Buka menu utama

Abû Ahmad ʿAlî ibn Ahmad al-Muʿtamid (Bahasa Arab: أبو أحمد علي بن أحمد المعتمد‎) (877/878 – 13 Ogos 908), atau lebih dikenali dengan nama al-Muktafi bi-Allah (Bahasa Arab: المكتفي بالله[1]), adalah khalifah ke-17 dari khilafah Abbasiyyah di Baghdad bermula pada tahun 902 sehingga 908. Beliau merupakan anak lelaki kepada khalifah sebelumnya iaitu al-Mu'tadid, melalui isteri yang berketurunan Turki. Beliau memerintah ar-Raqqah semasa kematian bapa beliau. Apabila beliau kembali ke Baghdad, beliau disukai rakyat oleh kerana kemurahan hati beliau dan juga menghapuskan penjara rahsia bapa beliau, yang merupakan ketakutan rakyat di Baghdad. Semasa pemerintahan beliau selama hampir 7 tahun, empayar Abbasiyyah berdepan dengan pelbagai bahaya; yang mana dihadapi oleh beliau dengan berani. Yang paling utama beliau terpaksa menghadapi ancaman yang berasal dari Qarmat iaitu salah satu cabang Ismailiyah yang mulai berkembang semasa tahun-tahun terakhir pemerintahan beliau.

Abû Ahmad “al-Muktafî bi-lah” ʿAlî ibn Ahmad al-Muʿtamid
أبو أحمد "المكتفي بالله" علي بن أحمد المعتمد
Dinar of al-Muktafi, AH 292.jpg
Dinar emas al-Muktafî
Khalifah ke-17 dari khilafah Abbasiyyah
Pemerintahan5 April 902 – 13 Ogos 908
Didahului olehAl-Mu'tadid
Diikuti olehAl-Muqtadir
Keputeraan24 Disember 877
Baghdad, khilafah Abbasiyyah, kini Iraq
Kemangkatan13 Ogos 908 (umur 31 tahun)
Baghdad, khilafah Abbasiyyah, kini Iraq
AnakandaAl-Mustakfi
DinastiAbbasiyyah
Ayahandaal-Mu'tadid
AgamaSunni Islam

SejarahSunting

Maka, selepas tempoh pemerintahan yang bergolak selama 6-7 tahun, al-Muktafi menyedari bahawa keselamatan khilafah adalah lebih baik berbanding zaman khalifah al-Mu'tasim. Salah satu dari tindakan beliau adalah berkenaan kematian putera Samanid, di mana beliau mengakui pewarisan kepada anak lelaki beliau di Khurasan, dan menyerahkan banting dengan tangan beliau sendiri. Pada tahun 295 H (908 AD), beliau meninggal dunia pada umur 33 tahun, dan meninggalkan takhta kepada adik beliau yang masih kecil, Abdallah ibn al-Mu'tazz atau al-Muqtadir (908-932 M).

RujukanSunting

  1. ^ Bowen, Harold (1928). The Life and Times of ʿAlí Ibn ʿÍsà: The Good Vizier. Cambridge University Press. m/s. 59. 

SumberSunting

Al-Muktafi
Tarikh keputeraan: ? Tarikh kemangkatan: 13 Ogos 908
Gelaran Sunnah Islam
Didahului oleh
Al-Mu'tadid
Khalifah Islam
Khilafah Abbasiyyah

5 April 902 – 13 Ogos 908
Diikuti oleh:
Al-Muqtadir