Al-Qa'qa' bin Amru

Al-Qa'qa' bin Amru bin Malik al-Tamimi (Arab: القعقاع بن عمرو بن مالك التميمي) berasal daripada Bani Tamim. Beliau dan suku kaum beliau memeluk Islam dalam zaman Ahnaf bin Qais. Beliau dikenali sebagai seorang panglima perang yang terlibat dalam dua pertempuran berjaya pada awal zaman penyebaran Islam, iaitu Pertempuran Yarmuk menentang Empayar Byzantine (diketuai oleh Khalid bin Walid) dan Perang Al-Qadisiyah menentang Empayar Sasan diketuai oleh Saad bin Abi Waqqas. Menurut laporan, Khalifah Abu Bakar pernah memujinya dengan membandingkan beliau seperkasa sebelas ribu orang lelaki, lalu pada zaman Khalifah Umar, beliau dihantarkan berseorangan bersama seberapa pengawal untuk membantu perang di Al-Qadisiyah,[1] menjadikan beliau seorang tokoh pertempuran ternama di zaman tersebut.

Al-Qa'qa' bin Amru al-Tamimi
KesetiaanKhulafa al-Rasyidin
PerkhidmatanAngkatan Rasyidin
PangkatPanglima perang
UnitPengawal Bergerak
ArahanPanglima perang Ahli Al-Qadisiyah
Panglima Pengawal Bergerak

Riwayat hidupSunting

Peperangan RiddahSunting

Al-Qa'qa' bin Amru memeluk Islam bersama-sama suku kaum beliau, pada Tahun Perwakilan, 9 Hijrah. Namun buat masa yang sekejap, beliau dan kaum beliau bergabung kuasa dengan seorang tukang tilik bernama Sajah binti Al-Harith, yang mendakwa dirinya seorang nabiyah, yang kemudiannya ditangkap semasa Peperangan Riddah. Kemudian, Qa'qa' bekerja di bawah Khalid bin Walid untuk menentang seorang lagi nujum bernama Tulaiha bin Khuwailid dalam Pertempuran Buzakhah.[2] Selepas tamat Peperangan Riddah, beliau mengikut kempen-kempen Khalid bin Walid ke Syam dan Iraq.

Pertempuran Rantai (Zatulsalasil)Sunting

Al-Qa'qa' mengambil bahagian dalam Pertempuran Zatulsalasil. Dan ketika Khalid sedang bertarung dengan pahlawan Sasan bernama Hormuz, beliau lantas membantu Khalid saat tentera Sasan maju untuk menyerang Khalid.[3] Al-Qa'qa' melaporkan dalam perang ini "Kami memijak-mijak Hormuz dengan kemarahan yang ditahan..."[4]

Pertempuran YarmukSunting

Dalam pertempuran Yarmuk, beliau berkhidmat di bawah Khalid bin Walid sebagai pegawai subordinat dalam tentera berkuda Pengawal Bergerak, kemudian mengambil tugasan mengukuhkan pasukan tentera Muslim.

Perang Al-QadisiyahSunting

Khalifah Umar Al-Khattāb mengarahkan Al-Qa'qa' bin Amru untuk mengambil bahagian dalam Perang Al-Qadisiyah. Pada 12 Syawal 15H, bersamaan dengan 17 November 636M, angkatan beliau tiba di medan perang pada waktu tengah hari. Sebelum itu, Qa’qa pecahkan seluruh tentera kepada beberapa buah kumpulan kecil dan menyuruh mereka datang sekumpulan demi sekumpulan, supaya pihak lawan sangka pasuka bantuan datang dengan ramai. Qa'qa' kerja sedaya upaya untuk tingkatkan semangat pihak Muslim dan mengaturkan pengiring beliau ke tempat mereka berpisah pada hari semalam. Gajah tentera Parsi merupakan sebuah masalah terhadap pihak Muslim. Beliau kemudian membuahkan fikiran untuk nta-unta dalam angkatan tenteranya disamarkan supaya kelihatan aneh. Apabila unta-unta ini dimarakan, kuda-kuda dalam barisan tentera Sasan takut dan lari. Dengan itu, tentera berkuda pihak Sasan kucar-kacir dan pasukan Parsi yang berjalan kaki mula terdedah dan mudah diserang. Saad menyuruh seluruh tentera Islam mara berlawan. Selepas pasukan Parsi tewas, Qa'qa' mengejar dan membunuh panglima Parsi bernama Bahman, panglima sama yang berada di Perang Jambatan.

Pada 13 Syawal 15H, bersamaan dengan 18 November 636M, beliau mengetuai seluruh pasukan berkuda berjumlah 300 orang, disamping Qays bin Hazim mengetuai kaum Bani Hasyim yang datang dari Syam dengan pahlawan negeri Iraq. Kali ini mereka melawan dalam jarak dekat menentang pasukan gajah Sasan, mereka membutakan dan memotong gading gajah-gajah dengan lembing dan senjata manakala pemanah Muslim memanah penunggangnya. Tetapi keadaan masih kelihatan buruk. Walaupun pihak Muslim telah hapuskan pasukan bergajah, tentera Sasan berlawan dengan lebih dahsyat lagi, malahan saudara sekabilah Qa'qa', Khalid bin Yamar Al-Tamimi juga tumpas menyebabkan Al-Qa'qa' mula cuba untuk kembalikan semangat tentera Muslim.

