Datuk Ali Ahmad adalah Menteri Besar Perlis ke-4 (1981-1986). Beliau menggantikan Jaafar Hassan dan kemudian digantikan oleh Abdul Hamid Pawanteh.

Ali bin Ahmad dilahirkan pada 28 Januari 1925, di Kampung Behor Temak, Kangar, Perlis. Setelah menamatkan persekolahan di Sekolah Melayu, beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Kerjaya beliau dalam perkhidmatan awam bermula sebagai guru sehingga menjadi Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah, Perlis. Penglibatan beliau dalam kancah politik bermula sejak tahun 1946 lagi dan selepas bersara dari perkhidmatan perguruan beliau telah dilantik sebagai Senator pada tahun 1976 hingga 1978. Dalam pilihanraya negeri tahun 1978, beliau telah berjaya dan dilantik menjadi Ahli Exco Negeri sebelum dilantik sebagai Menteri Besar pada 16 Mei 1981

Jalan Dato' Ali Ahmad sunting

Jalan Behor Temak-Kuala Perlis dinamakan sebagai Jalan Dato' Ali Ahmad bagi mengenang jasa menteri besar itu.[1]

Rujukan sunting

Didahului oleh
Jaafar Hassan
Menteri Besar Perlis
1981-1986
Diikuti oleh:
Abdul Hamid