Alan Scott Pardew (lahir 18 Julai 1961) merupakan seorang pengurus bola sepak Inggeris yang mengendali Crystal Palace.

Alan Pardew
Pardew pada tahun 2022
Maklumat peribadi
Nama penuh Alan Scott Pardew
Tarikh lahir (1961-07-18) 18 Julai 1961 (umur 62)
Tempat lahir Wimbledon, London, England
Ketinggian 5 ft 11 in (1.8 m)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Crystal Palace (pengurus)
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1980–1981 Whyteleafe 27 (3)
1981–1983 Epsom & Ewell 45 (1)
1983–1984 Corinthian Casuals 36 (5)
1984–1986 Dulwich Hamlet 58 (2)
1986–1987 Yeovil Town 19 (1)
1987–1991 Crystal Palace 128 (8)
1991–1995 Charlton Athletic 104 (24)
1995Tottenham Hotspur (pinjam) 4 (0)
1995–1997 Barnet 67 (0)
1997–1998 Reading 0 (0)
Jumlah 484 (44)
Pasukan diurus
1998 Reading (sementara)
1999–2003 Reading
2003–2006 West Ham United
2006–2008 Charlton Athletic
2009–2010 Southampton
2010–2014 Newcastle United
2015– Crystal Palace
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Pencapaian terbaiknya dalam sukan itu adalah layak ke perlawanan akhir Piala FA dua kali, sebagai pemain ketika bersama Crystal Palace pada tahun 1990 dan sebagai pengurus bersama West Ham United pada tahun 2006, tetapi pasukannya kalah dala kedua-dua acara. Dia juga mencapai kenaikan liga tiga kali dalam kariernya, sebagai pemain bersama Crystal Palace serta sebagai pengurus bersama Reading dan West Ham. Dia mengendalikan Newcastle United dari tahun 2010 sehingga 2014.

Sebagai pengurus Newcastle, dia memenangi anugerah Pengurus Terbaik Musim Liga Perdana Inggeris dan Pengurus Tahunan LMA pada musim 2011-2012 selepas membawa Magpies layak ke pertandingan bola sepak Eropah buat pertama kali sejak kelab itu kembali ke Liga Perdana Inggeris.

Karier sebagai pemain sunting

Awal karier sunting

Pardew memulakan kariernya sebagai pemain sambilan bersama Whyteleafe dan Epsom & Ewell sambil bekerja sebagai tukang kaca.[2] Pada satu peringkat, dia meninggalkan bola sepak selama enam bulan semasa bekerja di timur tengah,[2] tetapi dia kembali bermain bola sepak bersama Corinthian Casuals sebelum kemudiannya menyertai Dulwich Hamlet dan Yeovil Town. Pardew juga berada dalam skuad semi-profesional England pada masa ini.[3]

Crystal Palace sunting

Pardew berpindah ke kelab Divisyen Dua, Crystal Palace pada tahun 1987 dengan yuran £7,500.[3] Pada tahun 1989, dia membantu Palace untuk memenangi promosi ke Divisyen Pertama selepas mengalahkan Blackburn Rovers dalam perlawanan play-off. Pada tahun berikutnya, dia menjaringkan gol kemenangan ketika Palace mencatat kemenangan 4-3 ke atas Liverpool selepas masa tambahan dalam perlawanan separuh akhir Piala FA di Villa Park. Dia kemudiannya bermain dalam kedua-dua perlawanan akhir dan ulangan ketika Palace tewas kepada Manchester United.[3]

Palace terus beraksi cemerlang dalam Divisyen Pertama dan pada musim 1990-91, mereka menduduki tempat ketiga dengan Pardew turut beraksi ketika Palace mengalahkan Everton untuk memenangi Piala Sistem Data Zenith di Wembley.