 
Muslim serang barisan tentera Parsi, tentera Qa'qa' menembusi kanan tengah tentera Parsi dan membunuh Rostam

Pada waktu senja, 19 November 636M, pertempuran berhenti tetapi belum tentu siapa yang menang lagi. Qa'qa', dengan kebenaran Saad kini dijadikan panglima perang. Beliau dilaporkan oleh angkatannya telah perintahkan mereka seperti yang berikut:

Barisan kiri tengah Muslim diketuai oleh Qa'qa' maju ke hadapan dan menyerang pasukan Sasan kanan tengah, diikuti serangan menyeluruh pasukan Muslim. Tentera Sasan terkejut apabila pertempuran bersambung semula. Sayap kiri dan kiri tengah Sasan dikebelakangkan. Qa'qa' sekali lagi mengetuai sekumpulan Mubarizun menentang barisan kiri tengah Sasan dan menjelang tengah hari, beliau dan tenteranya dapat menembus barisan tengah.[5]

Pertempuran JalulaSunting

Dalam Pertempuran Jalula, semasa Panglima Mihran menghantarkan angkatannya ke medan perang, Hasyim bin Utbah mula jalankan taktik beliau. Beliau hantarkan sebuah rejimen berkuda yang kuat di bawah arahan panglima Qa'qa' bin Amru untuk mengawal jambatan di parit. Jambatan tersebut tidak dikawal dengan kuat oleh angkatan Parsi kerana kebanyakan tentera mereka digunakan untuk melawan barisan utama tentera Muslim. Qa'qa' bergerak melepasi sayap kanan Parsi dan menangkap jambatan tersebut di belakang mereka. Khabar bahawa tentera berkuda Muslim di belakang mereka mula menggoyahkan hati tentera Parsi. Hasyim kemudian melancarkan serangan depan dengan pasukan berjalan sementara Qa'qa' dan pasukan berkuda kekal di belakang tentera Parsi. Akhirnya, Tentera Sasan terperangkap dan melarikan diri.

Selepas kempen di Jalula tamat, beliau kekal berada di sana dan memegang jawatan beliau buat seketika di Kufah.

Perang saudara Islam pertamaSunting

Dalam lewat zaman kekhalifahan Uthman bin Affan, Qa'qa' menyekat kemungkinan pemberontakan yang barangkalinya dicetuskan oleh Yazid bin Qays Al-Arhabi. Beliau menggunakan darjat sebagai seorang wira Khilafah beliau, yang mereka takut dan hormat akan, untuk menenangkan rakyat Kufah sebelum dan selepas pembunuhan Khalifah Uthman. Beliau juga cuba untuk menjadi pengantara bagi puak Saidina Ali dan Sayidatina Aishah untuk dapatkan perundingan aman antara mereka, namun cubaan beliau gagal dan Perang Jamal tetap tercetus.[6]

Selepas perang saudara ini, beliau diusir oleh Khalifah Muawiyah sekali dengan penyokon-penyokong Ali dari Kufah, dan dibuang negeri ke Baitulmaqis.[7][8]

Meninggal duniaSunting

Walaupun dibuang negeri, beliau kembali semula ke Kufah dan meninggal dunia dalam persaraan.[2]

Lihat jugaSunting

RujukanSunting

  1. ^ "الإصابة في تمييز الصحابة - الموسوعة الشاملة". Dicapai pada 10 Oct 2019.
  2. ^ a b Ibn al-Athir, Aziz al-Din (1973). Usd Al-Ghabah fi Ma'rifat Al-Sahabah (أُسْدُ الغَابَة فِي مَعْرِفَةِ الصَّحَابة, Usdu Al-Ghabah fi Ma'rifah Al-Sahaabah, "Singa-singa Hutan dalam Pengetahuan Para Sahabat"). 7 jilid. Muhammad Ibrahim al-Banna, Muhammad Ahmad Ashur, Mahmud Al-Wahhab Faid (penyunting). Kaherah: Maktabat Al-Sha'b. IV, h. 409, n. 4309.
  3. ^ Grande Strategy. (2007). Chapter 19: The Battle of Chains. Sword of Allah. Dipetik dari http://www.grandestrategy.com/2007/12/sword-of-allah-chapter-19-battle-of.html#ixzz3P6lCrg5Z. Diarkibkan 2016-08-18 di Wayback Machine
  4. ^ Ibn Kathir. (1996). Al-Bidayah wan-Nihayah (eds. 1, jil. 6, h. 425). Kaherah: Dar Abi Hayyan.
  5. ^ "The History of al-Tabari Vol. 12". Dicapai pada 22 April 2015.
  6. ^ "The Caliph and the Heretic". Dicapai pada 22 April 2015.
  7. ^ "Iraq After the Muslim Conquest". Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2016. Dicapai pada 22 April 2015.
  8. ^ "A History of Palestine, 634-1099". Dicapai pada 22 April 2015.

Pautan luarSunting