Alain Robert atau Robert Alain Philippe (lahir pada 7 Ogos 1962), adalah pemanjat bangunan dari Perancis .Beliau berasal dari Digoin, Saône-et-Loire, Bourgogne, Perancis. Beliau dikenali sebagai "Spider-Man Perancis" sebagaimana watak utama komik Marvel atau "Human Spider". Robert terkenal kerana berjaya memanjat bangunan pencakar langit di serata dunia termasuk Menara Berkembar Petronas pada 2009.

Alain Salem
Fail:Melayu Malaysia
Kelahiran (1962-08-07) 7 Ogos 1962 (umur 61)
WarganegaraFrench
Nama lainRobert Alain Philippe
Pekerjaanclimber
Laman web rasmialainrobert.com
Alain Robert, 2010

Sekilas sunting

 
Alain Robert climbing Petronas Tower 2 in March 2007

Robert telah memanjat 85 bangunan pencakar langit di seluruh dunia. Beliau dikagumi kerana memanjat menggunakan tangan kosong dan kasut mendaki sahaja. Walaupun dihalang beberapa kali, tetapi beliau tetap tabah dan berusaha dan terus berusaha.

Semasa anak muda beliau mendaki tebing-tebing batu di sekitar rumahnya. Ketika usia 12 tahun, dia terlupa kunci dan apartmennya terkunci di tingkat lapan. Jalan terkakhir dilakukanya ialah memanjat sehingga ke tingkat lapan rumahnya itu.

Pada tahun Januari 1982, ketika berusia 19 tahun dia menderita kemalangan . Kemudia pada usia 20 tahun dia juga kemalangan.Dia jatuh dari ketinggian 15 meter . Akibatnya dia patah tulang kekal vertigo. Doktor menganggap dia 60 % kurang upaya dan mengatakan bahawa ia tidak boleh memanjat lagi. Namun selepas 6 bulan dia memanjat lagi. Dia melakukan latihan di cerun Pergunungan Alp Perancis dan kembali memanjat bangunan.

Strategi sunting

Biasanya mana-mana pemilik bangunan tinggi tidak membenarkan beiau memanjat. Ini kerana memanjat bangunan tinggi tanpa sebarang perlatan adalah berisiko tinggi - terjatuh dari bangunan. Pemilik bangunan boleh dipersalahkan dan terpaksa membayar insuran. Oleh itu, Alain Robert terpaksa memanjar menjelang waktu fajar subuh .Akibatnya, Alain telah ditangkap beberapa kali, di berbagai negara dan pegawai penguatkuasa undang menunggunya di hujung pendakian. Penahanan dan mahkamah biasanya tidak lebih dari formaliti singkat dan dia selalunya dibebaskan.

Robert akan menggunakan tepian tingkap dan bingkai serta benjolan untuk dia memanjat bangunan tinggi. Dia akan membawa bersama beg sandang kecil di pinggang yang berisi serbuk damar yang digunakan untuk menyerap keringat, diikatkan di pinggang.

Kerjaya sunting

Robert telah mendaki banyak bangunan, termasuk Menara Eiffel, Opera House di syney, dan Montparnasse Tower di Paris .Pada 1997 beliau mendapat liputan media antarabangsa kerana mendaki Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia. Ketika itu menara tersebut baru disiapkan dan ramai meragui kemampuan beliaun . Akhirnya beliau ditangkap di tingkat 60 hanya 28 tingkat lagi mencapai puncak menara. Persepsi rakyat Malaysia ketika itu, cubaan Alain Robert dianggap cuba memalukan Malaysia.

Semasa memanjat Sears Tower, yang sekarang disebut Willis Tower, di Chicago, Illinois pada tahun 1999, beliau berhadapan dengan cabaran hebat.Tinggi mera itu iala 110 tingkat dengan kabut tebal pada dinding kaca dan licin .

Pada bulan Jun 1999 dia memanjat sehingga 140 meter Hotel Marriott di Warsaw, Poland.

Pada tahun 2000, Robert memanjat 23 meter bangunan Luxor Obelisk di Place de la Concorde, Perancis.

