Sir Alexander Arnold Constantine Issigonis, CBE, FRS terkenal kerana menjadi pencipta kereta Mini yang menjadi ikon tahun 1960-an. Kereta ini menjadi kereta popular di Britain dan banyak negara di dunia, di samping berjaya menjuarai Rali Monte Carlo sebanyak 3 kali. Kereta rekaannya, BMC Mini dilancarkan dalam tahun 1959.

Kulit buku biografi Alec Issigonis
Kereta Mini tahun 1963
Kereta Morris 1800 Tahun 1970
Kereta Morris 1100 kepunyaan Derick Leong(Tangkap Cicak Kasi Kasut Biru/Funfair Shoe Makan, kemudiannay ditawarkan dalam versi Morris 1300
Mini Moke diasaskan kepada reka bentuk kereta Mini
Kereta Mini semasa rali 100 tahun kelahiran Issigonis

Hayat awal sunting

Alec Issigonis dilahirkan pada 18 November 1906 di perkampungan Smyrna (kini İzmir), jajahan takluk Empayar Uthmaniah Turki. Datuknya Demosthenis Issigonis berhijrah dari Paros ke Smyrna dalam tahun 1830-an dan bekerja membina sistem perhubungan kereta api antara Smyrna dan Aydın. Kerja pembinaan sistem kereta api itu dibuat oleh sebuah syarikat British, dan melalui kaitannya dengan pembinaan sistem kereta api, Demosthenis berjaya mendapatkan kerakyatan British.

Bapa Alec, Constantine Issigonis dilahirkan dengan kerakyatan British dalam tahun 1872 di Smyrna. Constantine belajar di England dan memupuk kecintaan kepada semua perkara British kepada anaknya, Alec. Ibu Alec, Hulda Prokopp pula berketurunan wilayah Württemberg, kini sebahagian wilayah Jerman.

Oleh kerana Alec dan ibu bapanya mempunyai kerakyatan British, mereka dipindahkan ke Malta oleh askar Marin Diraja dalam bulan September 1922 sebelum penguasaan semula Smyrna oleh pihak Turki pada pengakhir Peperangan Greco-Turki (1919-1922). Selepas kematian bapanya dalam tahun 1922, Alec dan ibunya berhijrah ke United Kingdom dalam tahun 1923. Alec mengikuti kursus kejuruteraan di Battersea Polytechnic di London. Dia gagal mata pelajaran Matematik sebanyak 3 kali dan hingga akhir hayatnya memanggil Matematik Tulen musuh semua orang pintar yang kreatif (creative genius).

Kerjaya dalam bidang pemotoran sunting

Alec Issigonis memasuki bidang pembinaan kereta sebagai seorang jurutera dan pereka bentuk. Dia mula bekerja dengan syarikat Humber dan dalam tahun-tahun 1930-an dan 1940-an menceburi bidang lumba kereta. Pada tahun 1936, Issigonis berpindah untuk bekerja dengan syarikat Morris Motor Company di Cowley di mana dia ditugaskan menghasilkan sistem suspensi hadapan kereta Morris 10. Model ini tidak diusahakan disebabkan oleh kerana Perang Dunia II tetapi digunakan untuk kereta MG Y Type.

Issigonis mengusahakan beberapa projek untuk Morris dalam tahun-tahun Perang Dunia II dan pada penghujung perang memulakan kerja reka bentuk sebuah kereta moden zaman lepas perang yang diberikan nama kod “Mosquito’. Rekaan ini menjadi kereta Morris Minor, yang dihasilkan dari tahun 1948 sehingga ke tahun 1971.

Dalam tahun 1952, apabila syarikat British Motor Corporation (BMC) diwujudkan hasil penggabungan syarikat Morris dan syarikat Austin, Issigonis berpindah kerja dengan Alvis Cars di mana dia membuat reka bentuk untuk kereta salun moden menggunakan enjin V-8 aluminium. Issigonis menguji penggunaan sistem suspensi bebas yang terhubung. Tetapi rekaan ini tidak dikeluarkan oleh Alvis kerana kosnya terlalu tinggi.

