Al-Mustakfi (Arab: المستكفي ) bergelar Abu al-Qasim, dengan nama aslinya Abdullah bin al-Muktafi bin al-Mu'tadhid merupakan salah seorang Khalifah Bani Abbasiyah di Baghdad dari tahun 944 sehingga 946. Beliau diangkat oleh Tuzun, seorang jeneral Turki yang menurunkan dan membutakan khalifah sebelumnya iaitu al-Muttaqi.

Beliau dilantik pada bulan Safar tahun 333 H atau September 944, ketika berumur 41 tahun. Tuzun meninggal dunia pada zaman pemerintahannya. Beliau kemudian telah dijatuhkan dari jawatannya dan dipenjarakan sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 338 H atau tahun 950.

Didahului oleh:
al-Muttaqi
Khalifah Bani Abbasiyah
(944946)
Digantikan oleh:
al-Muthi'