Al-Jawaher merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang ditubuhkan pada tahun 1979 dan berasal dari Singapura. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berirama nasyid dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab.

Al-Jawaher
Album kumpulan Al-Jawaher.jpg
Latar belakang
Berasal dariSingapura Singapura
GenreNasyid
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif1979-kini
Syarikat rakaman
Polygram
Pengkarya berkait
M. Nasir
Al Mizan
AhliNorhaiyati Yusop
Habibah Othman
Siti Rusminah Jaafar
Siti Hajar Mohamad (adik M. Nasir)
Normala Mohamad (adik M. Nasir)

Kumpulan Al-Jawaher pada asalnya merupakan sekumpulan wanita muda yang sama-sama belajar mengaji dan berzanji di Singapura dengan sepasang suami isteri, Ustaz Haji Md Karim dan Ustazah Hamidah Haji Shukor.[1] Ustaz Haji Md Karim mengajar pelajaran Agama Islam sementara isterinya mengajar mengaji Al-Quran dan berzanji.

Ustaz Haji Md Karim merupakan orang yang memberi cadangan kepada mereka supaya menubuhkan kumpulan nasyid kerana beliau tertarik mendengar mereka berzanji. Beliau kemudiannya memperkenalkan mereka kepada komposer M. Nasir yang pada waktu itu bekerja di Polygram Records.[2]

Sejarah penubuhan sunting

Kumpulan ini pada awalnya belajar mengaji dan berzanji bersama Ustazah Hamidah Haji Shukor, bekas naib johan qariah peringkat kebangsaan, dan bakat mereka telah diasah oleh Ustazah berkenaan. Ketika itu, suami kepada Ustazah Hamidah iaitu Ustaz Haji Md Karim berhasrat menubuhkan sebuah kumpulan nasyid baru.

Maka lahirlah kumpulan Al-Jawaher pada tahun 1979 yang mempunyai sembilan anggota. Beliau juga bertanggungjawab menjadi pengasas kepada kumpulan nasyid Al Mizan yang terlebih dahulu ditubuhkan pada tahun 1977.

Anggota kumpulan sunting

Pada awal penubuhannya, Al-Jawaher terdiri daripada tujuh orang anggota yang berusia antara 15 hingga 18 tahun.

Anggota asal kumpulan (1979) sunting

  1. Norhaiyati Yusop
  2. Habibah Othman
  3. Siti Rusminah Jaafar (Ibu kepada penyanyi Didicazli)
  4. Jumilah
  5. Jawainah
  6. Azizah
  7. Ruhaidah Ibrahim

Anggota kumpulan yang merakamkan album Permata (1980) sunting

  1. Norhaiyati Yusop
  2. Habibah Othman
  3. Siti Rusminah Jaafar (Ibu kepada penyanyi Didicazli)
  4. Jumilah
  5. Hamidah Mohamed Din
  6. Normah Mohd
  7. Norjan/Norjehan Mohd
  8. Dahlila Saad
  9. Fauziah Ahmad

Anggota kumpulan yang merakamkan album Perjalanan (1981) sunting

  1. Norhaiyati Yusop
  2. Habibah Othman - Solo pertama
  3. Siti Rusminah Jaafar (Ibu kepada penyanyi Didicazli) - Solo kedua
    - Beliau berhenti menganggotai Al-Jawaher buat seketika pada tahun 1981 setelah mendirikan rumah tangga. Beliau kembali semula bersama kumpulan itu pada tahun 2008 atas gesaan anaknya.
  4. Jumilah
  5. Hamidah Mohamed Din
  6. Normah Mohd
  7. Norjan/Norjehan Mohd
  8. Dahlila Saad
  9. Fauziah Ahmad

Pada tahun 1996, mereka berehat seketika untuk memberikan tumpuan kepada kerjaya dan rumah tangga. Pada tahun 2010, mereka kembali aktif dan mula menerima jemputan, antaranya untuk undangan amal.

(Batch ke-2) sunting

  1. Norhaiyati Yusop
  2. Habibah Othman
  3. Siti Rusminah Jaafar (Ibu kepada penyanyi Didicazli)
  4. Jumilah
  5. Saffiah Packer
  6. Norjan Mohd
  7. Fauziah Ahmad
  8. Dahlila Saad

(Batch ke-3) sunting

  1. Norhaiyati Yusop
  2. Habibah Othman
  3. Saffiah Packer
  4. Norjan Mohd
  5. Dahlila Saad
  6. Siti Hajar Mohamad (adik M. Nasir)
  7. Fauziah Ahmad

(Batch ke-4) sunting

  1. Norhaiyati Yusop
  2. Habibah Othman
  3. Siti Hajar Mohamad (adik M. Nasir)
  4. Nour Yousof
  5. Azah
  6. Normala Mohamad (adik M. Nasir)
  7. Hamidah Mohamed Din

Anggota kumpulan (2011) sunting

  1. Norhaiyati Yusop
  2. Habibah Othman
  3. Siti Hajar Mohamad (adik M. Nasir)
  4. Normala Mohamad (adik M. Nasir)
  5. Hamidah Mohamed Din
  6. Norjan/Norjehan Mohd


Kini hanya tinggal lima anggota sahaja yang aktif menyanyi.