Karier selepas itu sunting

Pardew berpindah ke Charlton Athletic pada bulan November 1991 dan merupakan penjaring terbanyak Charlton dalam musim 1992–93 dengan sepuluh gol.[3] Pada tahun 1995, Pardew muncul empat sekali secara pinjaman bersama Tottenham Hotspur dalam Piala Intertoto UEFA 1995. Dia beraksi dalam pasukan ketika mereka mengalami kekalahan terbesar dalam sejarah kelab apabila mereka tewas 8–0 kepada kelab Jerman, 1. FC Köln. Spurs meletakkan pemain pasukan simpanan dan pemain pinjaman termasuk Pardew, untuk perlawanan peringkat kumpulan terakhir mereka di Cologne.[3][4][5]

Selepas menolak peluang untuk bermain di Hong Kong,[3] Pardew kemudiannya berpindah ke Barnet dan menjadi pemain-jurulatih dibawah pengurus, Terry Bullivant. Apabila Bullivant berpindah ke Reading pada tahun 1997, dia membawa Pardew bersamanya sebagai pengurus pasukan simpanan.[2]

Karier antarabangsa sunting

Di peringkat antarabangsa, Pardew merupakan ahli skuad semi-profesional England semasa tempohnya bermain untuk kelab bukan-liga, Dulwich Hamlet dan Yeovil Town.

Karier pengurusan sunting

Reading sunting

Pengalaman pertama Pardew sebagai pengurus datang pada bulan Mac 1998 apabila dia dilantik sebagai pengurus sementara selepas pemergian Bullivant.[6] Perlawanan pertama di bawah kendaliannya ialah ketika menentang Huddersfield Town pada 21 Mac 1998, dimana Reading kalah 0–2.[7][8] Selepas pelantikan Tommy Burns, dia kekal sebagai pengurus pasukan simpanan sehingga akhir musim 1998–99, dimana Reading membubarkan pasukan simpanan mereka.[9] Walaupun begitu, dia dinaikkan pangkat sebagai pengurus selepas keputusan yang cemerlang ketika menjadi pengurus sementara pada tahun 1999. Dia menukarkan kelab daripada berjuang untuk penyingkiran kepada calon-calon promosi dengan pemain seperti Jamie Cureton, dan rejimnya untuk menaikkan kecergasan skuad.

Skuad Pardew tewas 3–2 kepada Walsall dalam perlawanan akhir play-off Divisyen Dua pada musim 2000-01, tetapi mereka berjaya bangkit pada musim berikutnya dengan layak secara automatic ke Divisyen Satu. Musim pertama Pardew dalam Divisyen Satu agak memberansangkan selepas kelabnya menduduki tempat keempat dalam liga. Mereka kalah dalam perlawanan play-off sekali lagi, kali ini kepada Wolverhampton Wanderers. Pardew mula mendapat reputasi sebagai salah seorang pengurus muda terbaik.

West Ham United sunting

 
Alan Pardew pada tahun 2006, sebagai pengurus West Ham United

Pada awal musim 2003–04, West Ham United meminta kebenaran Reading untuk melantik Pardew sebagai pengurus baru mereka. Walaupun Reading enggan memberi kebenaran, Pardew mengosongkan jawatannya. Akhirnya, perjanjian berjaya dicapai membolehkan Pardew menjadi pengurus di West Ham.[10]

Musim pertama Pardew di West Ham menyaksikan mereka kalh perlawanan akhir play-off kepada bekas kelabnya, Crystal Palace.[11] Dalam musim 2004–05, West Ham bergelut untuk mencapai promosi, dengan Pardew mendapat tekanan daripadanya penyokong kelab itu.[12] West Ham akhirnya mendapat promosi ke Liga Perdana Inggeris selepas mengalahkan Preston North End F.C.|Preston North End]] dalam perlawanan akhir play-off.[13] Pardew membawa Hammers menduduki tempat kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris musim 2005–06, termasuk layak ke perlawanan akhir Piala FA. Selepas terikat 3-3 pada akhir masa tambahan , West Ham kalah menerusi penentuan penalti,[14]. Ini merupakan kekalahan kedua perlawanan akhir Piala FA dalam karier Pardew.

Pada musim 2006–07, Pardew dikritik kerana West Ham mengalami tempoh terburuk dalam hampir 70 tahun yang menyaksikan mereka terkeluar seawal pusingan pertama Piala UEFA kepada Palermo [15] dan kekalahan dalam Piala Liga kepada Chesterfield.[16] Pemilik baru West Ham menyatakan sokongan mereka kepada Pardew,[17] tetapi pada 11 Disember 2006, selepas kekalahan 4–0 kepada Bolton Wanderers pada minggu sebelumnya, ianya telah diumumkan bahawa Pardew telah dipecat oleh West Ham.[18]

Charlton Athletic sunting

Kehilangan Pardew daripada pengurusan hanya kekal kurang daripada dua minggu selepas dia dilantik sebagai pengurus Charlton Athletic pada Hari Krismas tahun 2006, menandatangani kontrak tiga tahun setengah.ref>Reed Leaves Charlton Sporting Life. Retrieved 21 December 2006; Includes link to interview in RealVideo format</ref> Dia mengambil alih Charlton ketika mereka berada di tempat ke-19 dalam liga dengan cuma 12 mata dan a –20 perbezaan gol. Walaupun prestasi Charlton meningkat dibawah kendalian Pardew,[19] dia gagal membantu Charlton kekal dalam liga, menyebabkan penyingkiran liga pertama dalam kariernya.[20]

Ramai menjangkakan Charlton akan bangkit daripada penyingkiran dengan pembelian pemain seperti Chris Iwelumo dan Luke Varney pada musim 2007–08. Tetapi Charlton gagal untuk meraih tempat promosi selepas menduduki tempat ke-11. Ini meletakkan Pardew dalam tekanan memasuki musim 2008–09 tetapi Charlton bermula dengan baik selepas kemenangan ke atas Reading dan Swansea. Walau bagaimanapun, prestasi Charlton segera menurun dan mereka hampir berada di bawahan liga selepas 8 perlawanan tanpa kemenangan. Selepas kekalahan 5–2 kepada Sheffield United, ratusan penyokong kekal di stadium selama lebih dari satu jam untuk mengutuk pengurus mereka, melaungkan, "Kami mahu Pardew keluar" dan "Kami mahu kelab kami semula" selepas Charlton jatuh ke tempat tiga terbawah.[21][22] Pada 22 November 2008, Pardew meninggalkan Charlton dengan persetujuan bersama.[23]

Southampton sunting

Pardew dinamakan sebagai pengurus baru Southampton pada 17 Julai 2009,[24] selepas pemilik baru Markus Liebherr memecat Mark Wotte sehari selepas menyelesaikan perjanjian untuk menyelamatkan The Saints. Pembelian pertama Pardew adalah Dan Harding yang menyertai secara perpindahan percuma selepas dilepaskan Ipswich Town. Perlawanan pertama kendaliannya adalah ketika menentang Millwall pada 8 Ogos yang berakhir dengan keputusan 1-1. Dia membawa masuk ramai pemain baru termasuk penyerang Rickie Lambert dan Lee Barnard.[25] Pardew membawa pasukannya ke tempat atasan League One, dan, walaupun selepas ditolak 10 mata, cabaran mereka untuk tempat playoff hidup sehingga hanya tinggal baki dua perlawanan.

Pardew membawa Southampton ke perlawanan akhir trofi Football League 2010 di Wembley dimana mereka menang 4–1 ke atas Carlisle United. Kemenangan itu memberikan kelab itu trofi pertama sejak tahun 1976. Lima bulan kemudian, Pardew dilepaskan oleh kelab,[26][27] selepas laporan terhadap moral rendah kakitangan dan konflik diantara Pardew dan pengerusi kelab, Nicola Cortese.[28][29]

Newcastle United sunting

Pada 6 Disember 2010, Chris Hughton dipecat sebagai pengurus Newcastle United.[30] Tiga hari kemudiannya, kelab itu mengesahkan Pardew sebagai pengurus baru kelab dengan perjanjian ​5 12 tahun. Sky Sports melaporkan bahawa 40,000 penyokong mengambil bahagian dalam undi untuk menentukan siapakah yang patut menjadi pengurus seterusnya, Pardew hanya mendapat undi sebanyak 5.5%.[31]

 
Pardew (depan, berdiri) sebagai pengurus Newcastle United

Dalam perlawanan pertama di bawah kendaliannya, Newcastle menang 3–1 ke atas Liverpool di St James' Park pada 11 Disember 2010 dengan gol dari Kevin Nolan, Joey Barton and Andy Carroll.[32] Dalam perlawanan pertama di tempat sendiri pada tahun 2011, dia mencatat kemenangan 5–0 ke atas bekas kelabnya, West Ham United.[33] Dia melantik John Carver sebagai pembantu pengurus,[34] yang bekerja sebagai pembantu Sir Bobby Robson enam tahun sebelumnya. Andy Woodman juga dilantik sebagai jurulatih penjaga gol. Tidak lama selepas itu, Pardew mengalami salah satu kekalahan paling memalukan dalam sejarah kelab apabila Newcastle tewas 3–1 kepada pasukan League 2, Stevenage dalam pusingan ke-3 Piala FA.[35]

Walau bagaimanapun, pada bulan berikutnya Pardew membawa Magpies seri 4–4 dengan Arsenal pada 5 Februari 2011. Newcastle ketinggalan 4–0 pada separuh masa pertama sebelum bangkit menyamakan kedudukan.[36][37] Dia berjaya membawa Newcastle di tempat yang selamat dalam liga dengan kemenangan 2–1 ke atas Birmingham City pada 7 Mei 2011 meletakkan kelab di pertengahan liga. Keputusan ini disusuli dengan keputusan seri 2–2 menentang Chelsea dan seri 3–3 menentang West Brom di St. James' Park. Walau bagaimanapun, dalam perlawanan ini mereka mendahului 3–0 tetapi gagal mempertahankan kedudukan.

Pada musim panas tahun 2011, Pardew membeli ramai pemain Perancis seperti Yohan Cabaye, Sylvain Marveaux dan pemain Senegal kelahiran Perancis, Demba Ba.[38] Pada permulaan musim 2011–12, Pardew membawa Newcastle kepada permulaan terbaik mereka dalam kempen Liga Perdana Inggeris, dengan rekod tanpa kalah sebelas perlawanan dalam semua pertandingan.[39]

Pada bulan Januari 2012, Pardew menandatangani penyerang Senegal, Papiss Cissé dari kelab Bundesliga, SC Freiburg. Ini merupakan salah satu pembelian penting dalam kebangkitan semula Newcastle, selepas pemain itu menjaringkan 13 gol dalam 12 perlawanan.

Dua hari sebelum perlawanan terakhir musim, Pardew memenangi anugerah Pengurus Terbaik Musim Liga Perdana Inggeris, menjadikannya pengurus Newcastle United pertama untuk memenangi anugerah ini. Dia diberi anugerah itu selepas musim yang mengagumkan bersama Newcastle dimana dia membimbing mereka layak ke pertandingan Eropah.[40] Dia juga memenangi anugerah Pengurus Tahunan LMA, yang menjadikannya pengurus pertama Inggeris untuk memenangi dua anugerah individu dalam satu musim.[41] Pada 27 September 2012, Pardew menandatangani kontrak lanjutan lapan tahun bersama kelab itu.[42]

Semasa tingkap perpindahan bulan Januari 2013, Pardew menandatangani beberapa pemain dari Ligue 1 seperti Mapou Yanga-Mbiwa, Mathieu Debuchy dan Moussa Sissoko. Pembelian baru itu membantu Pardew membawa Newcastle kepada suku akhir Eropah pertama mereka dalam tempoh 8 tahun selepas mereka mengalahkan kelab Rusia, Anzhi Makhachkala dengan agregat 1-0. Pada 14 April 2013, Newcastle kalah 3-0 kepada Sunderland di St. James' Park, kekalahan terbesar Newcastle di tempat sendiri kepada Sunderland sejak mereka kalah 4–1 pada bulan Februari 1979.

Pada 6 Disember 2013, Pardew dianugerahkan Pengurus Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk bulan November selepas membimbing Newcastle memenangi keempat-empat perlawanan.[40] Dia kemudiannya membawa kelab memenangi perlawanan di Old Trafford dalam tempoh empat puluh satu tahun, mengalahkan Manchester United 0–1 pada 7 Disember 2013.[40]

Prestasi Newcastle menurun selepas itu menjelang akhir musim 2013-14,[43] dengan kelab itu tewas 15 daripada 21 perlawanan.[44] Rasa tidak puas hati peminat tidak dapat dibendung lagi semasa perlawanan terakhir musim di tempat sendiri pada 3 Mei, apabila Pardew (dan pemilik kelab Ashley) dikutuk oleh penyokong walaupun mereka mencatat kemenangan 3-0 ke atas Cardiff City.[45] Walaupun begitu, dia mengekalkan kepercayaan pemilik Mike Ashley, dengan media, termasuk The Chronicle, melaporkan bahawa dia akan diberi peluang membina semula pasukan untuk musim 2014-15.[46][47] Pada bulan September 2014, dengan kelab itu berada di tangga terbawah liga, beberapa peminat mencipta laman web, Sackpardew.com untuk menghasut pemecatannya. Protes juga dirancang sebelum perlawanan menentang Hull City termasuk pencetakan 30,000 kertas menyeru pemecatannya.[48] Pada bulan November 2014, Pardew membimbing Newcastle kepada enam kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.[49] Pada 6 Disember 2014, pasukan Pardew mengakhiri rekod tanpa kalah Chelsea dalam semua pertandingan musim itu, selepas Newcastle menang 2-1 di St James' Park.[50] Pada 12 Disember 2014, Pardew dianugerahkan Pengurus Bulanan Liga Perdana Inggeris untuk bulan November 2014.[51]

Pada 29 Disember 2014, selepas pemecatan Neil Warnock, Pardew diberi kebenaran untuk berbincang bersama Crystal Palace tentang jawatan pengurus kelab itu.[52]

Crystal Palace sunting

Pada 2 Januari 2015, Pardew disahkan sebagai pengurus baru Crystal Palace, menandatangani kontrak tiga tahun setengah bersama kelab itu selepas pakej pampasan £3.5 juta dipersetujui.[53] Dua hari kemudian, dalam perlawanan pertama dibawah kendaliannya, Palace menang 4–0 di tempat lawan ke atas kelab Conference, Dover Athletic dalam pusingan ketiga Piala FA.[54] Perlawanan liga pertama dibawah kendalianya adalh ketika mereka menang 2–1 ke atas Tottenham Hotspur.[55] Crystal Palace menyambung prestasi baik mereka dengan dua kemenangan berturut-turut, termasuk kemenangan 3–2 ke atas Southampton untuk layak ke pusingan kelima Piala FA.[56] Kekalahan pertamanya ialah ketika mereka kalah 0–1 kepada Everton pada 31 Januari 2015.[57] Pardew kemudiannya membimbing Crystal Palace kepada kedudukan terbaik liga mereka di tempat ke-10.[58]

Statistik pengurusan sunting

Sehingga 24 Mei 2015[59]
Pasukan Negara Dari Ke Rekod
P M S K Menang %
Reading (sementara)   18 Mac 1998 25 Mac 1998 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &0&&&&&&&&&&&&&&00.&&&&&00.00
Reading   13 Oktober 1999 10 September 2003 &&&&&&&&&&&&0211.&&&&&0211 &&&&&&&&&&&&0102.&&&&&0102 &&&&&&&&&&&&&052.&&&&&052 &&&&&&&&&&&&&057.&&&&&057 &&&&&&&&&&&&&048.34000048.34
West Ham United   20 Oktober 2003 11 Disember 2006 &&&&&&&&&&&&0163.&&&&&0163 &&&&&&&&&&&&&067.&&&&&067 &&&&&&&&&&&&&038.&&&&&038 &&&&&&&&&&&&&058.&&&&&058 &&&&&&&&&&&&&041.10000041.10
Charlton Athletic   26 Disember 2006 22 November 2008 &&&&&&&&&&&&&090.&&&&&090 &&&&&&&&&&&&&028.&&&&&028 &&&&&&&&&&&&&026.&&&&&026 &&&&&&&&&&&&&036.&&&&&036 &&&&&&&&&&&&&031.11000031.11
Southampton   17 Julai 2009 30 Ogos 2010 &&&&&&&&&&&&&064.&&&&&064 &&&&&&&&&&&&&034.&&&&&034 &&&&&&&&&&&&&017.&&&&&017 &&&&&&&&&&&&&013.&&&&&013 &&&&&&&&&&&&&053.13000053.13
Newcastle United   9 Disember 2010 31 Disember 2014 &&&&&&&&&&&&0185.&&&&&0185 &&&&&&&&&&&&&071.&&&&&071 &&&&&&&&&&&&&041.&&&&&041 &&&&&&&&&&&&&073.&&&&&073 &&&&&&&&&&&&&038.38000038.38
Crystal Palace   3 Januari 2015 Sekarang &&&&&&&&&&&&&021.&&&&&021 &&&&&&&&&&&&&012.&&&&&012 &&&&&&&&&&&&&&01.&&&&&01 &&&&&&&&&&&&&&08.&&&&&08 &&&&&&&&&&&&&057.14000057.14
Jumlah &&&&&&&&&&&&0735.&&&&&0735 &&&&&&&&&&&&0314.&&&&&0314 &&&&&&&&&&&&0175.&&&&&0175 &&&&&&&&&&&&0246.&&&&&0246 &&&&&&&&&&&&&042.72000042.72

