Selawat 10 Hajat

(Dilencongkan dari Album Selawat 10 Hajat)

Album Selawat 10 Hajat merupakan sebuah album yang dihasilkan oleh Kumpulan Nowseeheart pada tahun 1 Januari 2015.[1]

Album Selawat 10 Hajat
Album studio oleh Kumpulan Nowseeheart
Dikeluarkan pada1 Januari 2015
GenreNasyid
Kronologi Kumpulan Nowseeheart
Album Berjalan, Melihat & Tafsir (2002) Album Selawat 10 Hajat Album Jalan Sehala (2005)
Kulit album alternatif

Album Selawat 10 Hajat ini terdiri daripada 19 buah lagu, dan lagu pertama yang dimuatkan di dalam album ini adalah Interlude. Album ini merupakan album ketiga kumpulan Nowseeheart. Selepas album ini, ia diikuti dengan album Jalan Sehala yang diterbitkan pada tahun 2005.

Album Selawat 10 Hajat ini menggambarkan usaha kumpulan nasyid Nowseeheart mengajak pendengar memupuk kecintaan dan kasih sayang terhadap Rasullallah. Di dalam album Selawat 10 Hajat ini, Nowseeheart telah mengadun elemen cinta hakiki terhadap terhadap Rasullallah dengan hasrat untuk memperkasakan waja diri umat Islam supaya teguh, cekal dan tidak mudah pasrah. Bait-bait selawat yang dialunkan kedengaran begitu indah, sesuai dengan elemen pemahaman yang turut diselitkan dalam album ini.

Untaian seperti Selawat Tenang Jiwa, Selawat Pelindungan Diri, Selawat Murah Rezeki dan Selawat Menanam Kasih Sayang merupakan antara rantaian selawat yang boleh diamalkan pendengar tanpa mengira waktu. Selain itu, Selawat Penerang Hati, Selawat Penanam Semangat, Selawat Maulidurasul, Selawat Majlis Perkahwinan dan Selawat Sembuh Sakit turut dimuatkan. Dalam lampiran lirik yang disertakan, kebaikan selawat turut disertakan sebagai kemudahan pendengar memahami isi selawat dengan mendalam. Istimewanya, selawat-selawat yang dalam album ini turut dirakamkan semula dalam versi accapella atau vokal harmoni.

Kandungan LaguSunting

Muka Satu
No. TajukPenulis Masa
1. "Interlude"    02:11
2. "Selawat Tenang Jiwa"    03:07
3. "Selawat Perlindungan Diri"    02:56
4. "Selawat Murah Rezeki"    03:36
5. "Selawat Menanam Kasih Sayang"    03:20
6. "Selawat Menghindari Masalah"    02:09
7. "Selawat Penerang Hati"    02:55
8. "Selawat Menanam Semangat"    02:38
9. "Selawat Maulidurrasul"    03:13
10. "Selawat Majlis Perkahwinan"    04:19
11. "Selawat Sembuh Sakit"    01:43
12. "Selawat Tenang Jiwa - Acapella"    03:06
13. "Selawat Perlindungan Diri - Acapella"    02:51
14. "Selawat Murah Rezeki - Acapella"    03:07
15. "Selawat Menanam Kasih Sayang - Acapella"    03:02
16. "Selawat Menghindari Masalah - Acapella"    02:04
17. "Selawat Menanam Semangat - Acapella"    02:35
18. "Selawat Penerang Hati - Acapella"    02:42
19. "Selawat Sembuh Sakit - Acapella"    01:41

RujukanSunting

Pautan luarSunting