Alfredo Talavera

Mexican footballer

Alfredo Talavera Díaz (Sebutan Sepanyol: [alˈfɾeðo talaˈβeɾa]; lahir 18 September 1982) merupakan pemain bola sepak Mexico yang kini bermain untuk Toluca dan pasukan kebangsaan Mexico. Beliau bermain sebagai penjaga gol.

Alfredo Talavera
Maklumat peribadi
Nama penuh Alfredo Talavera Díaz
Tarikh lahir (1982-09-18) 18 September 1982 (umur 41)
Tempat lahir La Barca, México
Ketinggian 1.88 m (6 ka 2 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Toluca
Nombor 1
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003-2010 Guadalajara 21 (0)
2008-2009UANL (pinjaman) 2 (0)
2009- Toluca 202 (1)
Pasukan kebangsaan
2011- Mexico 16 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 4 Disember 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 18 November 2014

Kerjaya kelab sunting

Guadalajara sunting

Selepas penjaga gol Oswaldo Sánchez dikeluarkan pada kejohanan Clausura 2005 akibat kecederaan bahu, Talavera sertai pasukan Chivas.

Pada 2 April 2006, selepas Sanchez bermain untuk pasukan Mexico yang mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2006 di Jerman, beliua menjadi penjaga gol pertama. Sejak beliau memulakan enam perlawanan Clausura 2006 untuk Chivas, aksi beliau kurang memuaskan apabila tewas 2-0 kepada Monarcas Morelia dan tewas lagi kepada Atlas pada perlawanan berikutnya. Dalam perlawanan terakhir musim, Chivas tewas kepada Toluca, 2–0 selepas beliau membuat kesilapan besar dalam perlawanan pertama suku akhir menentang Jaguares di mana pada masa kecederaan, beliau membuat kesilapan besar untuk memberikan jaringan gol kemenangan kepada Jaguares. Jurulatih José Manuel de la Torre mengeluarkan beliua dan digantikna oleh Luis Ernesto Michel. Pada musim seterusnya, apabila Oswaldo Sánchez kembali, Talavera merasakan beliau menjadi penjaga gol ketiga Guadalajara dan Michel menjadi penjaga gol kedua. Selepas Oswaldo meninggalkan Chivas, Michel menjadi penjaga gol pertama dan Talavera di belaknagnya. Selepas itu, beliau tidak membuat sebarang penampilan bersama Chivas lagi dan beliau ingin meninggalkan kelab jika beliau terus kekal seperti itu.

Tigres de la UANL sunting

Talavera dipinjam ke Tigres selama satu tahun pinjaman pada 2008. Namun, beliau menimpa nasib malang apabila Talavera mengalami kecederaan ketika menjalani latihan, membuatkan Enrique Palos menjadi penjaga gol pertama. Selepas beliau pulih, beliau meninggalkan Tigres.

Toluca sunting

Talavera berpindah ke Toluca selepas Hernan Cristante mengalami kecederaan sejak Apertura 2009. Pada 15 Mei 2010, Talavera membuat debut untuk Toluca apabila pasukannya menumpaskan Pachuca 1-0 (3-2 berdasarkan agregat). Pada 23 Mei 2010, Talavera memenangi kejohanan pertamanya bersama Toluca apabila menang dalam penentuan sepakan penalti (4-3) selepas berjaya menampan tendangan Fernando Arce. Pada 15 September 2013, Toluca menentang Puebla dan tewas 1–0 namun pada minit ke-87 apabila seorang pemain pertahanan lawan terkena tangan dalam kotak penalti. Beliau mengambil sepakan penalti untuk gol Toluca seri 1-1 dan gol itu juga gol pertama beliau di Liga MX.

Kerjaya antarabangsa sunting

Pada 27 Januari 2011, Talavera menerima panggilan dari pasukan kebangsaan Mexico untuk satu perlawanan persahabatan menentang Bosnia dan Herzegovina. Beliau membuat debut antarabangsa ketika menentang Paraguay pada 26 Mac 2011 di mana pasukannya menang 3-1. Beliau juga menerima panggilan untuk Piala Emas CONCACAF 2011 dengan menjadi pilihan ketiga penjaga gol di belakang José de Jesús Corona dan Guillermo Ochoa. Berikutan Corona mempunyai skandal bersama Cruz Azul dan isu clenbuterol Ochoa, Alfredo Talavera menjadi pilihan pertama penjaga gol pada kejohanan itu.

Pada 2 Jun 2014, Talavera termasuk dalam senarai pemain Mexico yang mengambil bahagian di Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil.[1]

Penghargaan sunting

Kelab sunting

Club Guadalajara;
Club Toluca;

Antarabangsa sunting

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Mexico World Cup squads". The Telegraph. 2 June 2014. Dicapai pada 17 June 2014.