Kejayaan sunting

Pemain sunting

Crystal Palace

Pengurus sunting

Reading
West Ham United
Southampton

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Alan Pardew". www.soccerbase.com. Dicapai pada 30 December 2014.
  2. ^ a b c Henderson, Jon (7 May 2006). "Rise of the part-timer who almost quit". The Guardian. London. Dicapai pada 5 November 2007.
  3. ^ a b c d e f "Pardew's Charlton profile". Charlton Athletic FC. Dicapai pada 16 November 2007.[pautan mati kekal]
  4. ^ Shaw, Phil (26 June 1995). "No picnic for English clubs by the sea". London: The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-22. Dicapai pada 7 November 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "Tottenham, Liverpool, Man United and six of the biggest defeats in Europe". Talksport. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-13. Dicapai pada 6 May 2013.
  6. ^ "Emerson arrives". The Independent. 20 March 1998. Dicapai pada 31 December 2014.
  7. ^ "Reading 0–2 Huddersfield Town". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 21 March 1998. Dicapai pada 31 December 2014.
  8. ^ "Stewart puts knife in; Reading 0 Huddersfield 2". Sunday Mercury. 22 March 1998. Dicapai pada 31 December 2014.
  9. ^ "Alan Pardew managerial profile". League Managers Association. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-10. Dicapai pada 21 September 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ "Pardew free to join West Ham". BBC Sport. 18 September 2003. Dicapai pada 26 August 2007.
  11. ^ "Crystal Palace 1–0 West Ham". BBC Sport. 29 May 2004. Dicapai pada 26 August 2007.
  12. ^ "Hammers boss feels the pressure". BBC Sport. 24 January 2005. Dicapai pada 26 August 2007.
  13. ^ "West Ham 1–0 Preston". BBC Sport. 30 May 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-29. Dicapai pada 26 August 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  14. ^ "Liverpool 3–3 West Ham". BBC Sport. 13 May 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-09. Dicapai pada 30 August 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ "Palermo 3–0 West Ham (agg: 4–0)". BBC Sport. 26 September 2006. Dicapai pada 13 December 2010.
  16. ^ "Pardew humiliated after cup exit". BBC Sport. 25 October 2006. Dicapai pada 30 August 2007.
  17. ^ Sinnott, John (12 October 2006). "Pardew backed by West Ham bidder". BBC Sport. Dicapai pada 21 September 2007.
  18. ^ "West Ham United Club Statement". Dicapai pada 12 September 2014.
  19. ^ "Dean Kiely on Charlton's troubles". Dicapai pada 12 September 2014.
  20. ^ "Pardew admits Charlton frailties". BBC Sport. 8 May 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-15. Dicapai pada 21 September 2007. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  21. ^ "Charlton 2–5 Sheff Utd". BBC Sport. 22 November 2008. Dicapai pada 9 December 2010.
  22. ^ Turbervill, Huw (22 November 2008). "Alan Pardew and Charlton Athletic go their separate ways". London: www.telegraph.co.uk. Dicapai pada 9 December 2010.
  23. ^ "Pardew and Charlton part company". Dicapai pada 12 September 2014.
  24. ^ "Southampton name Pardew as boss". BBC Sport. 17 July 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-17. Dicapai pada 16 July 2009. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  25. ^ Szczepanik, Nick (30 December 2011). "Lambert's Good Deeds Put Saints Close to Heaven". The Independent  – via HighBeam Research (langganan diperlukan) . Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-13. Dicapai pada 14 May 2014.
  26. ^ "BBC Sport – Football — Southampton sack manager Pardew". BBC News. 30 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-31. Dicapai pada 30 August 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  27. ^ "Official Club Statement". Southampton FC. 30 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-31. Dicapai pada 31 August 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  28. ^ Wilson, Jeremy (31 August 2010). "Southampton sack Alan Pardew due to concern over staff morale at St Mary's". London: Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-02. Dicapai pada 31 August 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  29. ^ Fletcher, Paul (30 August 2010). "Pardew sacking at Saints raises eyebrows". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-01. Dicapai pada 31 August 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  30. ^ "Boss Chris Hughton sacked by Newcastle United". BBC Sport. 6 December 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-07. Dicapai pada 6 December 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  31. ^ Parrish, Rob (9 December 2010). "Pardew lands Newcastle job". SkySports. Dicapai pada 9 December 2010.
