Album himpunan atau album kompilasi ialah sejenis album (muzik ataupun spoken word) yang menampilkan lagu-lagu daripada pelbagai artis rakaman yang dihimpun daripada pelbagai sumber (seperti album studio, album langsung, single, album demo, outtake dan sebagainya). Lagu-lagu tersebut biasanya mempunyai ciri-ciri yang sama seperti populariti, sumber atau tema. Album himpunan yang menghimpunkan lagu-lagu daripada artis yang sama pula dikenali sebagai album retrospektif.