Al-Hakam I dari Cordoba

(Dilencongkan daripada Al-Hakam I)

Al-Hakam Ibn Hisham Ibn Abdul Rahman I (Arab: الحكم بن هشام) ialah Amir Cordoba daripada keturunan Bani Ummaiyyah dari tahun 796 M sehingga tahun 822 M di Al-Andalus (Semenanjung Iberia).

Semasa pemerintahannya, beliau berjaya menumpaskan pemberontakan yang diketuai oleh pemimpin-pemimpin agama di sebuah kawasan luar bandar yang diberi nama al-Ribad di bahagian selatan Sungai Guadalquivir. Beliau menghukum penduduk-penduduk di situ dengan memerintahkan mereka keluar daripada kawasan itu dengan kapal. Mereka tiba di Iskandariah dan menguasai kota itu sehinggalah pada tahun 827 M apabila mereka sekali lagi diusir. Mereka belayar ke Crete, dan di situ mereka mengasaskan sebuah kerajaan sehinggalah Byzantine berjaya menawan Crete pada tahun 961 M.

Didahului oleh
Hisham I
Ketua Umaiyah Diikuti oleh:
Abdul Rahman II
Amir Cordoba
796–822

Pautan luar

sunting