkan identiti pihak yang berurusan dengan mereka. Memastikan tandatangan tidak palsu. Membolehkan urusan cara elektronik dibuktikan dalam proses undang-undang.

Sasaran dan produkSunting

Antara produk yang terlibat adalah e-mail yang dilindungi, laman web, pelayan.

Perkhidmatan dalam talian (dengan teknologi enkripsi Secure Sockets Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET) prasana awam utama.

Sijil Digital adalah dokumen identiti digital seperti kad kredit elektronik yang merujuk kepada identiti seseorang ketika melakukan perniagaan atau transaksi dalam talian. Dokumen ini juga memastikan data yang dihantar dan diterima tidak dibaca oleh orang lain atau diubah.

Pautan luarSunting