Aku Yang Berhormat
Aku Yang Berhormat merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1983. Filem Aku Yang Berhormat diterbitkan dalam bentuk filem warna.
Aku Yang Berhormat | |
---|---|
Pengarah | Raja Ismail |
Penerbit | Zulkifli Haji Ahmad |
Penulis | Raja Ismail |
Dibintangi oleh | Dharma Harun , Rosnah Mohd Noor, Hamid Gurkha |
Muzik oleh | Omar Taib, Zubir Ali |
Sinematografi | Raja Ismail |
Disunting oleh | Ibrahim Ahmad |
Pengedar | Nirwana Film |
Mula ditayangkan | 1983 |
Tempoh tayangan | 107 minit |
Negara | ![]() |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Filem Aku Yang Berhormat mula ditayangkan pada 1983 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Dharma Harun , Rosnah Mohd Noor dan ramai lagi.
PengarahSunting
Filem Aku Yang Berhormat diarah oleh pengarah Raja Ismail pada 1983.
RingkasanSunting
Cerita mengisahkan bagaimana Hamid dan Jaafar, yang bekerja sebagai petani dan juga anggota sukarelawan RELA, yang bersama-sama berusaha mendapatkan sokongan orang-orang kampung untuk menjatuhkan Jamali, wakil rakyat yang kejam dan tidak mengamalkan sikap 'Bersih, Cekap dan Amanah', dengan mencalon dan menaikkan Hamid sebagai wakil rakyat baharu untuk mengantikan Jamali. Selain itu, cerita ini mengisahkan isu-isu semasa orang kampung, menyaran rakyat untuk menyimpan simpanan dalam Amanah Saham Nasional dan juga kisah percintaan antara Dharma dan Rosnah.
PelakonSunting
- Dharma Harun
- Rosnah Mohd Noor
- Hamid Gurkha
- Norlia Ghani
- Nora Shamsuddin
- Rohaya Rahman
- R. Jaafar
- Jamali Shadat
- Yunus J
- M. Rajoli
- A. Galak
- Norehan
- Rashidah Jaafar
- Rosiah Cik
LaguSunting
PencapaianSunting
Lihat jugaSunting
Pautan luarSunting
- Aku Yang Berhormat di Sinema Malaysia
- Aku Yang Berhormat di Filem Kita