Pada Februari 2003, dia dibenarkan mendaki 200 meter bangunan National Bank of Abu Dhabi, UAE disaksikan oleh sekitar 100.000 penonton.

Pada bulan Mei 2003, beliau dibayar sekitar $ 18,000 untuk memanjat 95 meter Lloyd's of London untuk mempromosikan filem Spider-Man di saluran televisyen Britain Sky Movies.Pada 19 Oktober 2004, beliau mamanjat 187 meter ibu pejabat syarikat petroleum Perancis Total dengan mengenakan kostum Spider-Man.

Pada 25 Disember 2004, Robert memanjat berjaya memanjat bangunan Taipei 101 beberapa hari sebelum pembukaan rasmi.Bangunan itu setinggi 508 meter.Sisi miring bangunan itu tidak menjadi masalah kepada beliau. Hujan lebat menyebabkan beliau terpaksa memanjat dalam masa lebih lama - 4 jam.

Pada 11 Jun 2005 dia menaiki Cheung Kong Centre di Hong Kong berskala 283 meter.

Pada 1 September 2006, dia memanjat bangunan tertinggi di Lithuania dan syarikat Baltik - Europa Tower, 148 meter di Vilnius. Dia berjaya memijak dek observasi pada ketinggian 114 meter dalam tempoh 40 minit sahaja.

Pada tahun 2006 dia memanjar Torre Vasco da Gama di Portugal sebagai sebahagian daripada iklan Optimus, pembekal khidmat kebangsaan. Kemudian memanjat bangunan di bandar Santa Fe iaitu Plaza Dunia di Mexico City, pada 7 Disember.

Pada 23 Februari 2007, dia secara sah menaiki gedung Abu Dhabi Investment Authority (Adia) di pantai bandar Abu Dhabi (Uni Emirat Arab).

Pada 20 Mac 2007, dia kembali memanjat Menara Berkembar Petronas , menandakan ulang tahun ke-10 pendakian terdahulu.Setelah mencapai tingkat 60, dia membiarkan dirinya ditangkap. Ia terbang di angkasa Malaysia dan mengebarkan bendera dan bertepuk tangan .Polis, anggota bomba dan wakil media menunggu dan dibawa ke balai polis.

Pada 31 Mei 2007, dia memanjat 88 tingkat Jin Mao Building di Shanghai iaitu bangunan tertinggi di China.Sekali lagi beliau mengenakan kostum Spider-Man. Robert kemudian ditangkap dan dipenjara selama 5 hari sebelum diusir dari China. Pada November 2007, Robert dijemput oleh kerajaan Zhangjiajie di selatan wilayah Hunan, memanjat 1.518 meter gunung Tianmen gunung .

Pada tarikh 4 September 2007, dia memanjat 244 meter menara di Moscow dalam masa 30 minit dengan menggunakan tangga. Diia ditahan oleh polis kerana melanggar norma-norma keselamatan di lokasi pembinaan meskipun diberitahu oleh para penaja bahawa beliau telah diberikan izin .

Pada 18 Disember 2007, beliau menaiki tingkat 29 Portland House di London dalam masa 40 minit.

Pada 15 April 2008, dia mendaki tingkat 60 Four Seasons di Hong Kong. Polis dan empat bomba menanti beliau.Beliau mengambil masa hampir 1 jam untuk mencapai puncak. Alain menemui kesulitan di bahagian atas ketika harus memanjat secara miring .Dia hampir jatuh ketika seorang wanita di sisi lain daripada kaca menjerit dan hampir pengsan. Dia ditahan selepas menyelesaikan pendakian. Tujuan beliau mendaki bangunan itu adalah untuk meningkatkan kesedaran akan pemanasan global.

Pada 5 Jun 2008, dia memanjat Gedung New York Times di New York. Dia membentangkan sebuah sepanduk dengan slogan tentang pemanasan global dan kemudian ditangkap oleh polis di bumbung. Kain rentang bertulis "Pemanasan global membunuh lebih banyak orang daripada 9/11 setiap minggu."

