Al-Aqsa TV (Arab: قناة الأقصى) ialah saluran televisyen rasmi yang digerakkan oleh Hamas[1] yang dinamakan sempena Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis. Ia menyiarkan program-program termasuk berita semasa, mempromosikan Hamas,[2] rancangan kanak-kanak (seperti Tomorrow's Pioneers), dan hiburan yang bertepatan agama.[3] Kini ia diterajui oleh anggota parlimen Palestin, Fathi Hamad.[4]

Slogan"Mata anda untuk tanah air" dalam Arab "aenik a`ala el-watan"
Ketersediaan
Media penstriman
[1]Siaran langsung (24/7)

Garis masa sunting

Stesen ini memulakan penyiaran di Genting Gaza pada 9 Januari 2006 [5][6] selepas Hamas memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya perundangan Palestin.[3] Pada 22 Januari 2006, pendakwa raya Palestin, Ahmed Maghni memutuskan untuk menutup stesen televisyen yang tidak mempunyai lesen penyiaran, tetapi keputusannya tidak pernah dikuatkuasakan.[5]

Pada 29 Disember 2008, semasa Perang Gaza, jet perang Israel berulang kali mengebom ibu pejabat al-Aqsa TV di Kota Gaza. Bangunan tersebut musnah keseluruhannya,[7] tetapi stesen ini menyambung penyiarannya melalui unit televisyen mudah alih.[perlu rujukan]

Pada 29 Julai 2014, semasa konflik Israel–Gaza 2014, serangan udara Israel mengenai bangunan media yang menempatkan al-Aqsa TV dan saluran radio al-Aqsa di tengah-tengah pusat bandar Gaza di waktu pagi. Stesen televisyen tersebut meneruskan penyiarannya, tetapi siaran radio pula tidak kedengaran. Stesen radio kemudiannya kembali ke udara.

Pada 12 November 2018, Israel mengebom bangunan stesen selepas melancarkan sekurang-kurangnya lima peluru berpandu yang tidak meletup berdekatan bangunan sebagai amaran untuk mengosongkan bangunan diikuti sebuah letupan di peperangan sempadan.

Pada 2019 selepas Shin Bet mendapati al-Aqsa TV menggunakan mesej kod untuk merekrut operasi Hamas,[8] Kementerian Pertahanan Israel meletakkan al-Aqsa TV sebagai pertubuhan pengganas.

Rujukan sunting

  1. ^ "Hamas leader killed in air strike". BBC. 2009-01-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-04.
  2. ^ "Subtle voices of dissent surface in ...." Diarkibkan 2014-08-16 di Wayback Machine Ynetnews. 15 August 2014. 15 August 2014
  3. ^ a b "Hamas Launches Television Network". NPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-04-27. Dicapai pada 2006-02-03.
  4. ^ Butcher, Tim (2007-05-11). "Anti-Israel 'Mickey Mouse' row escalates". London: The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-05. Dicapai pada 2007-05-11.
  5. ^ a b Hamas TV station shut down Diarkibkan 2007-10-09 di Wayback Machine, news24.com, January 22, 2006
  6. ^ "Terrorism: Al Aqsa TV". Anti-Defamation League. 13 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2017. Dicapai pada 11 January 2017.
  7. ^ "Hundreds dead, injured in Gaza as Israeli airstrikes continue". CNN. 2008-12-28. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 December 2008. Dicapai pada 2008-12-28.
  8. ^ Hacohen, Hagai (February 13, 2019). "Hamas Attempts to Recruit West Bank, Jerusalem Residents - Via Satellite". The Jerusalem Post. Dicapai pada March 7, 2019.

Pautan luar sunting