Kereta Mini sunting

Pada penghujung tahun 1955, Issigonis dipanggil semula ke BMC dan dihantar ke kilang Austin di Longbridge oleh pengerusi syarikat Sir Leonard Lord. Issigonis diminta oleh Lord untuk mengusahakan 3 jenis kereta keluarga. Projek XC/9001 adalah untuk kereta keluarga saiz besar, XC/9002 adalah untuk kereta saiz sederhana sementara projek XC/9003 adalah untuk kereta kecil kegunaan dalam bandar. Issigonis menumpukan perhatian kepada rekaan projek XC/9001 dan XC/9002 sehinggalah beberapa prototaip sedia untuk ujian.

Berikutan pencatuan petrol yang dikenakan kesan daripada Krisis Suez dalam tahun 1956, Issigonis diarahkan oleh Lord untuk mempercepatkan binaan model kereta kecil XC/9003 untuk pengeluaran. Pada awal tahun 1957, projek ini diberikan nombor projek ADO15 untuk membolehkan ribuan lukisan-lukisan kejuruteraan dibuat. Oleh kerana kekangan masa, sistem suspensi yang digunakan untuk kereta Mini adalah dari jenis sistem kon getah yang direka oleh Alex Moulton.

Dalam bulan Ogos 1959, kereta ini dilancarkan pengeluarannya sebagai Morris Mini Minor dan Austin Se7en. Lambat laun kereta-kereta ini dipanggil Mini sahaja. Kereta Mini akhirnya menjadi kereta British paling laris jualannya, dengan pengeluaran melebihi 5.3 juta kenderaan. Rekaan kereta Mini membawa banyak pembaharuan, termasuk sistem pacuan roda hadapan, enjin melintang, kotak gear sump, roda 10 inci dan tahap efisien ruang yang paling tinggi. Kereta Mini menjadi ilham kepada banyak kereta-kereta kecil pacuan roda hadapan yang dibina sehingga ke hari ini.

Morris 1100 dan Austin 1800 sunting

Dalam tahun 1961, apabila kereta Mini semakin popular, Issigonis dinaikkan menjadi Pengarah Teknikal BMC di mana dia terus bertanggungjawab ke atas projek XC-nya. Projek XC/9002 menjadi dilancarkan dalam bulan Ogos 1962 sebagai kereta Morris 1100 yang menggunakan sistem ampaian Hydrolastic tersaling hubung. Projek XC/9001 dilancarkan sebagai kereta Austin 1800 dalam bukan Oktober 1964 dan juga menggunakan sistem ampaian Hydrolastic tersaling hubung.

Kurnia sunting

Issigonis (dipanggil "The Greek God" Diarkibkan 2007-04-01 di Wayback Machine oleh rakan sebayanya) dilantik menjadi Felo di kesatuan Diraja (Royal Society) dalam tahun 1967 dan diberikan anugerah CBE, yang membawa gelaran “Sir” dalam tahun 1969.

Walaupun Issigonis paling diingati kerana ciptaan kereta Mini, dia sendiri paling bangga dengan kereta Morris Minor yang dilihatnya menggabungkan ciri-ciri kemewahan dan keserbagunaan sebuah kereta yang baik dengan harga yang boleh termampu oleh golongan pekerja. Ini berbanding dengan kereta Mini yang hanya dilengkapkan dengan kemudahan asas sahaja – asal jalan sudah!

Persaraan sunting

Sir Alec bersara daripada industri permotoran dalam tahun 1971 tetapi terus bekerja sehingga kematiannya dalam tahun 1988 akibat penyakit Parkinson. .[1]

Legasi sunting

Pada 15 Oktober 2006, satu rali telah diadakan di Heritage Motor Centre, Gaydon untuk memperingati ulang tahun ke-100 kelahiran Sir Alec Issigonis. .[2]

Kereta-Kereta Rekaan Sir Alec Issigonis sunting

Nota sunting

  1. ^ Lamotte, Claude (1988-10-06). "Père de l'Austin "Mini" Alec Issigonis est mort" (dalam bahasa French). Le Monde. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-05-24. Dicapai pada 2007-03-15. Unknown parameter |accessed= ignored (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Issigonis Centenary Celebration". Heritage Motor Centre.

Pautan Luar sunting

Rujukan sunting

  • Gillian Bardsley (2005). Issigonis: The Official Biography. Icon Books. ISBN 1-84046-687-1.
  • Wood, Jonathan (2005). Alec Issigonis: The Man Who Made the Mini. Breedon Books Publishing. ISBN 1-85983-449-3.
  • Nahum, Andrew (1988). Alec Issigonis (Modern European Designers Series). Hyperion Books. ISBN 0-85072-172-5.