Pada tarikh 17 Februari 2009, beliau sekali lagi mendaki Cheung Kong Centre di Hong Kong dalam masa 40 minit untuk mencapai puncak menara 62 tingkat itu. Dia memasang sepanduk bertulis "onehundredmonths.org"

Pada 2 April 2009 , semasa persidangan G-20 2009 di London dia mendaki lantai 9, bangunan Lloyd. Pada 2 Mei 2009, dia mendaki tingkat 41 RBS Tower di Sydney Australia, ditangkap.

Pada 1 September 2009, sehari selepas Malaysia merayakan 52 tahun kemerdekaan, Alain Robert akhirnya berjaya ke puncak Petronas Twin Towers. Dia mula pada jam 6:00 pagi dan sampai dipuncak jam 7.40 pagi.Semasa di puncak, dia berdiri dengan tangan terbentang di puncak salah satu Twin Towers .

Pada 8 Oktober 2009, Robert memanjat gedung 33 tingkat stesen TV Ariane di Paris. Beliau ditangkap di bahagian atas bangunan tetapi dibebaskan.

Burj Khalifa dibuka pada 4 Januari 2010 dan menjadi gedung tertinggi di dunia. Namun, Robert telah mengepikan cabaran itu .

Bangunan yang dipanjat sunting

Location Building Date Height Notes
Sydney, Australia Sydney Tower 1997 319 m (1,047 ft)
Sydney, Australia Sydney Opera House 1997 65 m (213 ft)
Sydney, Australia Sydney Harbour Bridge 1997 135 m (443 ft)
Sydney, Australia RBS Tower 2 June 2009 Descended to ground. Arrested and fined AUS$750
Rio de Janeiro, Brazil Hotel Vermont 1996
Montreal, Quebec, Canada Crown Plaza Hotel 1999 120 m (393 ft)
Montreal, Quebec, Canada Place de la Cathédrale
Hong Kong Four Seasons Place 2008 130 m (427 ft)
Hong Kong The Far East Finance Centre 1996 200 m (656 ft)
Hong Kong The Cheung Kong Centre 2009 283 (928 ft)
Hong Kong The Cheung Kong Centre 2005 283 (928 ft)
London, England One Canada Square 2002 244 m (801 ft)
London, England One Canada Square 1995 244 m (801 ft)
London, England Lloyd's building 2 April 2009 95 m (312 ft) Climbed to the 9th floor. Unfurled a 100 ft banner.
London, England Portland House 18 December 2007 101 m (331 ft) Arrested. 40 minute climb.
Paris, France Eiffel Tower 1996/97 313 m (1,027 ft)
Paris, France Grande Arche at La Défense 1999 105 m (344 ft)
Paris, France The Luxor Obelisk in Place de la Concorde 1999 31 m (102 ft)
Paris, France Tour Montparnasse 1995 209 m (686 ft)
Paris, France Tour Crystal at Front de Seine 2005 100 m (328 ft)
Paris, France Tour Crystal at Front de Seine 1996 100 m (328 ft)
Paris, France Mercurial Towers at Bagnolet 1995 125 m (410 ft)
Paris, France Headquarters of the French oil company Total 19 October 2004 187 m (614 ft) Wore a Spider-Man costume
Paris, France Ariane building[1] 8 October 2009 152 m (499 ft) no formal charges were brought against him
Frankfurt, Germany Dresdner Bank Tower 1995 145 m (476 ft)
Milan, Italy Banca di Milano building 1995 112 m (367 ft)
Tokyo, Japan Shinjuku Center Building 1998 245 m (804 ft)
Warsaw, Poland Marriott Hotel 1999 140 m (459 ft)
Johannesburg, South Africa IBM Tower 1998 110 m (361 ft)
Abu Dhabi, UAE National Bank of Abu Dhabi Feb 2003 173 m (568 ft) A legal climb. Watched by about 100,000 spectators.
Abu Dhabi, UAE The Etisalat building 2005 160 m (525 ft)
Abu Dhabi, UAE ADIA Headquarters Building 2007 185 m (607 ft)
New York City New York Times Building 5 June 2008 228 m (748 ft) Unfurled global warming banner. Arrested by police.
New York City Empire State Building 1994 381 m (1,250 ft)
Chicago, Illinois Sears Tower 1999 443 m (1,453 ft)
San Francisco, California Golden Gate Bridge 1996 227 m (745 ft)
Philadelphia, Pennsylvania Blue Cross Tower 1997 185 m (607 ft)
Las Vegas, Nevada Luxor Hotel 1996 106 m (348 ft)
Tampere, Finland Hotel Ilves 2003 61 m (200 ft)
Malaysia Petronas Tower 1 1997 452 m (1,483 ft) Arrested at the 60th floor
Malaysia Petronas Tower 2 2007 452 m (1,483 ft) Arrested at the 60th floor
Malaysia Petronas Tower 1 September 2009 452 m (1,483 ft) Stood atop the highest point of the tower, fined MYR 2000
Malaysia Kota Kinabalu, Sabah Sabah Foundation Building 1997 150 m (492 ft)
Malaysia Kuala Lumpur Melia Hotel 1997 80 m (262 ft) For fundraising
Singapore Overseas Union Bank Centre 2000 280 m (919 ft) Arrested at the 21st floor
Singapore Suntec Tower One 2008 176 m (577 ft)
Taiwan Taipei 101 2004 508 m (1,667 ft) Climbed as part of opening event
Caracas, Venezuela Parque Central Torre 2002 224 m (735 ft)
Barcelona, Spain Torre Agbar 2007 144 m (472 ft)
Barcelona, Spain Torre Agbar 2006 144 m (472 ft)
Portugal Torre Vasco da Gama 2006 145 m (476 ft)
Lisbon, Portugal 25 de Abril Bridge[2] 6 August 2007 190 m (623 ft)
Mexico City Santa Fé World Plaza Corporate Tower 2006 127 m (417 ft)
Bratislava, Slovakia Slovak Radio Building 12 April 2007 Took less than 20 minutes
Shanghai, China Jin Mao Building 2007 420 m (1,378 ft) Arrested, expelled from China
Moscow, Russia West Federation Tower 4 September 2007 244 m (801 ft) Detained by police.
São Paulo, Brazil Edifício Itália[3] February 2008
Beirut, Lebanon Phoenicia Hotel[4] October 2008
Jakarta, Indonesia The City Tower[5] 12 November 2008

