Alena Murang (lahir 1989) ialah seorang penyanyi-penulis lagu, pemain sape, artis visual dan pendidik Malaysia yang menyanyi dalam bahasa terancam termasuk Kelabit dan Kenyah.[5][3] Beliau ialah antara wanita pertama yang bermain sape, alat kecapi dari Borneo secara tradisional (sebelum 1930-an) yang dikhaskan untuk pengamal perubatan lelaki.[5]

Alena Murang
Lipang[1]
Kelahiran
Alena Ose’ Murang[2]

1989 (umur 34–35)[3]
PendidikanUniversiti Manchester (BSc)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • penulis lirik
  • komposer
  • penerbit muzik
  • artis visual
Tahun aktif2016–kini
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
Syarikat rakaman
  • Wind Music (2020–kini)[4]
Laman web rasmiwww.alenamurang.com

Kehidupan awal sunting

Alena dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, Sarawak kepada ibunya, Valerie Mashman yang berbangsa Itali-Inggeris dan bapanya, Ose Murang yang berketurunan Kelabit.[3][6] Beliau mula bermain sape pada usia 10 tahun, daripada pemain sape terkenal Matthew Ngau Jau.[6][7] Beliau lulus dengan ijazah pengurusan BSc (Kepujian) Kelas Pertama dari Sekolah Perniagaan Manchester, Universiti Manchester. Beliau bekerja dalam perundingan pengurusan di PricewaterhouseCoopers, memberi tumpuan kepada kelestarian alam sekitar, sebelum mengikuti pengajian dalam seni visual selama setahun di Singapura.[7] Sebelum menceburi bidang muzik sepenuh masa, beliau bekerja sebagai pengurus strategi untuk pertubuhan bukan untung, Teach for Malaysia.[7]

Kerjaya sunting

Alena memulakan kerjayanya sebagai artis pada 2016 dengan pelancaran EP sulungnya, Flight.[6] Beliau tidak pernah belajar muzik secara rasmi, tetapi telah mempelajari tarian, lagu dan muzik daripada ibu bapanya.[6] Beliau telah membuat persembahan di banyak festival muzik dunia yang terkenal termasuk SXSW (AS), Colors of Ostrava (Republik Czech), Paris Fashion Week (Perancis), Rudolstadt-Festival (Jerman), OzAsia Festival (Australia), dan Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (Malaysia). Beliau ialah wakil belia di Forum Belia UNESCO di Paris, dan UNESCO Asia-Pasifik untuk kerjanya dalam warisan budaya.

Beliau tersenarai dalam senarai Malaysia Paling Berpengaruh Tatler Asia pada 2021 dan Gen.T Malaysia pada 2018 & 2019.[6]

Diskografi sunting

  • Flight (EP) (2016)
  • Sky Songs (2021)

Anugerah dan pencalonan sunting

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan sunting

  1. ^ Tahir Alhamzah (23 Ogos 2022). "#Showbiz: Celebrating indigenous art and her roots" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
  2. ^ "Ep 22: Alena Murang (Sarawakian Sape Player, Visual Artist & Heritage Advocate)" (dalam bahasa Inggeris). So This Is Why. 1 November 2020. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
  3. ^ a b c Wong Pek Mei (5 Januari 2022). "Sarawak's mixed-race children struggle over 'native' identity" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
  4. ^ "Sarawakian songstress Alena Murang returns to Taiwan this month to play two international music festivals". Dayak Daily. 10 Oktober 2022. Dicapai pada 10 Oktober 2022.
  5. ^ a b Angel Romero (24 Mei 2022). "Artist Profiles: Alena Murang" (dalam bahasa Inggeris). World Music Central. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
  6. ^ a b c d e "Alena Murang" (dalam bahasa Inggeris). Tatler Asia. 5 Januari 2022. Dicapai pada 24 Ogos 2022.
  7. ^ a b c Joash Kong (21 Jun 2015). "In pursuit of the magical sape'" (dalam bahasa Inggeris). The Borneo Post. Dicapai pada 2022-08-24.

Pautan luar sunting