Alfonso Cuarón Orozco [alˈfonso kwaˈɾon; al-fon-so kwa-ron o-roz-ko] Mengenai audio inipronunciation ; lahir 28 November 1961) ialah seorang pengarah, penerbit dan penyunting filem serta penulis lakon layar dari Mexico.

Alfonso Cuarón
Cuarón in July 2013
Kelahiran
Alfonso Cuarón Orozco

(1961-11-28) 28 November 1961 (umur 62)
Pusat pendidikanUniversiti Autonomi Nasional Mexico
PekerjaanPengarah,penulis lakon layar, penerbit, penyunting
Tahun aktif1981–kini
PasanganMariana Elizondo (k. 1980; c. 1993)
Annalisa Bugliani (k. 2001; c. 2008)
Anak-anak3 termasuk Jonás Cuarón
SaudaraCarlos Cuarón (adik)
KepujianBritish Academy of Film and Television Arts
Directors Guild of America Award

Beliau dicalonkan sepuluh kali dalam Anugerah Akademi serta memenangi ia sebanyak lima kali termasuk dua kali untuk kategori Pengarah Terbaik untuk filem Gravity (2013) dan Roma (2018) - beliau sendiri merupakan pengarah pertama dari benua Amerika Latin yang menerima anugerah ini.

Biografi sunting

Awal hidup dan pendidikan sunting

Alfonso Cuarón Orozco lahir di Bandar Raya Mexico pada 28 November 1961 kepada Alfredo Cuarón, seorang doktor perubatan nuklear, dan Cristina Orozco, seorang ahli biokimia farmasi.[1] Beliau anak kedua dalam tiga adi-beradik, adiknya Carlos juga seorang pembikin filem manakala seorang lagi saudara Alfredo ialah seorang ahli biologi pemuliharaan.

Beliau mempelajari bidang falsafah du Universiti Autonomi Nasional Mexico serta pembikinan filem di sekolah Centro Universitario de Estudios Cinematográficos terletak dalam universiti sama.

Kerjaya pemenyiaran awal, penceburan dalam perfileman sunting

Cuarón mula giat bekerja dalam produksi televisyen di Mexico; pada mulanya sebagai seorang juruteknik sebelum menjadi seorang pengarah. Pengalamannya bekerja di bidang tersebut memudahkan beliau mendapat kerja sebagai pembantu pengarah dalam beberapa produksi filem. Filem pertama diarahkan beliau ialah

Beliau mula muncul di Hollywood dengan filem A Little Princess, adaptasi karya berjudul sama nukilan Frances Hodgson Burnett pada tahun 1995.

Kemasyhuran sunting


Filemografi sunting

Filem sunting

Tahun Tajuk Sebagai Catatan
Pengarah Penulis Penerbit Penyunting
1991 Sólo con Tu Pareja Ya Ya Ya Ya Debut, ditulis bersama Carlos Cuarón
1995 A Little Princess Ya Tidak Tidak Tidak
1998 Great Expectations Ya Tidak Tidak Tidak
2001 Y Tu Mamá También Ya Ya Ya Ya Ditulis bersama Carlos Cuarón
2004 Harry Potter and the Prisoner of Azkaban Ya Tidak Tidak Tidak
2006 Children of Men Ya Ya Tidak Ya Ditulis bersama Timothy J. Sexton, David Arata, Mark Fergus & Hawk Ostby
2013 Gravity Ya Ya Ya Ya Ditulis bersama Jonás Cuarón
2018 Roma Ya Ya Ya Ya Juga sebagai jurusinematografi

Penerbit sahaja

Tahun Tajuk Pengarah Catatan
2004 Crónicas Sebastián Cordero
The Assassination of Richard Nixon Niels Mueller
2005 Black Sun[2] Gary Tarn Dokumentari
2006 Pan's Labyrinth Guillermo del Toro
2008 Rudo y Cursi Carlos Cuarón
2015 Desierto Jonás Cuarón
This Changes Everything[3] Avi Lewis Dokumentari
2020 The Witches Robert Zemeckis Filming

Filem pendek sunting

Tahun Tajuk Sebagai Catatan
Pengarah Penulis Penerbit Penyunting
1983 Who's He Anyway Ya Ya Tidak Ya Ditulis bersama Mariana Elizondo
Vengeance Is Mine Ya Ya Tidak Ya Ditulis and diarahkan bersama Carlos Marcovich
Cuarteto para el fin del tiempo Ya Ya Tidak Ya Bersama Emmanuel Lubezki
2006 Parc Monceau Ya Ya Tidak Tidak Segmen Paris, je t'aime
2007 The Possibility of Hope Ya Ya Ya Tidak Dokumentari pendek
The Shock Doctrine Tidak Ya Ya Tidak Dokumentari pendek
2013 Aningaaq Tidak Tidak eksekutif Tidak Produksi susulan Gravity dalam bonus DVD[4]

Televisyen sunting

Tahun Tajuk Sebagai Catatan
Pengarah Penulis Penerbit eksekutif Penyunting
1988-1989 La Hora Marcada Ya Ya Tidak Ya Penulis dan pengarah (6 episod),
penyunting (1 episod), jurusinematografi (5 episod)
1993 Fallen Angels Ya Tidak Tidak Tidak Episod: "Murder, Obliquely"
2014 Believe Ya Ya Ya Tidak Pencipta, penulis dan pengarah bersama, Episod: "Pilot"
TBA Ascension Ya Ya Ya Tidak TV movie;

Announced

Rujukan sunting

  1. ^ Valdes, Marcela (13 December 2018). "After 'Gravity,' Alfonso Cuarón Had His Pick of Directing Blockbusters. Instead, He Went Home to Make 'Roma.'". The New York Times. Dicapai pada 26 February 2019.
  2. ^ "Black Sun". British Council. June 1, 2009. Dicapai pada February 25, 2019.
  3. ^ "'This Changes Everything' Trailer: Climate Change Docu Based On Naomi Klein's Bestseller Set For Toronto Premiere". Deadline Hollywood. 26 August 2015. Dicapai pada 30 August 2015.
  4. ^ JAGERNAUTH, KEVIN. "'Gravity' Companion Short Film 'Aningaaq' By Jonas Cuaron Will Be Released As A DVD Extra". indiewire.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-09.

Pautan luar sunting