Al-Hurriyah Wa Al-Adalah

Al-Hurriyah Wa Al-Adalah (Arab: الحرية والعدالة) atau Kebebasan dan Keadilan ialah sebuah akhbar politik di Mesir yang diterbitkan secara harian, milik Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP). Ia mula diterbitkan pada 2011 dengan cetakan pertama pada 28 Oktober 2011[1]. Akhbar ini mencakupi topik=topik menyeluruh berkaitan kegiatan politik, kebudayaan, sukan dan masyarakat Mesir, ditambah pula dengan topik berkaitan dunia Arab dan Islam antarabangsa. Sidang redaksi akhbar ini diketuai oleh Adel Al-Ansari[2].

Al-Hurriyah Wa Al-Adalah
Dilancarkan28 Oktober 2011 (bilangan pertama)
BahasaArab
PemilikParti Kebebasan dan Keadilan (FJP)
Ketua pengarangAdel Al-Ansari

Rujukan sunting

  1. ^ "الجمعة.. العدد الأول من جريدة "الحرية والعدالة"" [Jumaat ini ... Bilangan pertama akhbar Al-Hurriyah Wa Al-Adalah]. 24 Oktober 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mei 2013. Dicapai pada 14 Jun 2021.
  2. ^ Heba Mustafa (24 Oktober 2011). "الجمعة.. أول أعداد صحيفة "الحرية والعدالة"". Ikhwan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2021. Dicapai pada 14 Jun 2021.