Aku Mahu Seoul Mate

Aku Mahu Seoul Mate ialah sebuah novel berbahasa Melayu yang dikarang oleh Ain Maisarah bersama Rashiela Nurain. Ia telah diterbitkan oleh Blink Book Sdn Bhd pada 24 April 2015 dan dijual dengan harga RM17.00 untuk Semenanjung Malaysia dan RM19.00 untuk Sabah dan Sarawak dalam tahun 2015. [1][2]

Aku Mahu Seoul Mate
Kulit Buku Aku Mahu Seoul Mate
Umum
Pengarang
NegaraMalaysiaMalaysia
BahasaMelayu
GenreRemaja
Penerbitan
PenerbitBlink Book Sdn Bhd
Tarikh penerbitan
(2015-04-24) 24 April 2015 (umur 8)
Halaman256
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670411606

Sinopsis sunting

Sinopsis yang diambil berdasarkan buku:

Demam Korea dan Kpop melanda Sri Bangsar!

Satu sekolah kecoh apabila pusat sumber sekolah menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah berupa tiket penerbangan ke Korea. Ina yang memang fanatik habis, tidak melepaskan peluang menyertai. Tuah menyebelahi apabila slogan dicipta menarik hati juri. Namun malangnya, dia perlu pergi ke sana bersama seorang lagi pemenang yang tidak diduga, musuh paling ketatnya!

Siapa sangka... Fazura, ahli The Wannababes yang paling gedik di dunia boleh menang peraduan berunsurkan buku dan ilmiah?

Ina gelisah, Fazura senyum penuh makna. Ina baru pertama kali ke Korea, Fazura pula sudah berkali-kali ke sana. Penerbangan Fazura ke Korea kali ini juga membawa misi. Dendam The Wannababes kepada Ina dan Farah masih berapi.

Namun, semua bertukar 360 darjah selepas Ina dan Fazura makan biskut rahsia. Apa misteri di sebalik biskut yang dimakan itu? Benarkah kerana biskut itu, Ina dapat bertemu lelaki Korea pujaan hatinya? Fazura pula menerima nasib yang tidak pernah disangka-sangka? Semuanya terjawab dalam novel 'Aku Mahu Seoul Mate'!

Ringkasan buku sunting

Novel ini mengisahkan Ina yang memenangi hadiah yang berupakan tiket untuk ke Seoul, Korea dalam satu pertandingan NILAM yang dianjurkan sekolahnya. Namun, dia terpaksa pergi ke sana bersama musuh ketatnya, Fazura, ahli The Wannababes. Fazura pula memenangi pertandingan itu dengan cara yang kotor supaya dia dapat menjalankan misi membalas dendam untuk kumpulannya, The Wannababes kepada Ina dan Farah akibat satu kejadian silam yang berlaku antara mereka. Tetapi, semuanya bertukar 360 darjah selepas Ina dan Fazura memakan satu biskut rahsia, dipercayai dapat mengubah nasib mereka yang diberi oleh seseorang perempuan tua misteri semasa perjalanan ke Korea. Pelbagai nasib baik dan malang telah menimpa Ina dan Fazura sepanjang mereka di Korea.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting