Aku Masih Setia Padamu (Album 1983)

Aku Masih Setia Padamu merupakan album studio keempat Rahim Maarof yang dipasarkan pada lewat tahun 1983. Album ini merupakan album Rahim pertama yang tidak sepenuhnya melibatkan penerbit Ben Suprianto . Album ini menyaksikan beliau terus mendapat sambutan setelah kejayaan album ketiga sebelum ini. Nama-nama hebat dalam industri muzik Pop seperti Micheal Veerapen, Ooi Eow Jin , Ruslan Imam dan Danny Francisco ditampilkan sebagai penggubah bersama penerbit Eddy Nor Ali Ben Suprianto pula hanya menyumbangkan dua buah lagu. Rahim juga pertama kali bekerjasama dengan penulis lirik hebat Habsah Hassan.

Aku Masih Setia Padamu
Album studio oleh
Dilancarkan pada1983 (1983)
Dirakamkan pada1983
TempatMalaysia Edit the value on Wikidata
GenrePop
Blues
Dangdut
R&B
Jazz
BahasaMelayu Malaysia Edit the value on Wikidata
SyarikatLife Records (Hup Hup Music)
PenerbitEddy Nor Ali
Kronologi Rahim Maarof
Tetap Menanti
(1982)
Aku Masih Setia Padamu
(1983)
Battle of the Bands - Round 1
(1986)
Single daripada Aku Masih Setia Padamu
  1. "Peronda Cinta"
    Dikeluarkan: 1 Disember 1983 (1983-12-01)
  2. "Aku Masih Setia Padamu"
    Dikeluarkan: 30 Januari 1984 (1984-01-30)
  3. "Malam Minggu Duniaku"
    Dikeluarkan: 22 Mac 1984 (1984-03-22)
  4. "Cintanya Di Hujung Senja"
    Dikeluarkan: 8 Mei 1984 (1984-05-08)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

. Album ini disifatkan sebagai eksperimental buat Rahim.

Lagu yang popular sepanjang tahun 1983-84 daripada album ini ialah "Peronda Cinta", "Aku Masih Setia Padamu", "Malam Minggu Duniaku" dan "Cintanya Di Hujung Senja" . Album ini mencatat jualan memberansangkan biarpun tidak sepopular album terdahulu. Pujian pengkritik bagaimanapun diberikan kepada album ini kerana kualiti rakaman dan susunan muziknya. Album ini menjadi album terakhir Rahim bersama Life Records, kontrak tidak disambung apabila penyanyi itu mahu mengejar peluang merakamkan album bergenre rock menerusi penyertaan Rahim bersama kugirannya dalam Battle of the Bands.

Senarai Runut sunting

Muka Satu
No.TajukKomposer & PenggubahMasa
1."Kau Penawan"CC / Ben Suprianto Micheal Veerapen
2."Peronda Cinta"CC / Fariz Micheal Veerapen
3."Yang Mula Berakhir"Ooi Eow Jin / Habsah Hassan Ooi Eow Jin
4."Hinakah Aku?"Mansorudin / Siti Nurputri Danny Francissco
5."Dilema Cinta"Ben Suprianto / Eddy Nor Ali Ruslan Imam
Muka Dua
No.TajukKomposer & PenggubahMasa
1."Aku Masih Setia Padamu"Jamal Abdillah / Juwie Micheal Veerapen
2."Malam Minggu Duniaku"Nasir P.Ramlee / Hamidi Rashid Micheal Veerapen
3."Kelohan Musafir"CC / Hamidi Rashid
4."Cintanya Di Hujung Senja"Nasir P.Ramlee / Juwie & Sam Danny Francissco
5."Hasutan Jiwa"CC / Eddy Nor Ali Danny Francissco