Alex Padilla

ahli politik Amerika

Alejandro Padilla (/pəˈdə/ pə-DEE; lahir 22 Mac 1973) ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai senator A.S. kanan dari California sejak tahun 2021. Seorang anggota parti Demokrat, Padilla berkhidmat sebagai setiausaha negeri negeri California dari tahun 2015 hingga 2021.[1]

Alex Padilla
Padilla pada tahun 2021
Potret rasmi, 2021
Senator Amerika Syarikat
dari California
Memegang jawatan
20 Januari 2021
Berkhidmat dengan Laphonza Butler
Dilantik olehGavin Newsom
Didahului olehKamala Harris
Setiausaha Negeri California ke-32
Dalam jawatan
5 Januari 2015 – 18 Januari 2021
GabenorJerry Brown
Gavin Newsom
Didahului olehDebra Bowen
Digantikan olehShirley Weber
Butiran peribadi
LahirAlejandro Padilla
(1973-03-22) 22 Mac 1973 (umur 51)
Los Angeles, California, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganAngela Monzon (k. 2012)
Anak-anak3
PendidikanInstitut Teknologi Massachusetts
Laman web rasmiLaman web senat

Padilla berkhidmat lebih dari tujuh tahun di Majlis Bandaraya Los Angeles, mewakili daerah ke-7. Pertama kali dipilih pada tahun 1999, beliau menjadi Presiden Majlis Bandaraya Los Angeles dari tahun 2001 hingga 2006. Beliau kemudiannya berkhidmat di Senat Negeri California untuk daerah ke-20 dari tahun 2006 hingga 2014.

Pada 22 Disember 2020, Gabenor Gavin Newsom melantik Padilla untuk menggantikan Kamala Harris di Senat A.S. selepas Harris dipilih Naib Presiden Amerika Syarikat. Harris mengetuai sumpah untuk Padilla pada 20 Januari 2021. Beliau ialah senator pertama berketurunan Mexico Amerika dan Hispanik dari California, senator pertama dari California Selatan sejak tahun 1992 selepas John F. Seymour. Padilla juga senator lelaki pertama yang mewakili negeri itu sejak tahun 1993 selepas Alan Cranston bersara.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "AP21:003 :: California Secretary of State". sos.ca.gov. Dicapai pada 2021-01-18.
  2. ^ Hubler, Shawn; Burns, Alexander (29 November 2020). "One Seat, Competing Pressures as Newsom Considers Senate Pick". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada December 23, 2020. Dicapai pada 11 December 2020.

Pautan luar sunting