Al-Juwaini (419—478 H/1028—1085 M) merupakan seorang ahli fiqih, ahli kalam, dan imam dari mazhab Syafi'i dari Parsi yang terkemuka dan paling terkenal pada zamannya.[1] Gelarannya adalah Imam al-Haramain,[2] yang bermaksud Imam dari dua kota suci, iaitu, Mekah dan Madinah. Beliau merupakan guru kepada Imam Al-Ghazali.

Kehidupannya sunting

Al-Juwaini berasal dari kota Naisabur, beliau dibesarkan dan mempelajari pendidikan agama melalui ulama disana. Disebabkan berlakunya masalah politik di Naisabur, Al-Juwaini pergi ke Mekkah dan Madinah di Hijaz untuk tinggal sementara. Beliau mengajar dan belajar di sana selama empat tahun.[3] Setelah memiliki ramai murid, beliau diajak kembali oleh pengasas Madrasah Syafi'i di Naisabur untuk mengajar. Beliau mengajar di Madrasah Nizamiyyah sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 478 H.

Karya penulisan sunting

  • Al-Waraqat dalam bidang usul fiqh
  • Kitab Al-Irsyad
  • Al-'Aqidah an-Nizamiyyah
  • Nihaya al-Matlab fi Diraya al-Madhhab

Sedangkan kitab Fara'id al-Simtain terkadang secara keliru dianggap sebagai karyany, walau sebenarnya kitab itu ditulis oleh tokoh Syiah bernama serupa Ibrahim bin Muhammad bin al Himaway Juwaini (w. 1322).[4][5]

Rujukan sunting

  1. ^ Griffel, Frank (2009). Al-Ghazālī's Philosophical Theology. Oxford: Oxford University Press. ISBN 9780195331622.
  2. ^ M. M. Sharif, A History of Muslim Philosophy, 1.242. ISBN 9694073405
  3. ^ Messick, Brinkley. "Kissing Hands and Knees: Hegemony and Hierarchy in Shari'a Discourse." Law & Society Review 22, no. 4 (1988): 637-660.
  4. ^ The Scale of Wisdom by M. Muhammadi Rayshahri
  5. ^ Al-Tawhid Vol 8,Sāzmān-i Tablīghāt-i Islāmī (Tehran, Iran), p170