Album Pop Etnik Terbaik Anugerah Industri Muzik

Album Pop Etnik Terbaik atau pernah dikenali sebagai Album Tradisional Terbaik, Album Pop Tradisional Terbaik dan dipecahkan ke sektor Dangdut menerusi kategori Album Dangdut Terbaik adalah salah satu kategori yang dipertandingkan menerusi Anugerah Industri Muzik di mana berbentuk trofi mikrofon yang diberikan kepada pasukan produksi rakaman album bergenre pop etnik / tradisional terbitan rakyat Malaysia yang mencapai merit dan kualiti dalam industri rakaman. Ia disampaikan kepada penerbit dan artis rakaman secara tidak konsisten sejak 1994 hingga 2008 . AIM dianjurkan oleh Recording Industry Malaysia (RIM) dan Persatuan Industri Muzik Malaysia (PAIMM).

Senarai Pemenang dan Calon sunting

1994-1996 sunting

Tahun Pemenang Album Pop Etnik Terbaik Calon-calon Lain
1994 Canggung Mendonan dipersembahkan oleh M. Nasir;
Penerbit: M. Nasir
1995 Asyik dipersembahkan oleh Amelina;
Penerbit: Ruslan Mamat
1996 Bila Lagi dipersembahkan oleh ND Lala;
Penerbit: ND Lala

1997-1999 sunting

Kategori ini dipecahkan kepada dua sektor iaitu Pop Etnik dan Dangdut

Tahun Album Pop Etnik Terbaik Calon-calon Lain Album Dangdut Terbaik Calon-calon Lain
1997 Ala Dondang dipersembahkan oleh Noraniza Idris ;
Penerbit: S. Atan/Suhaimi Md. Zain
Dunia Cinta dipersembahkan oleh Mas Idayu ;
Penerbit: Ruslan Mamat
1998 Masyhur dipersembahkan oleh Noraniza Idris ;
Penerbit: Suhaimi Md. Zain
Sedap dipersembahkan oleh Ani Maiyuni;
Penerbit: Ruslan Imam

Menang Tanpa Bertanding

1999 Seri Balas dipersembahkan oleh Noraniza Idris & Siti Nurhaliza ;
Penerbit: Suhaimi Md. Zain
Bolehlah Boleh dipersembahkan oleh Mas Idayu ;
Penerbit: Ruslan Mamat

2000-2008 sunting

Tahun Pemenang Album Pop Etnik Terbaik Calon-calon Lain
2000 Sahmura dipersembahkan oleh Siti Nurhaliza ;
Penerbit: Suhaimi Md. Zain,S Atan/To'ki/Rosli Selasih
2001 Perjalanan Seni dipersembahkan oleh SM Salim & Malaysian Philharmonic Orchestra  ;
Penerbit: Nasser Abu Kassim
2002 Salsabila dipersembahkan oleh Yasin Sulaiman  ;
Penerbit: Yasin Sulaiman
2003 Sekarang Dah Jadi dipersembahkan oleh SM Salim  ;
Penerbit: Ramli M.S.
2004 Sawo Matang dipersembahkan oleh Noraniza Idris  ;
Penerbit: Fareez Tajuddin
2005 Tiada Pertandingan
2006 Syahda Berdendang dipersembahkan oleh Syura ;
Penerbit: Pak Ngah, Eddie Hamid
2007 Melodi Ahlaan dipersembahkan oleh Waheeda ;
Penerbit: Farihin Abdul Fatah, Yasin Sulaiman
2008 Lentera Timur dipersembahkan oleh Siti Nurhaliza ;
Penerbit: Siti Nurhaliza/Johari Teh/Johan Nawawi/Katon Bagaskara/M. Nasir/Khairil Johari Johar/Adnan Abu Hassan/Zul Mahat/S Atan/Fauzi Marzuki/Pak Ngah