Aldi Taher

Pelakon lelaki Indonesia
(Dilencongkan dari Aldiansyah Taher)

Rahmat Aldiansyah, S.E. yang mengubah namanya menjadi Aldi Taher[1] (sebelumnya dikenali sebagai Aldiansyah Taher atau Aldiansyah; lahir di Jayapura, Papua, 25 Oktober 1983; umur 40 tahun), dan kadang menyebut dirinya sebagai Sidi Aldi Taher Sikumbang merupakan seorang pelakon dan penyanyi Indonesia yang berdarah Minangkabau.

Aldi Taher
Butiran peribadi
LahirRahmat Aldiansyah
(1983-10-25) 25 Oktober 1983 (umur 40)
Indonesia Jayapura, Papua, Indonesia
Parti politik
  • PKS (2019)
  • Golkar (2020)
  • PBB (2021—2023)
  • Perindo (2023—kini)
PasanganDewi Persik (k. 2008; c. 2009)
Georgia Aisyah (k. 2014; c. 2018)
Salsabilih (k. 2020)
Anak-anak3
SaudaraMoeslim Taher (datuk)
PendidikanUniversiti Jayabaya
Pekerjaan
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Maklumat YouTube
Saluran
Tahun aktif2015—kini
Pelanggan113 ribu
Jumlah tontonan19,9 juta
100,000 pelanggan 2023
Dikemaskini pada 19 Oktober 2023

Kerjaya sunting

Dia bermula kerjaya di dunia hiburan dengan mengikuti acara pencarian model pada majalah Aneka Yess! pada tahun 2001. Dia mula dikenali luas selepas menjadi model untuk video klip dari kumpulan muzik Ada Band dengan tajuk Manusia Bodoh dan keluar sebagai finalis di acara MTV VJ Hunt.

Dia pernah membuat kumpulan muzik bernama Radio Band bersama Raffi Ahmad, Irwansyah, Indra Perdana Sinaga, Mende, Oki, serta membentuk kumpulan duo bernama Duo Kingkong dengan single bertajuk Cari Wanita. Dia juga membuat album lagu tema untuk filem Leak bersama Nadia Vega.

Pada tahun 2013 hingga 2016, dia pernah bergabung dalam Boy Band bernama Trio Ubur Ubur yang terbentuk dalam drama lipur lara popular Emak Ijah Pengen Ke Mekah.[2]

Kehidupan peribadi sunting

Ia yang memiliki ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan jurusan Perakaunan ini merupakan putera ketiga di antara enam bersaudara dari pasangan yang berdarah Minangkabau, yakni Ramlis Saputra Sidi Rusli Taher dan Rosita Bagindo Oedin, sehingga ia merupakan cucu dari pendiri Universitas Jayabaya, iaitu Moeslim Taher.[3]

Ia pertama kali berkahwin secara siri dengan Dewi Persik pada 4 Julai 2008[4] dan berkahwin secara rasmi pada Mac 2009.[5] Mereka rasmi bercerai pada 11 November 2009.[6]

Ia bertunang dengan seorang doktor gigi bernama Georgia Aisyah pada 17 Mei 2014[7], berkahwin secara rasmi pada 25 Oktober 2014,[8] dan bercerai pada 8 Januari 2018.[9] Pasangan ini dikurniai sepasang anak bernama Geraldine Nur Ardiansyah (lahir 2015)[10] dan Geraldi Muhammad Aldiansyah (lahir 2018).[11]

Ia menderita penyakit barah limfa sejak Oktober 2016[12] dan sembuh pada April 2017.[13]

Ia berkahwin dengan Salsabillih pada 24 Oktober 2020.[14] Pada 15 Ogos 2021, dia bersama isteri ketiga, Salsabillih telah dikurniai seorang puteri bernama Alusha Sheyza Bryna Taher.[15]

Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2007 Terowongan Casablanca Timbo Indika Entertainment
Leak Aldi Ganesa Perkasa Films
2008 Tiren: Mati Kemaren Reno Maxima Pictures
Pocong vs Kuntilanak Aksha Mitra Pictures
2013 Kemasukan Setan Eddy Arwana Bali Bumerang Film
2014 Boneka Setan Dimas Mitra Sejati Productions
2021 Bisikan Jenazah Ujang Bersahaja Entertainment

