Datuk Ali Mohamed (1941-2009) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Tanjung Puteri (kini Larkin) selama sepenggal (2004-2008).

Datuk
Ali Mohamed
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor
untuk Tanjung Puteri
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului oleh Mohamad Kasbi
Digantikan oleh Adam Sumiru
Maklumat peribadi
Lahir1941
Meninggal dunia3 Mei 2009 (68 tahun)
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
PasanganDatin Rokiah Osman
PekerjaanAhli politik

Kematian

sunting

Beliau meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bharu pada hari ulangtahun kelahirannya ke-68. Beliau mengalami ketumbuhan usus besar dan menjalani pembedahan di HSI pada 27 April 2009. Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah. Antara kenamaan yang hadir ialah Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Abdul Samad, Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Nooh Gadut dan ADUN Stulang Mok Chek Hou.[1]

Rujukan

sunting
  1. ^ ""Bekas ADUN meninggal dunia", Utusan Online, 3 Mei 2009". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-06. Dicapai pada 2009-10-16.