Al-Kiswah ialah sebuah telefilem Malaysia yang disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 6 November 2008. Telefilem terbitan Rashbir Media ini dibintangi oleh Jalil Hamid, Norlia Ghani, Vanida Imran, Fahrin Ahmad, Ezany, dan Arash Mohd. Al-Kiswah (telefilem) dicalonkan untuk Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin 2009.

SinopsisSunting

Kisah seorang ayah, dikenali dengan Pak Dali yang memilki 3 orang anak; Musa, Mastura dan Jamal. Pak Dali bersama isterinya Mak Nor telah mendidik anak-anaknya dengan tegas sehingga semua keputusan berada ditangan Pak Dali. Pak Dali telah membuat keputusan di dalam kehidupan ketiga-tiga anaknya sehinggakan masa depan mereka hancur.

Musa anaknya yang sulung tidak dibenarkan menentukan kerja sendiri sehingga dia menjadi penjual ikan di pasar. Mastura pula telah dipaksa berkahwin dengan anak rakan Pak Dali bernama Yusof dan akhirnya menjadi GRO di sebuah kelab Danggut akibat dari Yusof yang kaki mabuk dan tidak bertanggungjawab.

Manakala Jamal anaknya yang bersandiwara sebagai anak yang baik dihadapan Pak Dali yang menjadikan dia anak harapan yang dimana sebenarnya dia merupakan seorang yang sentiasa menjadikan isteri-isteri orang mangsa nafsu serakahnya.