Drama lipur lara sunting

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2005 Ku T'lah Jatuh Cinta Soraya Intercine Films
Kisah Lima Matahari
Joe Bebek Emas
Anak Terminal Metropolitan
Cinta Na Ringgo
Cinta Dua Dunia
Jalan Keadilan
2008 Hingga Akhir Waktu Regge SinemArt
2012 Insya Allah Ada Jalan (Bintang Tamu) Digital Network Aestheic
Sony Music Entertainment Indonesia
2013-2015 Emak Ijah Pengen Ke Mekah Zacky Demong bin Maling Amanah Surga Productions
2016 Trio Ubur Ubur Mengejar Cinta Adhit
2017-2018 Sodrun Merayu Tuhan Ja'i Millenium SinemArt
2017-2019 Jodoh Wasiat Bapak (Bintang Tamu) Ridwan (Eps 106) Tobali Putra Productions
Irman (Eps 166)
Jul (Eps 228)
Bayu (Eps 814)
Aryo (Eps 967)
2018 Cinta Asyifa Faisal MNC Pictures
2019 Masjid Yang Dirindukan Ustadz Fadli Al-Cilandaki Tobali Putra Productions
2020 Bola Koki Ayah Putri Visual Generation
Sultan Aji Mongol MNC Pictures
Jagoan Bola Zaki
2021 Jodoh Wasiat Bapak Babak 2 (Bintang Tamu) (Eps. 135)
Fandi (Eps. 170)
Tobali Putra Productions

FTV sunting

  • Cermin Kehidupan: Kapan Nikah? (2016)
  • Kisah Nyata: Istri Membuat Suami Berdosa (2018)
  • Kisah Nyata: Sudah Jadi Nyonya, Aku Masih Dianggap Pembantu (2019)
  • Pintu Berkah: Doa Anak Sekolah Pembuka Pintu Rezeki Sang Ayah (2019)
  • Kisah Nyata: Mantan Pacar Suamiku Ternyata Sahabatku Sendiri (2019)
  • Kisah Nyata: Suami Jago Pencitraan, Rumah Tangga Berantakan (2020)

Single sunting

  • I Love You So Much (2021)

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2013 SCTV Awards 2013 Aktor Pendamping Paling Ngetop (sinetron) Emak Ijah Pengen Ke Mekah Tercalon
2014 SCTV Awards 2014

Rujukan sunting

  1. ^ Aldi Taher Ganti Nama Asli untuk Pilkada Cianjur
  2. ^ "Lama Tak Tampil di TV, Apa Kabar Trio Ubur Ubur?". Insertlive. Dicapai pada 2 September 2021.
  3. ^ detikHOT (28 Jun 2013). "Aldi Taher Bangga Kisah Kakek-Neneknya Dijadikan Buku". Detik.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-23. Dicapai pada 23 September 2018.
  4. ^ https://hot.detik.com/celeb/d-1090528/demi-ciuman-aldi-taher-nikahi-siri-dewi-persik
  5. ^ https://celebrity.okezone.com/read/2009/09/30/33/261341/dewi-persik-aldi-taher-nikah-resmi-maret-2009
  6. ^ https://m.kapanlagi.com/showbiz/selebriti/matcont-dewi-perssik-aldi-taher-resmi-cerai.html
  7. ^ https://www.suara.com/entertainment/2014/05/18/033056/tunangan-aldi-taher-menikah-di-tanggal-ini#!
  8. ^ https://www.suara.com/entertainment/2014/10/25/120114/aldi-taher-resmi-menikah
  9. ^ https://kumparan.com/kumparanhits/aldi-taher-dan-georgia-aisyah-sudah-resmi-bercerai
  10. ^ https://www.tribunnews.com/seleb/2015/11/19/anak-pertama-lahir-aldi-taher-beri-nama-geraldine
  11. ^ https://liputan6.com/showbiz/read/3490641/3-bulan-usai-bercerai-mantan-istri-aldi-taher-melahirkan
  12. ^ https://entertainment.kompas.com/read/2016/10/26/151208510/aldi.taher.benarkan.jalani.kemoterapi.kanker.kelenjar.getah.bening
  13. ^ https://www.suara.com/entertainment/2017/04/18/193500/aldi-taher-dinyatakan-sembuh-dari-kanker-getah-bening
  14. ^ https://merdeka.com/sumut/aldi-taher-resmi-menikah-malah-sindir-sederet-seleb-ini-agar-segera-menyusul.html
  15. ^ "Selamat, Aldi Taher Umumkan Istrinya Melahirkan Seorang Putri". Suara.com. Dicapai pada 2 September 2021.

Pautan luar sunting