Muhammad bin Ahmad Shamsuddin al-Muqaddasi

(Dilencongkan dari Al-Muqaddasi)

Muhammad bin Aḥmad Shamsuddin al-Muqaddasi ataupun al-Maqdisi (Arab: محمد بن أحمد شمس الدين المقدسي, transliterasi: Muḥammad ibn Aḥmad Shams al-Dīn al-Muqaddasī/al-Maqdisī ), juga ditranslitersikan sebagai el-Mukaddasi, (c. 945/946 – 991 M) ialah seorang ahli geografi dalam Zaman Pertengahan berbangsa Arab. Beliau menghasilkan karya berjudul Kitab Aḥsan al-taqāsim fī maʿrifat al-aqālīm (كتاب احسن التقسيم فى معرفة الاقاليم) ("Kitab Pembahagian Terbaik buat Pengetahuan tentang Wilayah-wilayah").

Muhammad bin Ahmad Shamsuddin al-Muqaddasi
Karya akademik
EraZaman Kegemilangan Islam

Biografi sunting

Al-Muqaddasi dilahirkan di Baitulmaqdis dalam tahun 946 M. Beliau mendapat pendidikan yang amat baik dan selepas menunaikan Haji di Makkah semasa berumur 20 tahun, berazam untuk mengkaji geografi. Beliau membuat beberpa siri penjelajahan yang mengambil masa lebih daripada 20 tahun untuk mengumpul maklumat; jelajah ini membawa beliau ke semua negara-negara Islam. Beliau hanya menulis buku beliau dalam tahun 985 M. Karya beliau memberikan maklumat teratur tentang kesemua tempat dan wilayah yang dilawatinya. Le Strange mengulas tentang karya Al-Muqaddasi: "Pemerian beliau tentang Palestin, dan khusunya Baitumuqaddis, banda kelahirannya, merupakan bahagian yang paling terbaik karyanya. Apa yang beliau catat adalah hasil pemerhatian beliau sendiri, dan pemerian beliau tentang adab dan amalan di pelbagai negara menunjukkan minda yang bijak dan memerhati, yang diperkukuhkan dengan pengetahuan yang mendalam tentang kedua-dua buku dan manusia". (Daripada: Guy le Strange, 1890.)[1]

Rujukan sunting

  1. ^ [Guy le Strange, Palestine Under The Muslims p.5 - p.6

Bacaan lanjut sunting

  • Al-Muqaddasi (Basil Anthony Collins (Translator)): The Best Divisions for Knowledge of the Regions. Ahasan al-Taqasim Fi Ma'rifat al-Aqalim. Garnet Publishing, Reading, 1994, ISBN 1-873938-14-4
  • Mukaddasi (1886). Description of Syria, including Palestine. London: Palestine Pilgrims' Text Society.
  • Collins, Basil Anthony: Al-Muqaddasi; the man and His Work, Michigan Geographical Publication, 1974,
  • le Strange, Guy (1890), Palestine Under the Moslems: A Description of Syria and the Holy Land from A.D. 650 to 1500, Committee of the Palestine Exploration Fund

Sumber sunting

Lihat juga sunting



Templat:Geoscience-bio-stub