Albumin (daripada istilah bahasa Latin: albumen[3] "putih (telur); putih telur kering") merupakan keluarga protein globular, antara jenis yang paling biasanya adalah albumin serum. Semua protein dalam keluarga albumin ini larut dalam air, larut sederhana dalam larutan garam pekat, serta mengalami penyahaslian haba. Albumin biasanya ditemui dalam plasma darah dan mempunyai ciri yang berbeza daripada protein darah yang lain di mana pengglikosilannya tidak berlaku. Bahan-bahan yang mengandungi albumin seperti putih telur dikenali sebagai albuminoid.

Keluarga albumin serum
Struktur albumin serum.[1][2]
Pengenal pasti
SimbolSerum_albumin
PfamPF00273
Klan PfamCL0282
InterProIPR014760
SMARTSM00103
PROSITEPS51438
SCOP1ao6
SUPERFAMILY1ao6

Terdapat beberapa protein pengangkutan darah yang saling berkait rapat dari segi evolusinya termasuk albumin serum, alpha-fetoprotein, protein pengikat vitamin D dan afamin.[4][5][6]

Albumin mengikat kepada reseptor permukaan sel iaitu albondin.

Fungsi sunting

Albumin serum ialah protein utama dalam darah manusia.[7] Ia mengikat kation air (seperti Ca2+, Na+ dan K+), asid lemak, hormon, bilirubin, tiroksin (T4) dan farmaseutikal (termasuk barbiturat): fungsi utamanya mengawal tekanan onkotik darah. Alfa-fetoprotein (alpha-fetoglobulin) adalah protein plasma janin yang mengikat pelbagai jenis kation, asid lemak dan bilirubin. Protein-protein khas mengikat kepada vitamin D dan bahan metaboliknya serta juga asid lemak. Takat isoelektrik albumin ialah 4.9.

Serum albumin sunting

Albumin serum ialah protein plasma darah yang paling banyak dihasilkan dalam hati serta membentuk sebahagian besar semua protein plasma. Serum albumin membentuk kira-kira 50% daripada protein plasma manusia.

Albumin serum memainkan peranan penting dalam mengawal isipadu darah dengan mengekalkan tekanan onkotik (juga dikenal sebagai tekanan osmotik koloid) pembuluh darah. Ia juga berfungsi sebagai pembawa molekul berketelarutan air rendah dengan mengasingkan ciri hidrofobiknya, termasuk hormon, garam hempedu, bilirubin tidak berkonjugat, asid lemak bebas (apoprotein), kalsium, ion (transferin), dan beberapa jenis dadah seperti warfarin, fenobutazon, klofibrat dan fenitoin. Untuk sebab inilah albumin serum kadangkalanya disebut sebagai "teksi" molekul . Perebutan antara dadah-dadah ini untuk tapak mengikat kepada albumin boleh menyebabkan interaksi dadah dengan meningkatkan pecahan bebas salah satu dadah yang dikehendaki lalu menjejaskan keupayaan dadah tersebut.

Rujukan sunting

  1. ^ Sugio S, Kashima A, Mochizuki S, Noda M, Kobayashi K (June 1999). "Crystal structure of human serum albumin at 2.5 A resolution". Protein Engineering. 12 (6): 439–46. doi:10.1093/protein/12.6.439. PMID 10388840.
  2. ^ He XM, Carter DC (July 1992). "Atomic structure and chemistry of human serum albumin". Nature. 358 (6383): 209–15. Bibcode:1992Natur.358..209H. doi:10.1038/358209a0. PMID 1630489. S2CID 4353741.
  3. ^ Plinius yang Tua. Historia Naturalis 28, 6, 18.
  4. ^ Haefliger, Denise Nardelli; Moskaitis, John E.; Schoenberg, Daniel R.; Wahli, Walter (October 1989). "Amphibian albumins as members of the albumin, alpha-fetoprotein, vitamin D-binding protein multigene family". Journal of Molecular Evolution. 29 (4): 344–354. doi:10.1007/BF02103621. PMID 2481749.
  5. ^ Schoentgen, Francçoise; Metz-Boutique, Marie-Hélène; Jollès, Jacqueline; Constans, Jacques; Jollès, Pierre (Jun 1986). "Complete amino acid sequence of human vitamin D-binding protein (group-specific component): evidence of a three-fold internal homology as in serum albumin and α-fetoprotein". Biochimica et Biophysica Acta (BBA) - Protein Structure and Molecular Enzymology. 871 (2): 189–198. doi:10.1016/0167-4838(86)90173-1. PMID 2423133.
  6. ^ Lichenstein, HS; Lyons, DE; Wurfel, MM; Johnson, DA; McGinley, MD; Leidli, JC; Trollinger, DB; Mayer, JP; Wright, SD; Zukowski, MM (8 Julai 1994). "Afamin is a new member of the albumin, alpha-fetoprotein, and vitamin D-binding protein gene family". The Journal of Biological Chemistry. 269 (27): 18149–54. PMID 7517938.
  7. ^ Farrugia, Albert (January 2010). "Albumin Usage in Clinical Medicine: Tradition or Therapeutic?". Transfusion Medicine Reviews. 24 (1): 53–63. doi:10.1016/j.tmrv.2009.09.005. PMID 19962575.

Pautan luar sunting