Aku Yang Menanti ialah novel yang ditulis oleh Haiza Najwa.

Aku Yang Menanti
Aku Yang Menanti
Aku Yang Menanti
Umum
PengarangHaiza Najwa
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
SubjekNovel
GenreKisah cinta
Penerbitan
PenerbitKarangkraf
Jenis media
Buku kulit nipis

Sinopsis sunting

Aku Yang Menanti mengisahkan sebuah cinta tulus seorang terhadap isterinya. Perkahwinan Adiwira dengan Zaidura yang diasaskan oleh sebuah persahabatan dan pupukan kasih sayang sejak kecil hingga mengelopak menjelmakan cinta yang indah. Sayang sekali, perkahwinannya disabotaj oleh Robin, rakan sendiri yang jatuh cinta begitu parah sekali terhadap isterinya. Akhirnya, duri dalam daging itu berjaya mempengaruhi Zaidura yang terpenjara di sebuah depoh tahanan wanita di saat percutian bulan madu mereka. Konon najis heroin yang ditemui dalam bagasi Zaidura ketika di Lapangan Terbang Dublin adalah angkara khianat si suami. Hinggalah Zaidura menguja iltizamnya demi membalas dendam pada suami yang hakikatnya dianiaya Robin. Keluar sahaja dari Dochas Center, Zaidura yang menukar nama pada 'Zeidra' atas usaha Robin menukar imej dan parasnya demi menjadikan pembalasan dendam itu suatu lestari. Mampukah Adiwira membuktikan kejujurannya di ambang misi dendam itu hampir terlaksana untuk menjerutnya? Dan bagaimanakah dia akhirnya mampu mengecam wanita yang menyamar sebagai pekerjanya itu ialah isteri yang dirindui yang dikatakan Robin menghilangkan diri selama 5 tahun semata-mata curang kerana mengikut lelaki lain?

Pautan luar sunting