Al-Hijab

Filem seram Malaysia 2011 arahan Pierre Andre

Al-Hijab merupakan sebuah filem seram Malaysia 2011 lakonan Pierre Andre, Nur Fathia, Maimon Mutalib dan Nor Albaniah. Filem ini ditayangkan pada 6 Oktober 2011 di Malaysia.

Al-Hijab
Poster Al-Hijab
PengarahPierre Andre
PenulisPierre Andre
Lakon layarPierre Andre
Dihasilkan olehHisham A. Karim (Penerbit Bersama)
Dibintangi
Disunting olehAhmad Mustadha Bin Samingon
Tarikh tayangan
6 Oktober 2011 (Malaysia)
Masa tayangan
90 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.62 juta[1]
Pecah panggungRM 2.24 juta

Plot sunting

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

Pelakon sunting

 
Pierre Andre melakonkan watak Rafael, menulis skrip,melakon layar dan mengarahkan filem ini.
  • Pierre Andre sebagai Rafael
  • Nur Fathia sebagai Qiss
  • Maimon Mutalib sebagai Mak Itam
  • Nor Albaniah sebagai Datin Nur
  • Fadhil sebagai Dato
  • Bell Ngasri sebagai Pemuda 1
  • Abdul Munir bin Hj Awang sebagai Pemuda 2
  • Dharma Aizat sebagai Pemuda 3
  • Aziz M. Osman sebagai Pengarah filem
  • Khir Mohd Noor sebagai Penerbit filem
  • Pekin Ibrahim sebagai Pelakon filem seram 1
  • Fatin sebagai Pelakon filem seram 2
  • Anna sebagai Pelakon filem seram 3
  • Mikail Andre sebagai Pelakon filem seram 4
  • Qaween Hamzan sebagai Pelakon filem seram 5
  • Azimat sebagai Pelakon filem seram 6
  • Nidal Mikal sebagai Pelakon filem seram 7
  • Anas Zhoriff sebagai Pelakon filem seram 8
  • Gazali Abd Hamid sebagai tukang angkat tahi
  • Ruhaiza Mukhtar sebagai hantu kopek

Pembikinan sunting

Pengambaran filem ini dilakukan disekitar daerah Kluang, Johor.

Ralat:**

YB Pictures Sdn Bhd yang dimiliki oleh seorang lelaki bernama Gazali bin Abd Hamid scammer mengakui filem ini diterbitkan oleh syarikat dia untuk melakukan penipuan ratusan ribu selepas itu. Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor (KOPKETA) telah mengesahkan YB Pictures Sdn Bhd telah salah guna dana yang diberikan Koperasi.

Maklum Balas sunting

Keseluruhan sunting

Keseluruhan filem ini dipuji oleh pengkritik yang merasakan keseraman semasa menonton filem ini. Ternyata Pierre Andre belum hilang taringnya dalam mengarah filem-filem seram. Walaupun beliau berkarya bersama syarikat baru, beliau berjaya membuat penonton merasa setiap babak yang seram yang diterjemahkan dilayar perak. Lakonan pelakon veteran, Maimon Mutalib sebagai pawang berjaya menaikan mood seram dengan lontaran nada percakapan yang dilihat berjaya memberi imej seram watak yang dibawanya. Lakonan Pierre Andre dalam filem ini masih sama dengan lakonanya dalam filem-filem seram yang dilakonnya cuma ada sedikit perubahan. Lakonan Nur Fathia kelhatan sedikit kaku semasa melakonkan babak ketika dirasuk. Apa-apa pun, filem ini menjadi filem seram terbaik bagi Pierre Andre selepas filem Seru[2].

Anugerah dan pencalonan sunting

Filem ini mendapat 2 pencalonan pada FFM 24 iaitu:

  • Skor Muzik Asal Terbaik - Norzaidi bin Abdul Rahman
  • Scammer terbaik - Gazali Abd Hamid
  • Poster Terbaik

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011, Finas.gov.my. Dicapai pada 18 Januari 2011.
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-14. Dicapai pada 2011-10-14.

Pautan luar sunting