Anugerah sunting

Pada 16 Januari 2010, Alain Robert telah dianugerah Rekod Dunia BrandLaureate 2010 di Kuala Lumpur. Anugerah ini kerana pengiktirafan kebolehannya yang luar biasa dan mengagumkan dalam bidang memanjat bangunan tinggi .Alain Rober turut memberi syarahan bertajuk "Overcoming Your Fear, Climbing Your Way to the Top".Robert telah memanjat lebih 100 bangunan raksaksa dan masih melakukannya, di seantero dunia, termasuk bangunan tertinggi dunia yang termasuk Menara Berkembar Petronas di Malaysia; Taipei 101 di Taiwan; Menara Eiffel di Perancis; dan, bangunan Empire State di New York.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ 'Spiderman scales 33-floor skyscraper. BBC News, October 08, 2009. Retrieved on 9 October 2009.
  2. ^ "'French "Spiderman" arrested atop Lisbon bridge". Reuters India. 2007-08-06. Dicapai pada 2007-08-06.
  3. ^ "'Homem-aranha francês é preso novamente em SP após escalar Edifício Itália, prédio que ele diz ser "horrível"". UOL.com. 2008-02-27. Dicapai pada 2008-02-27.
  4. ^ 'Spiderman' climbs up side of Beirut's Phoenicia Hotel. The Daily Star, October 13, 2008. Retrieved on 15 October 2008.
  5. ^ "Spiderman" Alain Robert Climbs Jakarta's City Tower (Alain Robert)
  6. ^ Alain Robert Spiderman Diberi Anugerah Rekod Dunia Brandlaureate