Alberto Paloschi (lahir 4 Januari, 1990 di Chiari, Wilayah Brescia) merupakan pemain bola sepak Itali yang kini beraksi untuk kelab Cagliari secara pinjaman dari SPAL. Beliau beraksi di posisi penyerang.

Alberto Paloschi
Maklumat peribadi
Nama penuh Alberto Paloschi
Tarikh lahir (1990-01-04) 4 Januari 1990 (umur 34)[1]
Tempat lahir Chiari, Lombardy, Itali
Ketinggian 6 ft 0 in (1.83 m)[2]
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Cagliari (dipinjam dari SPAL)
Nombor 43
Kerjaya remaja
Milan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007–2008 Milan 7 (2)
2008–2011 Parma 57 (16)
2011 Genoa 12 (2)
2011–2016 Chievo 144 (42)
2016 Swansea City 10 (2)
2016–2018 Atalanta 13 (0)
2017–2018SPAL (pinjam) 36 (7)
2018– SPAL 33 (2)
2020–Cagliari (pinjam) 3 (0)
Pasukan kebangsaan
2006–2007 Itali B17 9 (4)
2007–2008 Itali B19 11 (4)
2008 Itali B20 1 (0)
2008–2011 Itali B21 29 (9)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 Mac 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 01:55, 1 Jun 2017 (UTC)

Kerjaya kelab sunting

Paloschi membuat kemunculan profesional pertamanya pada 20 Disember, 2007, dan menjaringkan gol dalam perlawanan pertama pusingan ke-4 Coppa Italia menentang Catania, dan sekali lagi menjaringkan gol kedua dalam perlawanan kedua pada 16 Januari, 2008.

Beliau membuat kemunculan Serie A pertamanya pada 10 Februari menentang A.C. Siena sebagai pemain gantian untuk Serginho, dan menjaringkan gol tunggal perlawanan dengan sentuhan pertamanya 18 saat selepas masuk.[3] Beliau bermain dalam kesebelasan utama pada perlawanan Serie A seterusnya pada 13 Februari menentang A.S. Livorno Calcio.

Pada 19 Februari beliau menjaringkan gol tunggal Milan dalam kekalahan 2-1 kepada Sampdoria, di San Siro.

Selepas kehadiran Ronaldinho ke Milan, Paloschi telah menyatakan bahawa, disebabkan peluangnya untuk berada dalam kesebelasan utama semakin tipis, beliau akan mempertimbangkan kemungkinan untuk berpindah dari San Siro.[4]

Kerjaya antarabangsa sunting

Paloschi menjaringkan penalti lewat (minit ke-90) dalam perlawanan Itali menentang Greece yang berakhir dengan seri 1-1 pada 14 Julai, dalam Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah-19 UEFA 2008.

Statistik karier sunting

Kelab Musim Liga
Domestik
Piala
Domestik
Kejohanan
Eropah
Jumlah
Penampilan Gol Penampilan Gol Penampilan Gol Penampilan Gol
A.C. Milan 08-2007 7 2 2 2 - - 9 4
Keseluruhan Kerjaya 7 2 2 2 - - 9 4

Rujukan sunting

  1. ^ "Premier League Player Profile Alberto Paloschi". Barclays Premier League. 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-04. Dicapai pada 9 February 2016.
  2. ^ "Swansea City player profiles". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-03. Dicapai pada 2017-11-05.
  3. ^ "THE RIGHT SPIRIT". A.C. Milan (English). 2008-02-10. Dicapai pada 2008-02-10. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-29. Dicapai pada 2008-07-21.

Pautan luar sunting