Ketiga-tiga penyanyi solo kumpulan tersebut iaitu Habibah Othman (solo pertama), Siti Rusminah (solo kedua) dan Siti Hajar Mohamad (solo ketiga) tetap kekal bersama kumpulan tersebut sehingga kini.

Anggota yang masih aktif sehingga kini (Batch ke-5) sunting

  1. Norhaiyati Yusop - Penyelaras kumpulan
  2. Habibah Othman - Solo pertama
  3. Siti Rusminah Jaafar (Ibu kepada penyanyi Didicazli) - Solo kedua
  4. Siti Hajar Mohamad (adik M. Nasir) - Solo ketiga
  5. Normala Mohamad (adik M. Nasir)[3]

Diskografi sunting

Sepanjang penglibatan mereka dalam dunia seni, kumpulan Al-Jawaher telah merakamkan lima buah album.

  • Permata (1980)
  • Perjalanan (1981)
  • Warna Alam (1982)
  • Berita Gembira (1984)
  • Alam Insan (1990)


Album studio sunting

  • Permata (1980)

Penerbit: M. Nasir
Susunan muzik: Ooi Eow Jin
Studio rakaman: Lion Studio, Singapura

Muka Satu
No.TajukPenulisMasa
1."Sifat Mulia"Amir Hj. Md Karim
2."Jasa Belia"M. Nasir, Amir Hj. Md Karim
3."Selamat Hari Raya"M. Nasir
4."Ya Illahi"Amir Hj. Md Karim
5."Inilah Sebuah Madah"Amir Hj. Md Karim
6."Tegakkan Sembahyang"Amir Hj. Md Karim
Muka Dua
No.TajukPenulisMasa
7."Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda"Amir Hj. Md Karim
8."Kembara Di Tanah Gersang"M. Nasir
9."Dunia"Amir Hj. Md Karim
10."Perwira"M. Nasir, Amir Hj. Md Karim
11."Cobaan"M. Nasir
12."Aini Ya Aini"Amir Hj. Md Karim


  • Perjalanan (1981)

Penerbit: M. Nasir & Ustaz Hj. Md Karim
Susunan muzik: Ismail 'Eddie' Marzuki
Studio rakaman: Lion Studio, Singapura

Muka Satu
No.TajukPenulisMasa
1."Jauhkanlah Sengketa"M. Nasir
2."Senandung Unggas"M. Nasir
3."Sabar"M. Nasir
4."Yang Merah Itu Saga"Amir Hj. Md Karim
5."Selawat dan Salam"Amir Hj. Md Karim
Muka Dua
No.TajukPenulisMasa
6."Perjalanan"M. Nasir
7."Seroja"Amir Hj. Md Karim
8."Renungkanlah"M. Nasir
9."Seloka Nasihat"Amir Hj. Md Karim
10."Drama Dunia"M. Nasir


Warna Alam (1982)

  • Adam Dan Hawa
  • Perjalanan II - duet bersama M. Nasir (Lagu/Lirik: M. Nasir)
  • Warna Alam

Berita Gembira (1984)

Alam Insan (1990)


Lagu-lagu sunting

  • Assalamualaikum
  • Dikit Sedikit
  • Entah Ia Entah Tidak
  • Insan Dan Iman
  • Mohon PadaNya Sujud PadaNya (Lagu/Lirik: A. Ali)
  • Nyanyian Dunia / Nyanyian Duniawi
  • Walau Dimana
  • Salam AidilFitri


Album himpunan sunting

Album himpunan oleh Artis Rakaman Polygram
Dikeluarkan pada 14 September 1981
Penerbit: Ooi Eow Jin & M. Nasir
Syarikat: Polygram Records

Muka Satu
No.TajukPenulisArtisMasa
1."Suatu Hari Di Hari Raya"M. Nasir
2."Ku Pohon Restu Ayah Dan Bonda"Al Jawaher
3."Hari Raya Tanpa Ibu"
4."Hari Raya Hari Bahagia"Ideal Sisters
5."Mari Berdendang"Alleycats
Muka Dua
No.TajukPenulisArtisMasa
1."Di Pagi Hari Raya"Rafeah Buang
2."Kalau Rindu Katakan Rindu"Normah
3."Apa Khabar Nya?"Raffi
4."Selamat Hari Raya"Al Jawaher
5."Suasana Pilu Di-Saat Ini"Yunizar Hussein


Rujukan sunting

  1. ^ Betulkah kumpulan nasyid ‘legend’ Al-Jawaher kini aktif semula?. (2018, 21 April). BERITA Mediacorp. Dicapai pada Oktober 2018.
  2. ^ "Syed Abdullah Syed Mohamed. (2010, 4 February). The evergreen nasyid maestro. NST Online". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-04. Dicapai pada 2010-08-18.
  3. ^ Norhaiyati Yusop. (2018, 21 Ogos.) Terimakasih kepada semua ahli2 Al-Jawaher yg pernah bersama (Komen Facebook). Dicapai pada 9 Oktober 2018.

Pautan luar sunting