  32. ^ McNulty, Phil (11 December 2010). "Newcastle 3–1 Liverpool". BBC News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-12. Dicapai pada 12 December 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  33. ^ '+ dateCreated +' (5 January 2011). "Football News | Match Report | Newcastle v West Ham – 5 January 2011". Sky Sports. Dicapai pada 10 January 2011.
  34. ^ "Newcastle United | News | Latest News | Latest News | Carver appointed". London: The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-19. Dicapai pada 11 January 2011. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  35. ^ "Newcastle United | Football | Premier League | Pardew apologises for upset". Sky Sports. 8 January 2011. Dicapai pada 10 January 2011.
  36. ^ "Newcastle United | News | Latest News | Latest News | The Best Comeback Ever — Leon". Nufc.co.uk. Dicapai pada 11 February 2011.
  37. ^ "Football | Barclays Premier League | Andrew Leci: Goals Galore!". Espnstar.Com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-15. Dicapai pada 11 February 2011.
  38. ^ http://www.nufcblog.com/2011/07/08/coloccini-an-honor-to-be-newcastle-united-captain/ comments
  39. ^ Edwards, Luke (16 October 2011). "Newcastle United 2 Tottenham Hotspur 2: match report". London: Daily Telegraph. Dicapai pada 17 October 2011.
  40. ^ a b c d "Newcastle United's Alan Pardew named manager of the season". BBC Sport. 11 May 2012. Dicapai pada 11 May 2012. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "BBC Sport" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  41. ^ a b "Alan Pardew wins LMA award 2012". LMA. LMA. 14 May 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-21. Dicapai pada 17 May 2012.
  42. ^ "Newcastle United manager Alan Pardew has signed a new eight-year contract". Skysports.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-09-29. Dicapai pada 2015-06-23. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  43. ^ John Gibson. "John Gibson: Liverpool match sums up Newcastle United's season — John Gibson — Chronicle Live". nechronicle. Dicapai pada 12 September 2014.
  44. ^ "Newcastle United — SYSTEM — Error — Error". Dicapai pada 12 September 2014.
  45. ^ Louise Taylor. "Newcastle United 3-0 Cardiff City — Premier League match report — Football — The Observer". the Guardian. Dicapai pada 12 September 2014.
  46. ^ Taylor, Louise (13 May 2014). "Alan Pardew set to remain as Newcastle United's manager next season". The Guardian. Dicapai pada 14 May 2014.
  47. ^ Ryder, Lee (12 May 2014). "Alan Pardew likely to stay on as Newcastle United manager". Chronicle Live. Dicapai pada 14 May 2014.
  48. ^ "Alan Pardew: Newcastle fans have created 'mass hysteria'". BBC Sport. 19 September 2014. Dicapai pada 24 November 2014.
  49. ^ Ryder, Lee (22 November 2014). "Newcastle 1-0 QPR match report: Alan Pardew's Magpie redemption continues". Dicapai pada 24 November 2014.
  50. ^ "Newcastle United 2-1 Chelsea". BBC Sport. 6 December 2014. Dicapai pada 30 December 2014.
  51. ^ "Aguero and Pardew claim Barclays' monthly awards". premierleague.com. 12 December 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-16. Dicapai pada 12 December 2014.
  52. ^ "Alan Pardew: Crystal Palace given permission to start talks". BBC Sport. 29 December 2014. Dicapai pada 30 December 2014.
  53. ^ Burt, Jason (3 January 2015). "Alan Pardew confirmed as Crystal Palace manager after Newcastle receive £3.5m compensation". The Telegraph. Dicapai pada 3 January 2015.
  54. ^ Rose, Gary (4 January 2014). "Dover Athletic 0–4 Crystal Palace". BBC Sport. Dicapai pada 4 January 2015.
  55. ^ Lewis, Aimee (10 January 2015). "Crystal Palace 2–1 Tottenham Hotspur". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 18 January 2015.
  56. ^ Reddy, Luke (24 January 2015). "Southampton 2–3 Crystal Palace". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 28 January 2015.
  57. ^ Jewell, Alan (31 January 2015). "Crystal Palace 0–1 Everton". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. Dicapai pada 19 January 2015.
  58. ^ "Crystal Palace 1–0 Swansea: Chamakh goal secures top 10 Premier League finish". skysports.com. Sky Sports. 24 May 2015. Dicapai pada 25 May 2015.
  59. ^ "Alan Pardew – Managerial statistics". www.soccerbase.com. Dicapai pada 24 April 2012.
  60. ^ "Premier League: Newcastle and Palace talks over Pardew move at 'advanced stage'". Skysports.com. 29 December 2014. Dicapai pada 30 December 2014.
  61. ^ "PARDEW HANDS IN ROYALS RESIGNATION". www.leaguemanagers.com. 10 September 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-30. Dicapai pada 30 December 2014.
  62. ^ a b "A. Pardew". Soccerway.com. Dicapai pada 30 December 2014.
  63. ^ "Alan Pardew". ESPN. Dicapai pada 30 December 2014.

Pautan luar sunting